Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Friday, November 29, 2013

Sebab isteri itu amanah yg kamu pilih dengan rela



Nilai Seorang ISTERI 

Berikut adalah perkongsian kawan penulis di Facebook. Apabila membaca ini, kita akan dapat faham apakah nilai sebenar seorang isteri. ~Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan. PENCERAMAH : ” Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak danjuga isteri nya serta seterusnya. PENCERAMAH : Sekarang silakan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya.Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi. PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi,sehingga tinggal lah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut. PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi”,maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isteri nya.Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : “silakan padam 1 nama lagi!”,Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan. PENCERAMAH : Silakan pilih 1 nama lagi!.Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu. :” kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.” Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. Lalu lelaki menjawab:” Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin , setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.

Wednesday, September 11, 2013

Nak jumpa permata kita perlu jumpa pasir dahulu

-Destinasi Cinta-

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman

Program Muzik : Trabye

Warkah Cinta Dari Syurga

ada sorang hamba Allah ni (Tuan Guru x sebut siapa orangnya) 1 hari dia p ziarah kubur Rasulullah SAW.. lps ziarah tu dia p raudhah.. ditakdirkan disana dia dapat bermimipi bertemu Rasulullah SAW.. dlm mimpi tu Rasululullah SAW beri satu pesanan suruh sampaikan SALAM pd seseorang yg amat2 berjasa pd ummat zaman skrg ni..lalu, selepas bermimpi tu dia berhajat utk sampaikan salam Rasulullah SAW pd hamba Allah ni secara berdepan.. bertentang 2 mata sbb mimipi tersebut terlalu penting dan bermakna.. tp, dengan cara ni agak makan masa yg lama.. sbb keadaan jarak yg jauh utk bertemu.. mlm berikutnya dia bermimpi lagi bertemu Rasulullah SAW.. dlm mimpi tu Rasulullah SAW bertanya.. mengapa kamu masih belum sampaikan SALAM aku pd insan itu?.. baru dia tersedar, dia perlu segera sampaikan SALAM Rasulullah SAW.. jadi, inisiatif yg dia lakukan adalah terus call insan tersebut.. nak tahu siapa INSAN itu?... dialah Tuan Guru Haron Din.. kemudian bila hamba Allah yg dapat mimpi tu balik ke malaysia dia bertemu Tuan Guru.. dia bgtau, bukan sekadar hanya pesanan sampaikan SALAM shj, tapi, ada pesanan lain.. dia tulis dlm kertas bagi Tuan Guru baca.. antara yg dilafazkan oleh Tuan Guru td.. dlm nada yg agak sebak dan menangis.. Tuan Guru sebut 'Rasullullah SAW sangat SAYANG pd Tuan GURU'.. ramai yg menangis termasuk diri ana.. suatu perasaan yg sukar utk digambarkan... Wallahualam.. muhasabah utk kita bersama yg barangkali lalai dan kurang berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, wa alihi wa sohbihi wa Sallim... Assalamualaikum wbt.

9 Sept 2013

Monday, August 26, 2013

Antara tariqah & baiah perjuangan Islam

Murabbi Tarbiyahku & ariqat (Jalanan Sufi) - berlaku pda tahun 2007
Ustaz , ana nak tanya n mnta pendapat ustaz , macamana dgn tariqat ? Ana masuk tariqat tak pa dak ?
............
Ustaz menarik nafas dalam2. Memikir jawapan yg tepat untuk diri ku.
" Tariqat ni bukan salah, cuma bila asas enta kurang stabil lagi , ustaz bimbang enta mula "syok" dgn majlis2 zikir sampai mula rasa malas nak datang meeting , program, tamrin dll " .
" Ustaz tak tuduh org tariqat semua macam tu, cuma ustaz dh ada pengalaman mcm tu Amin ". Murabbi menyambung.
Aku mengangguk.
Ustaz pernah ambil tariqat ? Ayah ustaz kan tok guru ? Alim.
Ustaz melempar senyum .
" Ustaz tak dak toriqat cuma ustaz "terikat" (bai'ah) dgn perjuangan Islam" .
Cuba amin tgok Pak Long dan Cikgu Sukarno ? Depa pun bukan tariqat . Wirid mereka adalah perjuangan Islam.
Owh .
Tapi ustaz tak halang amin , cuma kalau amin bleh yakin Amin tak tinggal perjuangan , ustaz izinkan . Ayat pemati. Aku akur , angguk tanda faham



Tuesday, August 20, 2013

Jantung atau Hati ???


Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.

Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.

Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan ‘heart’. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati.
Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya. Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.

Qalb dan Qulub

Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb (jantung) atau qulub (jantung-jantung) sebagai kata jamak atau plural untuk qalb. Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ yang tergantung dalam tubuh manusia.

Dalam kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn Manzur (meninggal 711H) menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).

Disebabkan perkembangan ilmu perubatan, maka dalam kamus Arab moden takrifan lebih terperinci. Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri” (al-Mu’jam al-Wasit, 2/753).

Ini sama dengan maksud jantung dalam Kamus Dewan Bahasa: “Organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan” (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3, 519).

Jelas, qalb atau kata jamaknya qulub yang digunakan oleh orang Arab, demikian digunakan oleh al-Quran dan Hadis tidak merujuk kepada hati, tetapi merujuk kepada jantung. Terjemahan Inggeris lebih tepat iaitu ‘heart’. Malangnya, hingga terjemahan heart dari Inggeris ke melayu juga tidak stabil kerana kadang-kadang diterjemah sebagai hati, kadang-kadang diterjemah sebagai jantung.

Kekeliruan

Kekeliruan dalam memberikan maksud qalbu atau heart ini telah menyebabkan Kamus Dewan Bahasa memberikan maksud perkataan hati yang pelbagai. Disebut dalam Kamus Dewan: “Hati: 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan di dlm perut di bahagian sebelah kanan…2. = jantung.. 3. batin (tempat perasaan, pengertian)..”. (ibid, 445).

Sementara itu dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Jurnal Bahasa DBP (Jilid 5, Bilangan 4, 2005) Imran Ho Abdullah dan Norsimah Mat Awal cuba memberikan maksud hati secara konsep dan metafora dalam bahasa Melayu. Artikel mereka itu berjudul “Pengkonsepsian dan Pemetaforaan Hati”.

Namun saya melihat, justifikasi bahasa di sudut konsep dan metafora yang cuba diberikan dan juga kepelbagaian maksud hati sehingga diterjemahkan salah satunya sebagai jantung, tetap mengelirukan bagi memahami maksud asal qalb dalam al-Quran dan Hadis.

Bahkan penyataan hati bermaksud jantung dalam bahasa Melayu itu sendiri boleh mengelirukan kerana keduanya organ yang berbeza. Apatahlagi, kajian saintifik moden benar-benar membezakan peranan antara kedua organ tersebut.

Jika pun boleh diterima, salah satu pengertian hati itu disebutkan oleh Kamus Dewan sebagai batin atau tempat perasaan. Ini hampir ada persamaan dengan maksud akal (al-‘Aql) yang sebut juga sebagai salah satu maksud qalb dalam Lisan al-‘Arab (m.s 687).

Maka perkataan qulub atau qalb dalam nas-nas Islam lebih tepat diterjemahkan sebagai jantung, atau jika hendak digunakan juga perkataan hati mungkin boleh disebut ‘jantung hati’. Sebahagian penulis atau pembicara suka menggunakan perkataan ‘kalbu’ seperti ungkapan dalam ‘dalam kalbuku ini’.

Perkataan kalbu dianggap sebagai ungkapan qalb dalam yang dimelayukan. Ya, mungkin boleh, tetapi bagi yang mengetahui bahasa Arab ia agak berat sebab kalb iaitu dengan huruf ‘kaf’ (=kalb atau kalbun) dalam Bahasa Arab bermaksud anjing. Jika dengan huruf ‘qaf ‘ (=qalb atau qalbun) barulah bermaksud jantung.

Al-Quran dan Hadis

Hari ini dengan kemajuan sains dan teknologi, begitu banyak mukjizat sains dalam al-Quran dan Hadis ditemui. Maka, menterjemah perkataan qalb atau qulub dalam kedua sumber itu dengan maksud asalnya iaitu jantung adalah suatu kemestian. Jika tidak, nanti orang Melayu gagal memahami rahsia saintifik di sebalik perkataan tersebut. Amat besar perbezaan fungsi antara jantung dan hati!

Dengan itu kita sepatutnya menukar terjemahan ayat-ayat al-Quran seperti: “dalam hati-hati mereka ada penyakit” (al-Baqarah: 10) dengan “dalam jantung-jantung mereka ada penyakit”. Begitu juga: “mereka berkata dengan mulut-mulut mereka, apa yang tiada dalam hati-hati mereka” (Ali ‘Imran: 167), diterjemahkan“…apa yang tiada dalam jantung-jantung mereka”. Begitulah seterusnya. Bahasa Inggeris telah menterjemah dengan tepat seperti “in their hearts is disease..”, “..what was not in their hearts”.

Ini bukan kerana ingin menyalahkan bahasa kita yang telah berjalan sejak sekian lama. Namun, tujuannya bagi mendekatkan kefahaman secara lebih tepat penggunaan perkataan yang dipilih oleh al-Quran dan Hadis atau dalam Bahasa Arab. Perkembangan ilmu terutamanya sains juga mengajak kita lebih teliti terhadap istilah-istilah al-Quran dan Hadis ini. Sekali lagi, jantung bukan hati!




Source :  http://drmaza.com/home/?p=1084

Monday, July 22, 2013

Jadilah Pejuang Islam Yang Sejati

PerLUnYA BErjuaNG (pOLitiK )
Antara bait-bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak kepada Fudhail bin Iyad, mengajak menyertai berperang di medan pertarungan. Fudhail bin Iyad adalah lambang seorang pejuang sufi sebenar, bukan sekadar berada di tikar sejadah tetapi turun ke medan perperangan. Sama-samalah kita perhatikan makna bait kata syair ini.Fudhail bin Iyad adalah ulama` besar yang menghabiskan masanya dengan beribadah di dua tanah haram. Abdullah bin Mubarak pula ulama` yang setahun sekali akan pergi perang.
Wahai para ahli ibadah di dua tanah haram
Kalau kamu menyaksikan kami
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Kamu bermain-main dalam ibadah
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras
Kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara batil
Sesungguhnya kuda-kuda kami penat
dalam melakukan penyerbuan dan peperangan
Bau wangi-wangian menjadi milikmu
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu jalanan
Telah datang kepada kami sabda nabi
Sabda yang benar jujur dan tidak bohong
Tidak sama debu kuda-kuda Allah
Di hidung seseorang dan asap yang menyala-nyala
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami
Bahawa orang mati syahid tidak diragukan lagi
Tidak sama dengan orang mati biasa.
“Kamu [umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: 110)
surah An-Nisa’ ayat 75 :
وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا
وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا
Ertinya :
Mengapa kamu semua tidak berjihad di jalan Allah sedangkan golongan yang lemah samada lelaki dan perempuan dan anak-anak, masing-masing berkata Ya tuhan kami keluarkanlah kami dari negeri kami yang mana penduduknya melakukan kezaliman ini dan berilah kami pelindung dan penolong dari sisimu.
Ingatlah kita dilahirkan bukan untuk mencari kesenagan diri sendiri, tetapi kita dilahirkan untuk manusia. Lahirnya kita sebagai orang islam bukan hanya duduk ditikar sejadah, bukan hanya menuntut ilmu sahaja. Akan tetapi hidupnya kita dimuka bumi ini adalah untuk membela nasib manusia. Berapa ramai manusia diluar sana yang perlukan bantuan kita?
Ingatlah firman ALLAH SURAH AN-NISA`.
وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا
وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا
Ertinya :
Mengapa kamu semua tidak berjihad di jalan Allah sedangkan golongan yang lemah samada lelaki dan perempuan dan anak-anak, masing-masing berkata Ya tuhan kami keluarkanlah kami dari negeri kami yang mana penduduknya melakukan kezaliman ini dan berilah kami pelindung dan penolong dari sisimu.

are you like this? click here...hehe

rayuanku...