6 Ogos 2008 – Sambutan Hari Guru, Penyerahan Bendera KAKOM dan Watikah Perlantikan JPP telah diadakan pada hari yang sama. Semua warga KMPP bersemangat berkumpul di dataran seawal 7.00 pagi bagi menyaksikan majlis yang dikatakan hebat ini. Antara objektif sambutan tersebut adalah untuk menyambut Hari Guru, agar segala jasa dan pengorbanan para pensyarah diiktiraf dan dihargai; memberi semangat kepada atlet-atlet KAKOM supaya mereka lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk berjuang demi nama baik KMPP, dan melantik para JPP secara rasminya.
Majlis dimulakan dengan watikah perlantikan JPP dan bacaan ikrar oleh Yang Di-Pertua JPP, Muhammad Adli Adlan. Selepas itu, upacara penyerahan Bendera KAKOM kepada wakil atlet KAKOM berlangsung. Majlis ini bertambah meriah dengan persembahan tarian daripada peserta kebudayaan KAKOM KMPP. Memang best dan diorang semua memang berbakat.
Akhirnya, Sambutan Hari Guru telah diraikan dengan pemberian hadiah kepada para pensyarah, persembahan koir daripada pensyarah dengan lagu ‘ Kami Guru Malaysia ‘ serta ‘Gemuruh ‘. Masa ni memang semua orang enjoy sangat- sangat. Pensyarah-pensyarah nyanyi memang boleh kalahkan Faizal Tahir. Kemudian, persembahan daripada seorang pelajar KMPP dengan lagu ‘Madah Berhelah’. Pendek kata warga KMPP ni memang hebat-hebat belaka. Selepas ucapan daripada pengarah KMPP, Tuan Haji Khairi B. Jalun, majlis bersurai sebab awan mendung semacam je. Baik berhenti awal-awal sebelum semua orang basah dan sesi pembelajaran dan pengajaran telah bermula seperti biasa pada pukul 10.00 pagi.
Writer: Reporter:
Ling poh cheng Zulizaidah Kailan
No comments:
Post a Comment