Nota misteri berwarna biru lembut hadir lagi dan kali ini dalam failnya pula. Ketika itu malam masih muda. Khazinatul Asrar sedang sibuk menyiapkan assigment dalam perpustakaan. Berjilid–jilid kitab Tahdib At–Tahzib berselerak di depannya. Dia
menjadi bingung dan cuba mengingat–ingat apa yang telah dia lakukan hingga digelar pencuri. Fikirannya buntu.
“Berani kerana benar! Apa yang perlu aku takutkan…mungkin ada orang yang sengaja
ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarlah dia…nanti bila dia rasa penat buat
kerja tak berfaedah nie, tahulah dia berhenti. Moga Allah memberi hidayah
padanya,” hatinya memujuk sendiri. Dia pun meneruskan kerja–kerja yang masih
banyak.
“ …” tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara yang
amat dikenali itu sambil wajahnya diangkat sedikit.
“Sibuk nampak….awak ni kan tak kenal penat ke? Setiap malam bertungkus-lumus
siapkan assignment, siang pulak…mesyuarat sini, usrah situ, program sini, tamrin situ.
Susah nak nampak batang hidung. Malam-malam macam ni, saya dah agak, awak
memang ada kat sini,” leter Hijriah sambil mula mengambil tempat di depan
Khazinatul Asrar. Khazinatul Asrar terus juga khusyuk dengan tugasnya.
“Saya tak kira, malam ni saya nak kacau juga awak…” celotehnya lagi.
“Asrar, awak sedar tak saya datang ni?” getus Hijriah tatkala menyedari sahabatnya
hanya acuh tak acuh sahaja dengan kedatangannya. Mulutnya ditarik muncung.
Khazinatul Asrar meletakkan pen yang sejak daripada tadi rancak menari di atas
helaian-helaian kertas A4.
“Yea...saya sedar, Hijriah sayang! Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan
main liat lagi bila saya ajak ke sini,” sindir Khazinatul Asrar, bergurau.
“Tak adalah…actually, saya tengah gembira ni. Tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi
dengan awak,” luah Hijriah penuh ceria. Senyumannya semakin melebar menyerlahkan
susunan giginya yang cantik tersusun.
“Betul? Ish, ish, comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Okey, ceritalah… boleh
saya tumpang gembira sekali,” balas Khazinatul Asrar penuh exited. Seronok melihat
wajah temannya yang ceria.
“Lihat ni!” Hijriah menunjukkan buku nota berwarna biru lembut yang tertera tajuk,
‘Clinical psychology’ . Khazinatul Asrar mencapai buku itu. Rupa-rupanya buku itu
kepunyaan Tsabit apabila dia mendapati nama pemuda itu tertulis di ruang dalam
buku tersebut.
“Kenapa awak riang sanagt dengan buku ni?” Tanya Khazinatul Asrar kehairanan.
“Saya cakap kat Tsabit, nota saya untuk subjek ni tak lengkap. Terus ditawarkan
notanya pada saya.Dah agak dah semua tu…Then, waktu dia nak serahkan buku dia
pada saya tadi, saya cakaplah saya belum dinner lagi, lapar sangat separuh gastric.
Saya pujuk dia supaya temankan saya makan. Dia begitu baik sekali,” Hijriah bersuara riang. Wajahnya memang penuh ceria. “Kenapa awak tidak meminjamnya sahaja daripada saya?” duga Khazinatul Asrar kurang senang dengan gelagat
temannya itu.
“Alah…bukan saya perlukan sangat nota tentang subjek yang menjadi favourite
semua orang ni. Saya sengaja cari peluang ni untuk mengenali hati budi Tsabit. Best
lah dia, Asrar,” terang Hijriah.
“Astaargfirullahal azhim. Hijriah…kalau inilah niat awak, malam ni jugak awak perlu
pulangkan nota nie,” sambil nota biru itu diletakkan di hadapan Hijriah. “Hari ni bertukar-tukar buku nota dan makan-makan. Esok…mungkin keluar berdua-duaan pula untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan untuk menghampiri khalwat dan zina,” nada Khazinatul Asrar agak tegas dan emosi. Nafasnya ditarik panjang melepaskan kebimbangannya terhadap anak tunggal seorang Dato’ dari Kajang itu. Air muka Hijriah yang tadinya riang mula berubah mendung. Khazinatul
Asrar mulai sedar bahawa dia perlu berhati-hati dan berhikmah apabila menasihati Hijriah kerana Hijriah berjiwa sensitive dengan masalah melibatkan lelaki. Nalurinya terlalu cenderung untuk disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Itulah ujian Allah yang diuji kepada setiap jiwa remaja sebenarnya. Apatah lagi, dia ketandusan
kasih lelaki bergelar ayah sejak kecil lagi. Ayahnya lebih mementingkan materialistik
daripada menghargai erti sebuah kasih sayang. Bagi ayahnya, memberi kemewahan sama seperti memberikan kasih sayang. Khazinatul Asrar menyedari bahawa Hijriah tersinggung.
“Maafkan saya kalau saya terlalu berkasar,” Khazinatul Asrar cuba memujuk kembali…
“Bukannya apa, saya sayangkan awak Hijriah. Hijriah…sebagai siswi di Fakulti Pengajian Islam nie, keindahan nilai akhlak wanitanya perlu lebih terpelihara kerana kita diasuh dengan acuan agama.” Khazinatul Asrar memegang erat tangan Hijriah dan mula mengatur kata-katanya lagi, kali ini lebih lembut… “Malah setiap wanita muslimah sebenarnya tak kiralah aliran agama atau tidak, wajib memelihara akhlaknya. Hijriah, awak harus malu untuk buat begitu. Malulah menjadi hias pakaian kita sebagai muslimah” nasihat Khazinatul Asrar dengan ikhlas.
“Malu? Kenapu perlu malu? Saya bukan pemalu!” Hijriah menafikan.
“Malu memang ada tempatnya. Kita mesti menjadi pemalu untuk melakukan perkara
yang tak Allah redhai sebab kita ni hanya bertaraf hamba Allah je kat muka bumi
milik Allah ni. Sifat malu inilah yang akan meninggikan martabat kita sebagai wanita.
Lambang sesuatu yang mahal dan berharga, bukan sebarangan. Tentu awak masih
ingat satu hadis Rasulullah S.A.W:
“Pakaian kita ketaqwaan, hiasan kita malu dan hasil kita adalah ilmu.”
Hijriah cuma membisu. Khazinatul Asrar menyambung lagi.
“Allah ciptakan wanita dengan segala sifat kelembutan, keindahan dan kasih sayang.
Lantaran itu, tidak hairankah wanita sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum
bunga. Hijrah…jadilah bunga mawar yang indah…………………………………………………………………………………………….
No comments:
Post a Comment