Universitas?..
Jangan terkejut, kalau di Malaysia kita sinonim dengan nama Universiti… tetapi pusat-pusat pengajian tinggiyang terdapat dalam negara yang cukup terkenal denga Tasik Toba ini… lebih dikenali dengan nama Universitas.
Pada 23 ogos 2008 seramai 42 orang JPP seluruh Malaysia telah berkumpul dan bermalam di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). JPP KMPP telah menghantar wakil saudari Fazlinda bt. Abdullah dari exco Penerbitan dan Penerangan, Saudari Noor Asyikin bt. Osman dari exco Sukan dan Kebudayaan, saudara Mohd Abdul Azim b. Sam’un dari exco Kebajikan seterusnya saudara Mohd Azray b. Azman juga dari exco Kebajikan.
Selama 3 hari 2 malam untuk persiapan ke Indonesia, semua JPP telah diberi tugasan yang harus dihantar dandilaksanakan disana. Pada 25 ogos 2008, dengan penampilan yang kemas serta berblezer, semua JPP bersama DATO’ Dr. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD, Pengarah Bahagian Matrikulasi, En. KAMAL SHUKRI B. ABDULAH SANI, KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI,KPM DAN EN. MOHD KASSIM B. JAAFAR, PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI bertolak ke KLIA untuk penerbangan ke medan. Rombongan tiba di medan pada pukul 2.45 petang kemudian dibawa ke rumah tamu di USU untuk penginapan selama 6 hari 5 malam.
Semua peserta JPP dibawa ke falkultas- falkutas di USU seperti falkultas kedoktoran,kedoktoran gigi, farmasi,ekonomi dan teknik. Untuk makluman, hanya kedoktoran dan kedoktoran gigi sahaja yang sedang diiktiraf oleh Malaysia. Peserta juga mengadakan perlawanan persahabatan dengan pelajar USU seperti bola tampar, badminton dan ping pong. Terdapat tempat-tempat menarik yang mereka kunjungi seperti Berasagi dan Pekan Medan malah mereka juga tidak ketinggalan untuk mandi di kolam air panas dan melihat pemerahan susu lembu asli disana. Warga Indonesia disana amat peramah sesuai dengan imej ketimuran.
Pada malam terakhir peserta JPP telah membuat persembahan sajak , nasyid dan dikir barat. Pelajar-pelajar USU memeriahkan lagi majlis tersebut dengan membuat persembahan tarian tradisional mereka dan puisi. Pada keesokan pagi, semua ahli rombongan bertolak ke penerbangan Medan untuk pulang ke tanah air yang tercinta. Di KLIA, semua tugasan diserahkan dan semua orang berpecah untuk pulang ke rumah masing -masing.
SEMOGA BERPELUANG UNTUK BERJUMPA LAGI !!!
No comments:
Post a Comment