Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Wednesday, August 18, 2010

Kolej Matrikulasi Selangor

Taklimat Fasilitator

Taklimat daripada Tuan Haji Yusof

Taklimat daripada Tuan Haji Yusof

Para fasilitator

Para fasilitator

Para fasilitator telah mula hadir untuk membantu proses sepanjang MPPB 2010 sejak dari 5 Mei. Para fasilitator adalah terdiri daripada bekas pelajar dari kolej matrikulasi yang ada di semenanjung Malaysia iaitu Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Mereka akan diserapkan dalam pelbagai AJK yang berkaitan seperti AJK Sukan dan Riadah, AJK Keselamatan, Urusetia dan lain-lain lagi.

Kehadiran mereka ke Kolej Matrikulasi Selangor adalah amat dihargai.


Persiapan tempat

En. Shaharudin memantau fasilitator mengangkat buku perancangan pelajar

En. Shaharudin memantau fasilitator mengangkat buku perancangan pelajar

10.26 pagi – Para fasilitator bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan MPPB berjalan dengan lancar pada hari Isnin akan datang. mppb’10/a.naeeim

Fasilitator bekerjasama menyusun kerusi di Dewan Antares.

Fasilitator bekerjasama menyusun kerusi di Dewan Antares.

10.40 pagi- Dewan Antares bakal digunakan bagi sesi taklimat waris pada hari pendaftaran. mppb’10/a.naeeim

Hari Pertama

6.20 pagi- Sebuah bas yang membawa 25 orang pelajar termasuk waris dari Pulau Pinang tiba di depan pondok pengawal. mppb’10/a.naeeim

6.30 pagi- Lindessy Bt Long Roslee adalah pelajar pertama yang tiba pada hari pertama pendaftaran KMS. Beliau sedang dibantu oleh fasilitator yang juga telah bersedia sejak awal pagi lagi. mppb’10/a.naeeim

6.56 pagi - Para pelajar dan ibu bapa telah mula datang ke Kolej Matrikulasi Selangor seawal pukul 6.00 pagi lagi. mppb’10/mohdwahidi

7.05 pagi- Polis trafik IPD Banting tiba untuk menyumbang khidmat mereka bagi memastikan kelancaran aliran lalu-lintas di KMS dan kawasan-kawasan sekitarnya. mppb’10/a.naeeim

7.01 pagi – Para fasilitator untuk AJK Keselamatan memakai baju keselamatan untuk memudahkan para ibu bapa mengenali AJK. mppb’10/mohdwahidi

7.06 pagi- Kenderaan ibubapa pelajar memasuki perkarangan KMS bagi sesi pendaftaran yang akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi. mppb’10/a.naeeim

7.08 pagi - Keadaan yang hening di pagi yang agak mendung. mppb’10/mohdwahidi

7.10 pagi – Para fasilitator berkumpul di Dataran Kosmik untuk taklimat sebelum pendaftaran bermula. mppb’10/mohdwahidi

8.05 pagi – Para pelajar baru berkumpul di Dewan Andromeda untuk mendapatkan borang perjanjian dan dokumen lain. Kehadiran mereka ke Kolej Matrikulasi Selangor adalah amat dialu-alukan. mppb’10/mohdwahidi

8.09 pagi - Pelajar baru, Lee Ming Wei, mendaftar dalam sistem MIS bersama Puan Boo Ya Chin. mppb’10/mohdwahidi

8.15 pagi - Pelajar perempuan mendaftar kemasukan ke asrama perempuan 3 iaitu Asrama Vega. Terdapat 3 asrama perempuan dan 2 asrama lelaki di Kolej Matrikulasi Selangor. mppb’10/mohdwahidi

8.19 pagi – Pelajar menyemak dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di Kaunter Semakan. Kaunter Semakan adalah kaunter kedua sebelum pelajar dapat mendaftar sistem MIS dan asrama. mppb’10/a.naeeim

8.31 pagi - Ibu bapa dan saudara-mara berkumpul di khemah yang disediakan dihadapan bangunan pusat sumber (Al-Zarqali). mppb’10/mohdwahidi


Pelajar dengan nombor pendaftaran pertama


Noor Syuhaidah Bt Mohd Jaafar merupakan pelajar dengan nombor pendaftaran yang pertama. Salah seorang fasilitator jawatankuasa dokumentasi mengikuti perkembangan beliau sehingga akhir sesi pendaftaran pelajar. Senyuman teserlah jelas kelihatan diwajah manisnya.mppb’10/a.naeeim

7.45 pagi- Pelajar yang bernama Noor Syuhaidah Bt Mohd Jaafar bersama ibubapa tercinta di perkarangan blok pendaftaran. Ibubapa beliau berbesar hati melepaskannya untuk melanjutkan pelajaran beliau di KMS. Terpancar kesedihan di mata seorang ibu untuk melepaskan anak bongsunya itu.mppb’10/a.naeeim

8.00 pagi- Sesi pendaftaran pelajar baru bermula di Bangunan Andromeda. Cuaca yang mendung memudahkan lagi perjalanan sesi pendaftaran. mppb’10/a.naeeim

8.20 pagi- Sesi taklimat sebelum pendaftaran khusyuk didengar oleh bakal para pelajar KMS. Mereka terbayangkan masa depan yang cerah menanti mereka.mppb’10/a.naeeim

8.30 pagi- Sesi ‘spot-check’ kekemasan diri oleh fasilitator bertugas. mppb’10/a.naeeim

8.35 pagi- Proses pendaftaran melalui perkomputeran oleh Pn. Nur-ul Huda (pensyarah Biologi) di Bangunan Al-Zarqali.

mppb’10/a.naeeim

8.40 pagi- Penyerahan slip bank kepada fasilitator bertugas di Dewan Al-Zarqali. mppb’10/a.naeeim

8.42 pagi- Penyerahan slip pendaftaran oleh fasilitator kepada beliau. Menempatkan beliau di asrama perempuan satu (Asrama Mira). mppb’10/a.naeeim

8.45 pagi- Selesai sudah sesi pendaftaran, beliau dan ibupabanya menuju ke Asrama Mira. Cuaca yang cerah melancarkan lagi sesi pendaftaran pada pagi itu. mppb’10/a.naeeim

8.50 pagi- Penyerahan kunci bilik kepada pelajar oleh pegawai yang bertugas. mppb’10/a.naeeim

9.00 pagi- Serahan barang keperluan seperti beg, cadar, T-shirt, buku program, buku panduan Program Matrikulasi, buku peraturan, planner, tali leher atau skarf dan air mineral. mppb’10/a.naeeim

9.05 pagi- Sesi fotografi dijalankan bagi kad matrik yang bakal diberikan kepada pelajar baru di bangunan Asrama Mira. mppb’10/a.naeeim

10.30 pagi- Pengarah yang dihormati Datin Maharom Bt Mahmood dan Timbalan Pengarah iaitu Datin Hajah Roslina Bt. Abdul Rashid meninjau kawasan pendaftran di bangunan Al-Zarqali. Walaupun sibuk dengan urusan lain beliau masih sudi memantau pelajar baru mendaftar. mppb’10/a.naeeim


Hari Pertama: Taklimat MPPB oleh KJPP

5.00 petang- Sesi taklimat oleh Tuan Haji Yusof B. Samad dengan kehadiran Pengarah KMS, Datin Hajah Maharom Bt. Mahmood diiringi Timbalan Pengarah , Datin Hajah Roslina Bt. Abdul Rashid bertempat di Astaka. Tuan Haji Yusof B. Samad menerangkan tentang objektif keseluruhan Minggu Pengurusan Pelajar Baru bagi sesi 2010/2011. mppb’10/mohdwahidi

5.30 petang- Pada petang yang indah itu fasilitator yang bertugas dan para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya ketika taklimat diberikan oleh Tuan Haji Yusof sehingga penghujungnya. mppb’10/filzah

5.40 petang- Walaupun fasilitator kepenatan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, mereka tetap bersemangat dan sedia menghulurkan bantuan kepada para pelajar dan pensyarah. mppb’10/filzah

5.50 petang- Pada sesi taklimat ini, para pelajar merujuk jadual bagi minggu orientasi yang dijalankan selama seminggu. Walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat mereka sanggup berkongsi jadual bersama.

6.10 petang- Masih kelihatan kenderaan ibubapa yang setia menunggu anak-anak kesayangan mereka menghabiskan sesi taklimat pada petang itu. mppb’10/filzah

6.15 petang- Tuan Haji Yusof B. Samad amat prihatin akan keadaan dan keselamatan para pelajar yang disayangi. Walaupun seharian suntuk sibuk menguruskan sesi pendaftaran pelajar, beliau tetap turun padang untuk sesi taklimat bersama para pelajar. mppb’10/ajila

6.30 petang- Para pelajar mendengar pengumuman yang disampaikan oleh fasilitator yang bertugas sebagai pengerusi majlis. Mereka diperhatikan oleh dua orang lagi fasilitator yang sempat meneguk air minuman Twister yang sangat menyegarkan itu. mppb’10/afiqah

6.35 petang- Ketua Fasilitator iaitu Megat Ahmad Danial B. Mazalan sedang memberikan beberapa peringatan kepada para pelajar agar sentiasa menepati masa dan berdisiplin sebelum memberi kebenaran pulang ke asrama masing-masing. mppb’10/mohdwahidi

6.40 petang- Pelajar lelaki tetap bersemangat memberikan perhatian mereka kepada nasihat yang diberikan oleh fasilitator walaupum hari semakin senja. mppb’10/a.naeeim

9.00 malam- Tuan Haji Mohd. Yusof B. Samad sedang memberikan taklimat kepada para pelajar mengenai kolej kediaman. Beliau berharap agar para pelajar menjaga kemudahan yang disediakan oleh pihak matrikulasi. Selain itu, beliau juga mengingatkan agar para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di matrikulasi. mppb’10/a.naeeim

9.30 malam- Dewan Antares merupakan bangunan utama yang digunakan bagi majlis-majlis rasmi seperti Taklimat Bersama Pengurusan dan Pengetua Kolej Kediaman. Bangunan yang tesergam indah ini mampu memuatkan pelajar sebanyak 2500 pelajar. mppb’10/mohdwahidi

9.40 malam- Majlis rasmi ini dihadiri oleh Ketua Jabatan setiap unit pentadbiran dan Ketua Felo setiap bangunan asrama lelaki dan perempuan. Ketua Felo setiap asrama lelaki dan perempuan iaitu Asrama Mira,Asrama Polaris,Asrama Vega,Asrama Canopus, Asrama Capella diperkenalkan kepada para pelajar bagi menyenangkan setiap urusan pelajar. mppb’10/a.naeeim

9.45 malam- Para pelajar diberi penerangan mengenai peraturan dan pegurusan pelajar baru sesi 2010/2011 yang merupakan ‘batch’ pertama menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Selangor. Buku berwarna merah jambu itulah mengandungi informasi tentang sejarah Kolej Matrikulasi Selangor. mppb’10/a.naeeim


Hari Kedua: Bahagian 1

7.00 pagi- Para pelajar berkumpul di Astaka bagi sesi senaman pagi yang pertama dijalankan untuk mereka. Keadaan yang hening dan awan yang mendung di KMS pada waktu pagi memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan aktiviti mereka yang seterusnya pada hari tersebut. mppb’10/filzah

7.10 pagi- Ketua fasilitator iaitu Megat Ahmad Danial b. Mazalan baru sahaja selasai memantau kehadiran para pelajar pada pagi itu. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar memudahkan lagi kelancaran setiap aktiviti yang dijalankan. mppb’10/afiqah

7.15- Aktiviti senaman pagi yang amat menyeronokkan telah menarik perhatian para pelajar untuk menyertainya sehingga selesai. Bagaimana pun,aktiviti senaman pagi ini selalunya merupakan aktiviti kesukaan para pelajar sepanjang minggu MPPB. Hal ini kerana,pada slot inilah mereka dapat bersukan dalam masa yang sama menghiburkan hati mereka. mppb’10/afiqah

7.25 pagi- Fasilitator perempuan yang berbaju biru laut merupakan Ketua Fasilitator bagi fasilitator perempuan juga tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti senaman pagi. Salah satu slot yang dijalankan adalah merupakan Tarian Poco-poco yang amat melucukan. Selain itu,dua orang pensyarah juga tidak melepaskan peluang mencuba Tarian Poco-poco iaitu En. Mohd Hafiz B. Hassan dan Pn. Jamilah Bt. Hassan Basri. mppb’10/afiqah

7.30 pagi- Para fasilitator yang lain juga turut serta dalam aktiviti senaman pagi yang dijalankan. Selain itu,tiga orang pelajar perempuan yang mewakili setiap blok asrama perempuan telah dijemput ke pentas untuk bersama-sama melakukan aktiviti senaman pagi. mppb’10/afiqah

7.40 pagi- Dua orang pelajar perempuan mengisi borang soal selidik kokurikulum yang diedarkan oleh fasilitator. Borang tersebut bertujuan untuk memilih pelajar yang berbakat dalam bidang tertentu untuk mewakili KMS dalam KAKOM yang bakal diadakan tidak lama lagi. mppb’10/a.naeeim

8.30 pagi- Para pelajar berkumpul di Dewan Antares bagi sesi Majlis Bersama Pengarah dan Watikah Pelantikan Mentor dipengerusikan oleh salah seorang fasilitator iaitu Nazirul. Para pelajar diminta berpakaian kemas dan formal untuk menghadiri aktiviti tersebut iaitu pakaian untuk ke kuliah. mppb’10/mohdwahidi

8.40 pagi- En. Mohd Rizam B. Ahmad merupakan salah seorang pensyarah KMS memantau para pelajar semasa sesi taklimat berjalan. mppb’10/mohdwahidi

9.10 pagi- Penyerahan Watikah Pelantikan Mentor kepada Pn. Noraina Bt. Ishak selaku penerima pertama dalam majlis tersebut oleh Pengarah KMS iaitu Datin Hajah Maharom Bt. Mahmood. mppb’10/mohdwahidi

11.00 pagi- Taklimat Akademik dan Peperiksaan bersama KJ/PPP menerangkan tentang pertukaran kursus pelajar dari jurusan sains hayat,sains fizikal dan perakaunan oleh En. Mohd Mahyuddin B. Mohd Noordin. Selain itu,beliau juga memberi tips tentang persediaan awal dan cara-cara pembelajaran di matrikulasi. Dalam pada itu,pengiraan jam kredit juga turut diterangkan kepada para pelajar. mppb’10/mohdwahidi

11.15- Para pelajar lelaki KMS tekun mendengar dan mencatat nota penting semasa taklimat akademik dan peperiksaan berjalan. Taklimat tersebut mendedahkan kepada pelajar tentang sistem peperiksaan dan cara penilaian yang dijalankan untuk program matrikulasi. mppb’10/mohdwahidi

11.30 pagi- Salah seorang pelajar lelaki yang berpakaian kemas beserta tali leher KMS memberikan perhatian sepenuhnya semasa sesi taklimat dijalankan. Tali leher telah diberikan kepada semua pelajar lelaki KMS semasa hari peııdaftaran. mppb’10/mohdwahidi

11.35 pagi- Tidak kurang juga pelajar perempuan KMS turut memberikan sepenuh perhatian mereka dan mencatat semua maklumat penting yang diberikan.Hal ini menunjukkan semangat dan seriusnya mereka dalam program yang ditawarkan oleh bahagian matrikulasi. mppb’10/a.naeeim

11.45 pagi- Lihatlah betapa tekunnya bakal pemangkin negara ini meniliti informasi dan jadual dengan lebih teperinci agar memudahkan paerjalanan beliau apabila melangkah ke dewan kuliah pada hari pertama sesi pembelajaran bermula. mppb’10/mohdwahidi


Hari Kedua: Bahagian II

11.50 pagi- Para pelajar mengangkat tangan apabila dipanggil mengikut jurusan mereka, seperti jurusan hayat, jurusan fizikal dan jurusan akaun. Terbuktilah para pelajar sudah membuat keputusan untuk menceburi bidang yang diminatinya. mppb’10/a.naeeim

12.00 tengah hari- Setiap taklimat yang dijalankan pelajar akan diagihkan mengikut blok asrama masing-masing sama ada Asrama Capella,Asrama Canopus,Asrama Mira,Asrama Polaris atau Asrama Vega. Hal ini bagi memudahkan setiap aktiviti berjalan lancar.mppb’10/a.naeeim

12.10 tengah hari- Walaupun hampir menjelang tengah hari,para pelajar tetap memberi tumpuan kepada sesi taklimat yang sedang dijalankan. Salah satu pelajar lelaki KMS adalah junior kepada fasilitator yang bertugas iaitu Mohd Ozzal B. Idris. mppb’10/a.naeeim

12.15 tengah hari- Aktiviti selingan yang dibimbing oleh para fasilitator menggamatkan lagi suasana Dewan Antares yang dahulunya sunyi sebelum kehadiran pelajar baru KMS. mppb’10/a.naeeim

12.20 tengah hari- Sebahagian pelajar perempuan begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan tengah hari tadi. Ternyata mereka sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di matrikulasi bersama rakan-rakan yang juga baru. mppb’10/a.naeeim

12.25 tengah hari- Para fasilitator lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama para pelajar melakukan aktiviti yang dijalankan seperti mencipta ‘cheer song’ untuk setiap kumpulan pelajar yang telah dibahagikan mengikut blok asrama. mppb’10/a.naeeim

12.30 tengah hari- Masih tekun dan khusyuk mendengar arahan dan pesanan yang diberikan oleh para fasilitator sebelum melepaskan para pelajar pulang untuk makan tengah hari dan berehat. mppb’10/a.naeeim

12.35 tengah hari- Walaupun penat seharian menghadiri semua sesi aktiviti yang dijalankan,namun para pelajar masih mampu tersenyum lebar dan ketawa melihat telatah para fasilitator yang bertugas. mppb’10/a.naeeim

12.45 tengah hari- Pengarah KMS iaitu Datin Hajah Maharom Bt. Mahmood diiringi oleh Timbalan Pengarah iaitu Datin Hajah Roslina Bt. Abdul Rashid sanggup meluangkan masa memantau perjalanan kerja Jawatankuasa Dokumentasi yang dibimbing oleh En. Mohd Wahidi B. Rosni dan dibantu oleh Cik Suganthi Nitsingam. Sebagai pengarah sulung KMS, beliau amat berbesar hati dengan usaha yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Dokumentasi KMS. mppb’10/mohdwahidi


Hari Kedua: Bahagian III

1.55 petang – Walaupun hujan pelajar masih bersemangat meredah Dataran Kosmik menuju ke Dewan Antares untuk aktiviti seterusnya. mppb’10/a.naeeim


2.30 petang – Warga baru KMS tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn. Zuaiza. mppb’10/a.naeeim

3.45 petang – Seorang fasilitator menceriakan lagi suasana pada petang itu dengan melakukan akiviti selingan. Gelagat beliau berjaya mencuit hati semua warga KMS. mppb’10/a.naeeim


5.00 petang – Astaka yang dahulunya lengang kini dipenuhi oleh pelajar-pelajar baru KMS sesi ’10/11 untuk aktiviti sukan pada petang hari. Aktiviti tersebut dipantau oleh penyarah dan para fasilitator yang berpengalaman. mppb’10/filzah


5.20 petang – Walaupun cuaca mendung, anak-anak pelajar masih bersemangat untuk beriadah. Selain itu, pemilihan KAKOM juga dijalankan. mppb’10/filzah

5.27 petang – Pelajar- pelajar diberikan kelonggaran untuk menyertai acara sukan yang diminati. Kemudian mereka berkumpul mengikut sukan yang disertai. mppb’10/filzah

5.45 petang – Para pelajar yang memilih untuk menyertai skuad bola sepak KMS sudah memulakan latihan untuk memantapkan lagi mutu permainan. Cuaca yang mendung tidak mematahkan semangat pelajar-pelajar KMS. mppb’10/mohdwahidi


6.00 petang – Hujan yang turun menyebabkan aktiviti sukan yang dijalankan terpaksa ditangguh atas faktor keselamatan dan kesihatan para pelajar. Akan tetapi para pelajar tetap bergembira dengan aktiviti yang dijalankan. mppb’10/filzah

6.30 petang – Pelajar-pelajar beransur pulang ke kediaman kolej masing-masing memandangkan hujan yang lebat menghalang perjalanan aktiviti. mppb’10/a.naeeim


Hari Kedua: Bahagian IV

9.00 malam: Forum Bersama Alumni bersama para pelajar sulung KMS sesi 10/11 diadakan di Dewan Antares. Mereka terdiri daripada empat panel iaitu Dr. Faiz B. Md Ariffin, Cik Sharifah Nadirah Bt. Syed Ahmad Alhabshi, Dr. Mohd Shahir B. Anuar dan En. Mohd Sukur B. Ibrahim. Sesi forum ini dikendalikan oleh saudari berbaju hijau iaitu Siti Hawa. mppb’10/a.naeeim

9.45 malam: Semangat! Dr. Mohd Shahir B. Annuar memberi penerangan tentang cara belajar yang efektif di matrikulasi untuk membantu para pelajar mengurus masa dengan baik. mppb’10/a.naeeim

10.00 malam: En. Mohd Sukur B. Ibrahim memberi ceramah mengenai potensi diri untuk berjaya. Walaupun keadaan beliau yang kurang sempurna fizikal tetapi masih lagi boleh berjaya seperti orang lain juga. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya pada hari ini dan mempunyai syarikat beliau sendiri. mppb’10/a.naeeim

11.00 malam: Para penceramah diberi penghargaan atas kesudian mereka memberi ceramah yang bermanfaat dan menaikkan semangat para pelajar KMS bagi memulakan perjalanan mereka di dunia matrikulasi. mppb’10/a.naeeim

11.15 malam: Para fasilator tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bergambar dengan En. Sukur B. Ibrahim. Pensyarah biologi iaitu Pn. Suhada B. Alias mengiringi beliau pulang hingga ke keretanya. mppb’10/a.naeeim

11.20 malam: Para fasilitator menyanyikan lagu KMS dengan penuh bersemangat di atas pentas Dewan Antares. Mereka mendemonstrasikan lagu KMS kepada para pelajar KMS. mppb’10/a.naeeim

11.23 malam: Para pelajar menyanyikan lagu KMS dengan penuh semangat diiringi muzik. mppb’10/a.naeeim


Hari Ketiga : Bahagian I

8.05 pagi – Sesi pengagihan para pelajar megikut praktikum masing-masing dikendalikan oleh para fasilitator yang bertugas berjalan dengan lancar pada pagi itu. mppb’10/filzah

9.00 pagi – Bangunan ini merupakan Kompleks Akademik dan Dewan Kuliah yang menempatkan kumpulan mentor mentee berkumpul untuk sesi suai kenal bersama mentor masing-masing. mppb’10/filzah

9.05 pagi – Wakil bagi setiap praktikum membantu salah seorang fasilitator yang bernama Jamiatul Syaheera bt. Zamri untuk memanggil ahli praktikum masing-masing supaya lebih tersusun. mppb’10/filzah

9.08 pagi – Salah seorang fasilitator yang menggelarkan dirinya sebagai ‘abang Maaz’ menunjukkan arah jalan ke Kompleks Akademik dan Dewan Kuliah kepada pelajar sambil diperhatikan oleh dua orang fasilitator yang lain. mppb’10/filzah

9.15 pagi - Ketua fasilitator,saudara Megat Ahmad Danial B. Mazalan sedang berbincang bersama ahli kumpulan mentor mentee yang dikendalikannya di salah sebuah bilik tutorial. mppb’10/a.naeeim

9.20 pagi – Beberapa orang fasilitator perempuan membawa alatan yang digunakan semasa slot LDK(latihan dalam kumpulan) bersama mentor masing-masing. mppb’10/a.naeeim

9.40 pagi – Sebahagian fasilitator perempuan sempat membuat perbincangan semasa sarapan pagi bersama bagi memastikan setiap aktiviti pada hari tersebut berjalan dengan lancar. mppb’10/filzah


Hari Ketiga: Bahagian II


5.10 petang – Salah seorang pelajar yang dikenali sebagai ‘Abang Kassim’ merupakan penghulu bagi MPPB 2010/2011 di KMS. Beliau sedang memberikan arahan kepada para pelajar lelaki yang lain pada sesi riadah petang itu. mppb’10/filzah

5.20 petang – Pelajar perempuan KMS begitu bersemangat melakukan aktiviti riadah pada petang itu walaupun sudah hari keempat mereka berada di KMS. mppb’10/filzah

9.45 malam – Tenaga fasilitator Asrama Perempuan Vega sedang fokus mendengar aduan salah seorang pelajar di blok mereka sepanjang seharian aktiviti dijalankan. mppb’10/afiqah

9.50 malam – Para fasilitator sedang menjalankan ‘post morterm’ yang diketuai oleh Megat Ahmad Danial B. Mazalan bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. mppb’10/filzah

10.00 malam – Dua orang pelajar perempuan saling mengenali antara satu sama lain berhadapan dengan Kompleks Makmal sambil menikmati keindahan malam di KMS. mppb’10/afiqah

10.30 malam – Sebahagian tenaga kerja fasilitator yang bekarja keras dalam MPPB 2010/2011 KMS sempat beraksi walaupun seharian memerah keringat untuk mengruskan pelajar-pelajar baru. mppb’10/filzah


Hari Keempat

7.35 pagi – Telatah empat orang fasilitator lelaki iaitu Akram, Sadiq Abdul Rauf, Khairul Zaman dan Aizzat Naeeim selepas aktiviti senaman pagi. Walaupun berasal dari kolej matrikulasi yang berbeza dahulunya, tetapi keserasian dan kesepakatan yang ditunjukkan oleh mereka memudahkan lagi kelancaran aktiviti sepanjang MPPB 2010/2011. mppb’10/ajilah


8.15 pagi – Pengurusan Masa dan Kewangan bersama Mentor merupakan aktiviti pertama yang diadakan pada pagi itu bertempat di bilik tutoran, Bangunan Andromeda. Beberapa orang pelajar perempuan memberikan tumpuan kepada perbincangan bersama mentor masing-masing. MPPB’10/filzah


8.30 pagi – Slot bersama mentor masing-masing bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti di dalam Dewan Kuliah mahupun Bilik Tutorial, malahan mentor juga menjalankan aktiviti di luar bilik akademik bagi menarik minat para pelajar pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru dan menambahkan keceriaan dihati mereka. MPPB’10/filzah


8.40 pagi – Bagi tiga orang pelajar perempuan ini, slot Pengurusan Masa dan Kewangan amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang akan menjalani hidup sebagai pelajar di KMS. Baju kurung yang dipakai oleh adik-adik manis ini berwarna abstrak dan berjaya menarik perhatian orang lain. MPPB’10/filzah


8.45 pagi – Salah seorang mentor pilihan iaitu Ustaz Muhamad Sayuti B. Ishak memberikan nasihat dan panduan kepada ahli mentee beliau agar bijak menguruskan masa dan kewangan mereka. MPPB’10/filzah


8.55 pagi – Dua orang fasilitator sedang berbincang mengenai perjalanan aktiviti para pelajar untuk slot seterusnya iaitu Taklimat Perpustakaan dan Ujian Setara bersama AJKO. Salah seorang fasilitator di situ merupakan Jawatankuasa Dokumentasi iaitu Ajilah (di bahagian kanan). MPPB’10/filzah


9.00 pagi – Sekumpulan pelajar KMS bersama-sama mentor mereka dalam slot Pengurusan Masa dan Kewangan yang dijalankan di salah sebuah bilik tutorial di Kompleks Akademik dan Dewan Kuliah. Para mentee terhibur dengan celoteh daripada mentor mereka, perkara ini menceriakan lagi suasana di bilik tutorial tersebut. MPPB’10/a.naeeim


9.10 pagi – Seorang pelajar bernama Wong Jiat Earn berpakaian berwarna-warni bersedia untuk slot aktiviti seterusnya di Dewan Antares iaitu Taklimat Perpustakaan dan Ujian Setara bersama AJKO. MPPB’10/a.naeeim


9.15 pagi – Tiga orang pelajar lelaki berbangsa Cina tidak melepaskan peluang mencuri perhatian jurugambar semasa melengkapkan borang perjanjian di anak tangga bangunan pentadbiran. MPPB’10/a.naeeim


9.20 pagi – Terukir senyuman manis di bibir salah seorang pelajar KMS iaitu saudari Sabrina Hairudin yang sedang berehat di dalam bangunan pentadbiran sementara menunggu aktiviti seterusnya bermula. mppb’10/a.naeeim


9.45 pagi – Telatah dua orang fasilitator iaitu Megat Ahmad Danial B. Mazalan (Penghulu Fasilitator) dan Muhammad Faris (Pengerusi majlis) semasa slot Taklimat Perpustakaan dan Ujian Setara yang diadakan di Dewan Antares walaupun keletihan mengendalikan aktiviti untuk pelajar mereka tetap menjalankan tugas mereka dengan penuh amanat. mppb’10/filzah


10.13 pagi – Dalam kesibukkan menguruskan MPPB 2010/2011 pada hari keempat, dua orang pensyarah berbaju batik biru dan hijau ini masih mampu tersenyum lebar menyambut kehadiran pelajar baru KMS. En. Mohd Yusfi dan En. Mohd Hafiz B. Hasan berpendapat bahawa ketepatan masa amatlah penting bagi pelajar matrikulasi. MPPB’10/filzah


10.24 pagi - Para pelajar tetap bersemangat untuk mengikuti aktiviti seterusnya walaupun terpaksa menempuh hujan. Mereka sanggup meredah hujan untuk ke tempat perjumpaan masing-masing. mppb’10/mohdwahidi


10.40 pagi – En. Muhad bersungguh-sungguh memberikan taklimat mengenai Perpustakaan KMS. Beliau merupakan salah seorang Pustakawan KMS. MPPB’10/mohdwahidi


11.00 pagi – salah seorang pelajar KMS sempat lagi menjawap panggilan telefon dari ibu yg tercinta ketika aktiviti sedang berlangsung di Dewan Antares. MPPB’10/mohdwahidi


9.10 malam – Forum Pembangunan Modal Insan bertajuk ‘Di Mana Aku Kini’ yang dikendalikan oleh En. Azra B. Zainol Rashid slot yang amat menyentuh jiwa dan raga seseorang insan yang bernama anak. Objektif slot ini diadakan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang tujuan dan niat mereka sebagai pelajar KMS. MPPB’10/mohdwahidi

9.40 malam – Sesi ceramah dan motivasi ini berjaya menyentuh sanubari para pelajar KMS sehingga kedengaran esakan para pelajar kerana memikirkan pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa mereka selama ini. Dalam slot tersebut, pelajar dikehendaki menulis surat kepada ibu bapa mereka dan menyatakan segala yang tersirat di hati mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Azra B. Zainol Rashid kerana menjiwai setiap patah perkataan yang diungkapkan olehnya, deangan itu tercapailah objektif slot pada malam itu. MPPB’10/filzah


10.00 malam – Kelihatan En. Azra bersama para pelajar KMS yang kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim bagi membakar semangat pelajar yang lain dalam meneruskan perjuangan mereka sebagai pelajar KMS. MPPB’10/mohdwahidi


Hari Terakhir

1.30 petang – Buat pertama kalinya solat jumaat diadakan di Surau As-Sufi yang terdiri daripada pelajar lelaki KMS dan penduduk berhampiran. Solat jumaat pada petang itu diketuai oleh Ustaz Muhamad Sayuti B. Ishak yang merupakan Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral di KMS. mppb’10/mohdwahidi

2.45 petang – Tuan Haji Mohd Yusof B. Samad menikmati hidangan tengah hari bersama-sama jemputan khas yang diundang di Kafe Pentadbiran KMS. mppb’10/afiqah

3.00 petang – Tuan Haji Yusof B. Samad mengiringi Ustaz Md. Razali B. Hassanusi ( Pegawai Tadbir Agama di Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Langat ) berjalan pulang sambil diperhatikan oleh Ustaz Muhamad Sayuti B. Ishak. Beliau amat berbesar hati dengan pembukaan KMS di Daerah Kuala Langat. Beliau berharap agar para pelajar KMS dapat mengimarahkan Surau As- Sufi yang tesergam indah. mppb’10/afiqah

3.15 petang – Kumpulan koir KMS bersemangat melakukan persembahan semasa slot raptai diadakan untuk Majlis Perasmian Penutupan MPPB 2010/2011 pada malam itu di Dewan Antares. mppb’10/afiqah

3.25 petang – Seterusnya kumpulan dikir barat KMS yang diwakili pelajar-pelajar lelaki meneruskan raptai pada petang itu untuk memastikan kelancaran majlis pada malam nanti. mppb’10/afiqah

3.35 petang – Sebahagian pelajar KMS berkumpul di Bangunan Pentadbiran bagi menguruskan pertukaran jurusan masing-masing sebelum kuliah dan tutoran bermula pada minggu depan. mppb’10/filzah

4.00 petang – Detik-detik kenangan terakhir antara tenaga fasilitator lelaki bersama En. Azra B. Zainol Rashid di Dewan Kuliah Besar 1 selepas mengadakan perjumpaan antara fasilitator. mppb’10/a.naeeim


2 comments:

anaeeim said...

rindu...
- anaeeim

anaeeim said...
This comment has been removed by the author.

are you like this? click here...hehe

rayuanku...