Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Monday, June 7, 2010

Program Explorace Kelab Fasilitator, Kelab Pembimbing Rakan Dinamik dan Jawatankuasa Mentor Mentee.


Program explorace ini yang mendapat penyertaan dari ahli Kelab Fasilitator (FASI), ahli Kelab Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dan Jawatankuasa Mentor Mentee(JAKTEE) ni dah pun selamat dijalankan pada tarikh 27 Julai 2008 dengan peserta seramai hampir 200 orang. Kelab FASI diketuai- Muhammad Farhan b. Adnan, kelab PRD- Mohammad Syuhada b. Abd Rahman., dan juga JAKTEE- Muhammad Hazril b. Zakaria. Walaupun program ini berlangsung 1 hari je dari 8.30 pagi – 3.30 petang, tu pun dah membuatkan pesertanya enjoy sangat! Tempat-tempat yang terlibat ialah di sekitar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).

Antara objektif program ini ialah pembangunan minda kerana para peserta diuji dengan soalan yang berkaitan hal ehwal semasa bukan cuma menumpukan kepada hal-hal pelajaran sahaja. Peserta juga diuji di setiap checkpoint tau!Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah membuat cendol, membasuh kereta pensyarah ,aktiviti di dalam tasik, mencari meggie dan mencari kunci.Banyak ragam peserta dapat disaksikan ketika mereka berada di dalam tasik. Objektif yang seterusnya ialah pembangunan sahsiah... Para peserta telah dilatih untuk mempamerkan sahsiah yang terpuji dalam proram ni. Kerjasama antara ahli kumpulan amat penting. Mereka juga dinilai sepanjang program ini berlangsung!. Akhir sekali explorace ini memberi peluang kepada peserta untuk berani menyuarakan pendapat dan menghormati sesama sendiri. Oleh itu,penting untuk peserta mengenali antara satu sama lain. Para peserta dah tak boleh takut-takut lagi dah. Chaiyok! Akhir kata, harapan daripada guru penasihat mereka iaitu En Mohamad Yusaini b. Mohamed Yusoff, cik Noor Laila bt Salleh dan Pn. Salbiyah bt Ibrahim agar program ini menjadi titik tolak kepada kerjasama dan persefahaman antara kelab- kelab tersebut dalam menjalani aktiviti kolej.


writer: sumaiyah

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...