Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Monday, August 23, 2010

Ketakwaan

Berserah diri pada ALLAH swt adalah melakukan apa jua perkara tanpa melupai-NYA walaupun sesaat. Ingatan terhadap ALLAH SWT sentiasa di hati, di bibir dan di minda. kita perlu memelihara hubungan kita dengan-NYA dan pemeliharaan inilah dipanggil takwa.

Ketika Rasulullah SAW ditanya maksud takwa, baginda membuat satu anologi yang mudah untuk kita fahami iaitu menibaratkan kita bertemu dengan jalan yang banyak duri dan tindakan yang perlu diambil ketika itu. Apabila keadaan itu berlaku kita akan mengelak ke tempat yang tidak ada duri atau duri itu dilangkahi atau melangkah ke belakang. Maka perbuatan itulah dinamakan takwa.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas yang menyebut takwa itu adalah mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-NYA, sentiasa mengingati ALLAH dan tidak melupainya, bersyukur kepada-NYA dan tidak mengkufuri nikmat-NYA.

Takwa itu satu keperluan dalam hidup kerana ia membuatkan jiwa kita penuh berdisiplin, dan kental dalam apa jua perkara sama ada masalah atau fitnah. Kita mungkin sering berkata bahawa kita bertakwa namun nilai ketakwaan itu sebenarnya hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang mengetahuinya.

Oleh itu, kita perlu tingkatkan nilai ketakwaan itu ke tahap maksimum dan energi kerohanian kita akan meningkat separas dengan kenaikan nilai takwa itu tadi. Semakin bertakwa seseorang itu, semakin kuat bentengnya, semakin bertanggungjawab dia pada agamanya, pada dirinya dan juga pada bangsanya.

InsyaALLAH melalui kaedah yang mudah kita akan mula merasakan yang kita hamba yang kerdil, kita ini perlu bergantung pada ALLAH SWT. Menaruh harapan dan kebergantungan dengan-NYA nescaya tidak akan sia-sia kerana ALLAH SWT sentiasa memelihara kita yang mencintai-NYA.

Ingatilah ALLAH pada setiap detik nafas dengan penuh perasaan. Rasa tanpa kata-kata jauh lebih hebat dari kata-kata tanpa rasa. Semestinya ada formula yang perlu kita tekuni dalam meningkatkan energi kerohanian kita. Formula yang paling mudah ini dinamakan takwa atau energi takwa.

Semakin kita akrab denganALLAH SWT, semkain kuatlah bentengan diri kita. Semakin kuat bentengan diri kita, semkain bergunalah diri kita kepada keluarga dan masyarakat; semakin terhindarlah kita dari pelbagai penyakit zahir dan batin; dan semakin pulih kita dari jiwa yang kacau, batin yang sakit, zahir yang lemah.

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...