Jangan sampai cinta fitrah menjadi fitnah.
Jangan sampai hilang keberkatan bahtera yang bakal di bina.
Apalagi bahtera itu bahtera dakwah.
Penuh dengan tanggungjawab yang besar.
Bukan sahaja untuk membina sebuah keluarga bahagia, tetapi menjadikan keluarga mangkin terus bergerak dalam arena dakwah.
Suami imam yang tidak sekadar memimpin solat, tetapi mampu membawa ahli keluarga memimpin ummah.
Si isteri pula bukan sekadar menjadi solehah kerana taat kepada suami dan menjadi ibu mithali kepada cahaya mata, tetapi mampu memimpin para isteri dan ibu yang lain untuk turut sama menjadi isteri solehah dan ibu mithali.
Bahkan zuriat yang dilahirkan telah diasuh dan terasuh jiwanya dengan roh dan semangat perjuangan untuk menegakkan Dinullah agar terus memayungi buana.
Tatkala melantunkan ayat kedua dan ketiga dalam surah As-Saff:
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu per buat?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Bertambah sesak nafasku..bergetar jiwaku dengan ancaman kebencian itu..
Apalah erti dunia dan seisinya andai hidup berteman kebencian Sang Pencipta. Tanpa kasih sayang dan rahmat-Nya, pasti saja hidup seakan mati yang belum mati..
2 comments:
moga dapat bercinta dengan Allah
ya..cinta Allah..cinta yg hakiki..
Post a Comment