Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Thursday, June 3, 2010

Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2008

"Karnival Kokurikulum Matrikulasi atau KAKOM adalah aktiviti tahunan bagi seluruh kolej matrikulasi di Malaysia. Pada tahun ini,Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah. "

Sebelum ke’ negori ‘Sembilan, KMPP telah mengadakan Larian KAKOM dan Kem KAKOM. Masing-masing diadakan pada 26 Julai dan 1 Ogos 2008. Yeah..jika dilihatkan kepada aktiviti yang dijalankan ini,nampaknya atlet KAKOM telah bersedia untuk ke N.Sembilan.

Pada 9 Ogos 2008, kontijen KAKOM, bertolak ke KMNS dengan sebanyak 5 bas. Hu,hu..sedih pulak terpaksa tinggalkan KMPP tambah-tambah pulak terpaksa tinggalkan kuliah hari Jumaat tempoh hari. Namun,demi maruah KMPP yang tercinta ini, atlet-atlet tetap sanggup korbankannya he,he. Setelah puas tidur dalam bas,akhirnya kami tiba di medan pertempuran yang pastinya bakal menyaksikan pelbagai kejutan. ‘Getaran makin terasa,semangat kian membara.’ Sukan KAKOM akhirnya bermula setelah dirasmikan.. Setiap pagi sebelum bergerak ke veneu perlawanan masing-masing,Kontijen berkumpul di bawah kompel seawal 6.15 pagi. Nah,pada waktu inilah tuan pengarah datang untuk menyampaikan kata semangat sebelum bertembung dengan lawan. Kebanyakan perlawanan peringkat saringan berlangsung pada hari pertama di KMNS ini. Alhamdulillah, banyak pasukan KMPP berjaya melepasi halangan pertama ini.

‘Jom tengok,depa dah nak menang dah..!’Oh,biiiso sek-sek kito… Hidup KMPP!Fuh,nampaknya pasukan takraw KMPP sudah mula menunjukkan belangnya apabila mendapat libasan emas setalah mengalahkan KM Labuan. Atlet squash juga tidak menghampakan apabila membidas pukulan emas dengan ‘straigt set’mengalahkan KM Labuan. Tumpuan beralih seketika apabila skuad bola sepak KMPP membuat kejutan memasuki peringkat akhir. Syukur,skuad bola juga tidak menghampakan dengan menghadiahkan 1 emas terakhir buat kolej. Eh,satu lagi..taqraw sekali lagi menang peringkat akhir dengan pingat emas dalam gengaman.

Secara keseluruhannya, KMPP mendapat tempat ke-3,di bawah KM Labuan danKM Perak. Ini adalah rekod pencapaian pingat emas terbaik KMPP setalah 8 tahun lalu kita pernah menjuarai KAKOM 2000.

reported by hafiz_biro 2p jpp kmpp 0809

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...