“Pengalaman? Khazinatul Asrar si mawar berduri ni pernah bercinta?” Hijriah cuba
mencungkil sesuatu.
“Hijriah, cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang…sesiapapun takkan
terkecuali. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah ujuan Allah yang paling berat
untuk hamba-Nya bergelar remaja.” Tersirat pengakuan di sebaik kata-kata itu.
“Jadi, benarlah awak pernah bercinta?” Hijriah semakin berminat untuk tahu.
Khazinatul Asrar tidak keberatan untuk mencaritakan pengalamannya. Moga Hijriah
boleh belajar sesuatu.
“Hijriah, cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang…sesiapapun takkan
terkecuali. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah ujuan Allah yang paling berat
untuk hamba-Nya bergelar remaja.” Tersirat pengakuan di sebaik kata-kata itu.
“Jadi, benarlah awak pernah bercinta?” Hijriah semakin berminat untuk tahu.
Khazinatul Asrar tidak keberatan untuk mencaritakan pengalamannya. Moga Hijriah
boleh belajar sesuatu.
“Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka
tapi lama-lama saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah
yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-
hari yang saya lalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri saya ini amat
dihargai…ramai lelaki rupanya yang concern pasal diri saya. Namun sifat pemalu saya
membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal jea, hakikatnya hati saya suka. Waktu
itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar
saya melayani surat-surat tersebut. Tapi, Alhamdulillah, berkat tarbiyyah yang saya
dapat secara sedar atau tidak di sekolah agama tu, saya rasa malu dan bersalah
untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibuai keasyikan.
Then, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya? Hanya kegagalan…dan cinta lah punca angan-angan. Saya mula rasa keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati. Bukan secara zohir. Saya tak
pernah terjemahkannya. Tapi hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada
seluruh anggota badan. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hatiku ini
untuk menadah nur ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya takkan menembusi
hati yang berbuat maksiat. Saya rasa lebih bersalah lagi apabila ummi dan abah
sedih tengok keputusan peperiksaan akhir tahun saya. Saya cemburu kepada kawan-
kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh
meninggalkan saya. Saya buntu. Tak tau nak mengadu pada siapa. Saya sedih dengan
kesedihan ummi dan abah. Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi
aktiviti wajib kat sekolah, entah bagaimana saya rasa tertarik pada ungkapan CINTA ALLAH.
Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa CINTA ALLAH tak
mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan
kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak
kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi. Saya
mula bertekad untuk mencari cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan
mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir qolbi. Tika tu, susah juga nak istiqomah
terutamanya tahajjud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-
amalan tu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan
saya…darah daging saya. Saya mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya.
Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki seperti saya, saya terfikir
alangkah indahnya kalau cintaku untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta
manusia. Rasa macam bodoh pulak hidup dalam angan-angan cinta, dahlah masih
sekolah. Semua tu sia-sia. Buang masa dan boleh tergadai cita-cita. Sweet 17, saya
ada azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya dah tekad
bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Allahlah penentu
segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan
yang sebenar-benarnya. Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk
bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas
perasaan ini terhadap Kekasih saya. Saya mula concern pada study dan habiskan
masa lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu kerana saya yakin bahawa tarbiyyah
inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta. Siang malam saya
berdoa agar Allah hadirkan cinta dan rindu-Nya dalam diri saya yang kosong ni. Saya
ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih
bermakna. Hinggalah result SPM diumumkan. Saya menjadi salah seorang top-ten di
sekolah. Macam tak percaya! Semuanya kerana cinta Allah sebenarnya. Saya
bertambah yakin bahawa cinta Allah tidak mengecewakan. Hanya bila tersemai
semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta
sebenarnya. Kudus dan suci. Sebab itulah di usia ini, cinta Allah tidak boleh dikongsi
sesiapa. Itu prinsip saya,” panjang lebar Khazinatul Asrar menceritakan dunia
remajanya yang membentuk peribadinya pada hari ini. Hijriah mendengarnya dengan
penuh minat dan khusyuk, sepatah perkataan pun dia tidak menyampuk.
“Err…awak tak nak kahwin ke? Macam Rabiatul Adawiyyah…” setelah sekian lama membisu,
Hijriah mula bertanya dengan muka bodoh. Khazinatul Asrar tersenyum. Manis.
“Siapalah saya untuk sehebat Rabiatul Adawiyyah. Cintanya tiada hijab dengan Allah
hingga ibadahnya memenuhi setiap saat dan detik. Sebenarnya, saya pun ada cita-
cita nak melahirkan ummat Rasulullah. Saya redha jika suatu hari nanti saya perlu
sandarkan cinta Allah pada seorang lelaki bernama suami. Cinta sesama manusia itu
adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling
memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana
itulah fitrah cinta. Awak perlu faham bahawa saya bercakap tentang cinta dalam
konteks kita yang masih belajar dan cinta Allah menuntut kita supaya cinta pada ilmu
dan tanggungjawab lebih daripada cinta pada lelaki. Kita masih belum bergelar isteri,
so tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan
istimewa untuk lelaki bernama suami sahaja. Andainya kita dah saling menyukai
dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan tu untuk situasi masih belum bersedia
seperti sekarang ni. Bergantunglah harapan itu pada Allah. Luahkanlah rasa cinta
apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan
tertutup. Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana
tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-
moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Lelaki yang
mampu membimbing kita yang lemah ni ke jalan yang lebih Allah redhai dan mampu
mengemudi bahtera rumahtangga menuju ke negeri abadi,” jelasnya lagi.
“Kalau Mukhlisin tu bakal suami awak?” Hijriah membuat muka bodoh lagi.
“Apa yang awak Tanya ni? Awak masih tak faham dengan penjelasan saya?”
Khazinatul Asrar buat-buat marah.
“Takkk…” balas Hijriah spontan.
“Okey, kalau dia adalah lelaki yang ditaqdirkan Allah untuk jadi suami saya, saya
redha. Allah Yang Maha Bijaksana menentukan yang terbaik untuk saya. Tapi, untuk
situasi sekarang ni, tak perlulah saya nak cakap I LOVE YOU ke, nak ajak dating ke,
nak bagi hadiah ke, coz untuk apa semua tu? Untuk ganggu study saya? Untuk
bazirkan waktu saya? Untuk tukarkan pemikiran saya dari perjuangan kepada
khayalan? Untuk gelapkan hati saya? Untuk lalaikan solat saya? Untuk jauhkan saya
dari Allah kerana asyik ingatkan dia? Nau’zubillah. Tahanlah dulu cinta tu sebab
Islam suruh tahan pun bukannya lama sangat. Lepas kahwin nanti luahkanlah…cinta
sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya
cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin
lagi bermakna! Lagipun, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara
dari murka Allah insyaAllah akan lebih diberkati Allah. Permulaan yang diredhai
insyaAllah akan dibalas dengan keredhaan pula. Dah faham ke Cik Hijriah? Saya dah
ngantuk ni… esok kuliah awal tau, 6.30 pagi,” Khazinatul Asrar ingin bebas dari
persoalan Hijriah.
“Alah..janganlah ngantuk lagi. Banyak soalan lagi ni!” Hijriah mengeluh. Khazinatul
Asrar mendengus perlahan. Dia dapat menduga tentu soalan yang berkisar tentang
nama itu lagi akan Hijriah utarakan.
“Asrar, kalaulah Mukhlisin….”
Tatkala mendengar nama itu diulang lagi, Khazitul Asrar pura-pura menguap, tanda
mengantuk kononnya. Hijriah mencebik. Dia faham bahawa Khazinatul Asrar tidak
mahu lagi memanjangkan perbualan.
Sebenarnya, kehadiran Ahmad Mukhlisin dalam hidup Khazinatul Asrar
menambahkan resah dihati. Khazinatul Asrar bingkas untuk berwudhuk.
Tikar sejadah dihamparkan untuk solat taubat, hajat dan istikhoroh. Itulah rutin
wajib hidupnya sebelum tidur. Dia sengaja ingin tidur lebih awal bukan kerana
kuliyahnya di awal pagi tapi kerana ingin memperuntukkan ruang waktu yang lebih
panjang dalam munajat seorang kekasih pada waktu tengah malamnya.
"Cinta adalah hadiah dari Allah untuk dinikmati semua insan... maka bangunkan cinta yang sejati yang terpendam dalam jiwamu yang wujud saat penciptaanmu... dan tetap teruslah Cinta itu wujud dalam dirimu mewajahkan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan... pandanglah dengan cahaya, nescaya jiwamu akan melihat cintaNya... yang meliputi dengan cinta itu, engkau sebarkan pada kehidupan di sekelilingmu..." ~Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad~
Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment