Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Saturday, June 26, 2010

Episod 10- Fitnah Wanita(Khazinatul Asrar)

Dewan kuliah masih lengang dari pelajar. Khazinatul Asrar yang gemar datang
awal agak terkejut dengan kelibat Tsabit yang sedang khusyuk membuat revision.
Hari ini, pemuda itu datang lebih awal daripadanya. Kotak memorinya segera
mengimbas peristiwa petang semalam. Malunya dia pada diri sendiri apatah lagi pada
pemuda itu. Perlahan-lahan dia menyusun langkah sambil memikirkan sesuatu.
“Setiap kesilapan kena minta maaf, takut Allah persoalkan di akhirat nanti,” hatinya
berbisik. Dia mula menggagahkan diri untuk berhadapan dengan Tsabit…..langkahnya
terhenti berhampiran dengan kerusi Tsabit. Tsabit pura-pura tidak menyedari
kehadiran gadis itu.

“Tsabit, saya minta maaf atas kejadian di Cyber Cafe tue. Saya tak patut menuduh
awak sembarangan,” buat pertama kalinya Khazinatul Asrar bersuara lembut dengan
Tsabit. Matanya tunduk ke lantai. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap pemuda
itu. Tsabit cuma tersenyum. Teringin saja digunakan peluang itu untuk mengenakan
Khazinatul Asrar.

“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak mesti tunaikan satu permintaan saya,”
balas Tsabit. Khazinatul Asrar tercengang. Namun dibalasnya pula,

“Selagi ianya tak langgar syariat, insyaAllah akan saya tunaikan..”

“Alah, gurau jea…saya tak pernah marah Khazinatul Asrar saya. Lagipun, perkara
kecil jea tu. Awak tak perlu minta maaf. Tapi…bole saya tahu apa sebenarnya yang
telah berlaku ? semalaman saya asyik fikirkan kata-kata awak di Cyber Café tue,”
Tsabit tak berani mengenakan Khazinatul Asrar kerana bimbang kemungkinan akan
menambahkan kebencian gadis yang penuh hujjah itu. Khazinatul Asrar berasa agak
keberatan untuk menceritakan segala-galanya.

“Err..saya rasa ianya hal peribadi. Tak perlulah awak tahu. Cukuplah kalau awak sudi
memaafkan saya. Tapi…kasihan awak terpaksa memeningkan kepala berfikir tentang
kata-kata saya tue. Cukuplah saya jelaskan bahawa kata-kata tue bukan untuk awak.
Saya dah tersilap orang. Maafkanlah saya yea…”

“Maknanya saya bukanlah perompak, kan?” Tsabit menanti jawapan.

“Emm…bukan awak perompak tue. Awak orang baik..” Khazinatul Asrar tidak
menghampakan Tsabit. Senyuman Tsabit semakin melebar dengan jawapan itu.
Matanya asyik menjeling-jeling ke arah kerusi Hijriah yang masih kosong.

“Eh, Hijriah macam tak datang jea hari nie?” Tsabit bertanya. Khazinatul Asrar
dapat menduga ada maksud tersirat di sebalaik pertanyaan itu. Mungkin kekosongan
itu nak dipenuhinya.

“Hijriah pasti datang…InsyaAllah. Mungkin dia lambat sikit kot,” Khazinatul Asrar
membalas pertanyaan itu dengan jawapan yang yakin meskipun dia sebenarnya kurang
pasti mungkinkah Hijriah benar-benar akan datang pada hari itu atau tidak. Sengaja
untuk membatalkan niat Tsabit yang mungkin ingin duduk di kerusi Hijriah. Tidak
lama kemudian, muncullah Hijriah yang gemar datang lewat ke dewan kuliah.
Wajahnya nampak ceria. Khazinatul Asrar menarik nafas lega.

Selepas tamat kuliah, Khazinatul Asrar dan Hijriah berjalan seiringan.
Mentari memancar terik sekali. Mungkin hari nak hujan. Mereka singgah terlebih
dahulu di cafeteria untuk membasahkan tekak yang kehausan. Selang seketika,
kedengaran alunan muzik daripada handset Khazinatul Asrar. Tatkala melihatkan
angka 017-3410170 terakam di skrin handset, dia segera menekan butang End pada
handsetnya dan menekannya untuk kali yang kedua. Irama itu pun senyap.

“Kenapa?” Hijriah menduga.

“Mukhlisin…” jawab Khazinatul Asrar sambil menghirup horlicks sejuk berais yang
dah tersedia di atas meja. Hijriah yang memesannya tadi.

“Kenapa tak nak cakap dengan Mukhlisin? Manalah tahu kalau-kalau ada hal mustahak
yang dia nak sampaikan…” Hijriah masih menduga.

“Saya tak kenal pun dia…Jadi, InsyaAllah dia tak ada perkara penting yang nak
disampaikan,” bersahaja jawapannya.

“Awak marahkan dia kot…” Hijriah ingin tahu.

“Marah? Untuk apa?” Khazinatul Asrar mengkeriukkan dahinya.

“Pasal nota-nota tue,” duga Hijriah.

“Hijriah….saya dah jelaskan bahawa saya tak kenal pun dia dan….dan saya tak mahu
kenal dia!” Khazinatul Asrar masih bersahaja.

“Asrar, walauapapun…awak patut menghormati perasaannya terhadap awak. Tak
patut awak buat begini. Saya dapat bayangkan betapa kecwewanya dia bila awak
tutup handset awak tue.” Hijriah nampaknya agak kesal. Khazinatul Asrar pula
seakan-akan lebih berminat menghirup horlicknya daripada mendengar soal
Mukhlisin.

“Mawar memang berpagarkan duri untuk melindungi keindahannya. Tapi, awak tak
boleh menolak hakikat bahawa keindahan itu bukankah untuk dihadiahkan kepada
kumbang terpilih yang telah Allah janjikan untuk si mawar?” petah Hijriah berhujah.
Dia semakin matang menghargai keindahan wanita.

“Tapi…Mukhlisin bukanlah kumbang pilihan tue!” lembut sahaja Khazinatul Asrar
menutur kata.

“Itu andaian awak! Siapa yang dapat menghalang kuasa Allah? Asrar, awk bercakap
seolah-olah awak dah dimiliki seseorang! Awak sendiri kan tahu bahawa menerima
lelaki adalah fitrah hidup kita. Bukankah awak pernah kata kat saya bahawa bercinta
tue tak salah. Cuma, memuja cinta itu yang salah. Jadi, apa salahnya kalau awak cuba
kenal cinta Mukhlisin? Siapa tahu nama itu yang tertulis di Loh Mahfuz untuk awak,”
Hijriah semakin petah berhujah menyebabkan Khazinatul Asrar tersenyum.

“Hijriah…sebenarnya saya tidak mahu menghampiri perkara-perkara yang boleh
menyebabkan saya mencintai lelaki di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya
bagi saya dan ia tidak boleh dicemari oleh lelaki lain selain dari lelaki yang dijanjikan
Allah buat saya….kiranya ada,” Khazinatul Asrar masih bernada lunak dan lembut.

“Lagipun wanitalah yang menjadi pelemah iman lelaki dan kerana wanita ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangannya sendiri.
Saya tidak mahu menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah gusarkan
yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Ingin sekali saya mentarbiyyahkan diri ini
agar menjadi seorang wanita yang bias mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada
terpesona dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan antara saya
dengan Mukhlisin, InsyaAllah serba sedikit terlaksana amanah saya kepada Allah
S.W.T untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian
lelaki. Moga-moga ianya boleh mendidik Mukhlisin menjadi insan yang lebih matang
dalam menilai harga seorang wanita dan mengenal cinta Allah,” jelas Khazinatul
Asrar. Hijriah tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Tapi dia masih ingin mempertahankan
sesuatu.

“Asrar…memang saya akui itu semua. Rasulullah memang ada bersabda:
Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku kepada kaum lelaki selain
daripada fitnah wanita. Tapi, Rasulullah juga ada bersabda:
Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Mungkin itulah yang cuba Mukhlisin dambakan dalam hidupnya. Masakan tidak, bukan
senang nak mencari seorang wanita solehah yang boleh beristiqomah dengan jubah
dan tudung labuh di akhir zaman ni. Saya sendiri masih keberatan nak memilih
pakaian sunnah ni sebagai identiti hidup. Mungkin Allah masih tak gerakkan hati saya
lagi. Benda yang susah nak dapat nilah, ramai yang berkenan. Jadi, Mukhlisin tak
bersalah jika dia cintakan awak. Asrar, tak kenal maka tak cinta!”

“Hijriah…saya bukan tak mahu memberi ruang perkenalan langsung kepadanya. Tapi,
dalam konteks sedang belajar apayah lagi di tahun akhir seperti sekarang ini, saya
perlukan lebih tumpuan kepada study. Saya mengharapkan agar hati saya bersih
supaya ilmu senang nak tembus ke hati dan mendapat pertolongan Allah. Saya rasa
percintaan tak sesuai pada saat begini kerana boleh menjerumus kepada kelalaian
semata-mata. Terbuka ruang pula kepada syaitan jika tidak dikekang dengan
kekentalan iman dan mujahadah. Sekalipun Mukhlisin itu memang dijadikan untuk
saya, saya tetap tidak mahu mengenalinya lagi untuk situasi ini..biarlah saya graduate
dulu..sebab itu adalah amanah keluarga yang perlu saya utamakan. Utamakan cita-
cita sebelum cinta!” tegas Khazinatul Asrar.

“Awak langsung tidak mahu memberi peluang kepada Mukhlisin. Itu sebabnya awak
memberi alasan begini. Betul tak?” dengus Hijriah.

“Hijriah,…saya tak bermaksud begitu,” bela Khazinatul Asrar pada dirinya sendiri.

“Tapi saya tak faham dengan prinsip awak! Bagaimana mungkin awak boleh menjadi
isteri Mukhlisin kalau awak tak mengenalinya. Itu mustahil. Awak harus kenal dulu
hati budinya supaya cinta boleh berputik,” Hijriah mencetuskan pendapatnya lahi.

“Maksud awak?” Khazinatul Asrar pula yang keliru dengan pendapat Hijriah yang
sebenarnya.

“Kenali Mukhlisin kemudian bercintalah…tapi jangan memuja cinta hingga terbawa-
bawa dalam solat. Cinta kerana Allah!” jawab Hijriah.

“Hijraih…memang setiap ikatan ada permulaannya…”

“So, tindakan awak ni salah!” dihentamnya Khazinatul Asrar.

“Nanti..tak habis cakap lagi ni! Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah
untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang,
manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah telah pertemukan seseorang yang
menambat hatinya, dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan
pada Allah. Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa
terpaksa dibazirkan. Hatinya diselubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta
kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah manusia dan liciknya syaitan
yang memperdaya. Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah
sedangkan jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah. Penuh khayalan dan
kelalaian daripada mengingati Allah! Inikah balasan kita pada Allah terhadap
pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya. Padahal Dialah mengatur pertemuan
melalui apa saja cara. Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan
insan seistimewa si dia, kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita
agar cinta kita dikawal oleh syaro’ . Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak
dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…hinggakan kalau
boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah mengubat rindu. Semua ni khayalan.
Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia yang selalu digilakan itu
akan menjadi teman hidup. Kalau reality ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang
diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami.
Sepatutnya, agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan
pasrahkan sepenuh harapan pada-Nya,” Khazinatul Asrar merungkai simpulan
persoalan.

“Okey, sekarang ni Allah dah temukan Mukhlisin seorang gadis bernama Khazinatul
Asrar kerana dia yakin gadis itu adalah sebaik-baik pilihan untuknya. Si gadis itu pula
tak nak mengenalinya sedangkan dia masih tak tahu betapa istimewanya pemuda itu.
Bagaimana saling bercinta kerana Allah akan bermula dalam situasi ini? Entah-entah
selamanya si pemuda tu bertepuk sebelah tangan jea,” Hijriah masih keliru.

“Situasi inilah yang menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah. Dan
menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Dalam konteks
sekarang, biarlah saya menilai cinta Mukhlisin yang sebenar. Kalau benar-benar dia
cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik
merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia
mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau
cara ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi
biarlah dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan
agar dapat dapat menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia
harus menganggap perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada
kehidupannya kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai
seorang pelajar. Lagipun, tak confirm lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh
Allah atau tidak kerana mungkin Allah menjanjikan orang yang lebih baik lagi
untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada seseorang kerana mungkin dia akan
menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas berterus terang, yakinlah dengan
kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri
dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benar-benar rasa bersedia,
terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak
perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah pada Allah dan
pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,” Khazinatul
Asrar mengambil nafas.

“Tapi, kalau buat macam tu pun tak dapat jugak?” Hijriah masih mempersoalkannya.

“Kerana memang itulah ketentuan Allah! Manusia hanya mampu merancang, Allah jua
merancang serta menentukan dan perancangan-Nya jauh lebih baik.
Redholah dengan qodo’ dan qodar. Mungkin Allah ingin jodohkan dengan orang yang
lebih sepadan dengannya dari pelbagai segi seperti perangai yang sama, citarasa
yang sama atau sebagainya. Dia lebih mengetahui. Yang penting, kita sentiasa
utamakan keredhaan Allah dalam setiap tindakan. Cinta Allah takkan mengecewakan.
Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula
untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya,” Khazinatul
Asrar berharap agar Hijriah akan faham.

“Tapi, kesianlah Mukhlisin kalau tak dapat memiliki awak. Saya pun akan kecewa
kerana saya memang berharap awak akan menjadi isteri Mukhlisin agar bolehlah saya
tinggal berjiran dengan awak sepanjang hidup saya,” luah Hijriah akhirnya.
“Hijriah…” belumpun sempat Khazinatul Asrar meneruskan kata-kata, Hijriah
mencelah mengajaknya pulang. Malas dipanjang-panjangkan lagi perbualan. Khazinatul
Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya. Barulah dia faham kenapa sebenarnya
Hijriah beria-ia benar mendesaknya mengenali Mukhlisin. Kasih seorang sahabat.

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...