Teringat kata-kata dari seorang sahabat.."Ujian yang Allah beri pada kita sebelum ini boleh dijadikan bekal dan kekuatan untuk kita terus berhadapan dengan ujian yang mendatang..menjadi bekalan dalam mengharungi mehnah dan tribulasi pada masa akan datang"...
Sedikit sebanyak saya dapat memahami corak kehidupan di BUMI HIJAU ini. Ternyata memang banyak mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi... suasana waqi' yang betul-betul menguji iman dalam diri... ujian ukhuwah antara sahabat-sahabat... corak gerak kerja Islam..semua ni perlu di hadam dan di ambil cakna sebaiknya....
Matlamatnya adalah untuk mewujudakan bi'ah solehah di sini. Satu matlamat yang amat besar... perlu diteguhkan dengan keyakinan dalam diri bahawasanya Allah swt akan sentiasa bersama-sama dengan hamba-NYA yang ikhlas dalam mewakafkan diri dalam perjuangan Islam.
Alhamdulillah...memang benar..disebalik ujian yang pernah saya lalui sebelum ini Allah telah memberikan sedikit kekuatan-Nya kepada saya dalam menghadapi setiap ujian di sini..Pengalaman yang lalu menjadikan saya lebih matang untuk mengharungi setiap mehnah dan tribulasi... Moga saya terus thabat dalam jalan juang ini..Moga Allah masih sudi meneguhkan diri saya bersama pejuang-pejuang agama-NYA.
Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang mukmin sentiasa diambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya"
Terdapat beberapa halangan dalam dunia Islam:-
1. Perancangan mantap oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam
-membudayakan orang-orang Islam dengan materialisme sehingga mereka sanggup menukar prinsip yang ditetapkan Allah untuk mencapai kemewahan dan memenuhi hawa nafsu.2. Umat Islam lupa diri dan berada jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar
-Berpecah belah sesama sendiri
-Mengutamakan kepentingan diri lebih daripada kehendak Allah
3. Kelemahan pemikiran umat Islam.
-meniru dan meminjam idea-idea asing
-prinsip berpada dengan apa yang ada menyebabkan tiada inisiatif dan usaha untuk menghasilkan benda baru untuk dunia Islam
4. Keruntuhan akhlak dan iman umat Islam
Hikmah Mehnah dan Tribulasi
1. Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah swt.
2. Menampakkan yang haq dan yang batil
3. Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri dan menghapuskan dosa.
4. Meningkatkan darjat taqwa untuk membantu kemenangan Islam
5. Membersihkan diri orang-orang yang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap.
6. Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat.
Cara menghadapi Mehnah dan Tribulasi
1. Ikhlas dalam perjuangan
2. Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
3. Berada dalam Jemaah
4. Sabar dan gigih dalam menghadapi musuh-musuh Islam
5. Meletakkan cita-cita tertinggi "syaheed dalam perjuangan" sebagai matlamat utama.
No comments:
Post a Comment