Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Sunday, March 25, 2012

hamba mahu kembali kepada fitrah....

Perasaan hati terhadap seseorang tidak akan dapat dihapuskan. Ianya fitrah dan kurniaan unik dari Pencipta, kerana dengan perasaan itulah Allah menguji ketetapan cinta di hati kita samada cinta kita terlebih pada makhluk atau tetap sejati pada Allah...

Allahurabbi, terasa tak mampu utk lalui ujian-Mu kali ini... aku pasti, Kau mahu perbaharui rasa cinta dan imanku terhadap-Mu tatkala diuji sebegini rupa....




SALAHkah AKU berCINTA???

Alhamdulillah, Kau telah bukakan jalannya...

Mencintai seseorang itu adalah fitrah...fitrah insan...begitu jg dgn merasa geram, marah, benci, semua itu adalah fitrah...fitrah bagi insan yg memiliki perasaan...
Cumanya, apabila kita jatuh cinta kpd yg bukan mahram ada adab dan caranya...
Terpanggil rasa hati untuk berkongsi satu tips bagaimana ingin merasa manisnya itu cinta...rasa bahagia, dan indahnya cinta yg x tahu bagaimana ingin dirungkaikan dgn kata2...Tips itu adalah dgn PUASA SYAHWAT sblm tiba masa berbuka...Perumpamaannya spt begini...

Mereka yg berjaya menahan diri daripada cinta-cintun sebelum masanya, ibarat mereka yg sedang berpuasa, menahan diri drpd lapar dan dahaga...

Cuba kita bayangkan betapa gembiranya, manisnya, saat berbuka puasa slps berpuasa sepanjang hari, slps bermujahadah melawan godaan nafsu yg menyerang dari setiap sudut, apatah lagi dugaan melihat air yg berais, makanan yg sedap kiri dan kanan...meskipun hanya berbuka dgn biskut Marie, kata Fatimah Syarha=), ia adalah satu nikmat yg terasa sgt besar...manisnya berbuka puasa terasa slps seharian bermujahadah melawan nafsu meskipun hanya berbuka dgn biskut Marie...
Begitu jugalah dgn mereka yg bermujahadah, menahan diri dr perhubungan cinta yg Tak Halal SEBELUM yg Halal, pasti terasa manisnya cinta, kerana cintanya itu di landasan cinta yg halal...didasari TAQWA dan keimanan...

Jika aku jatuh cinta, maka kuberharap moga cintaku bersinggah di hati si dia yang mencintai DIA...namun andai ditakdirkan cintaku bersinggah di hati si dia yg x mencintai DIA, doaku moga dgn cintaku dapat membawanya kpd cinta siDIA, Maha Pemilik, Pencipta Cinta

~Sekadar coretan hati untuk dikongsi bersama~
Sedikit perkongsian drpd Forum SALAHKAH AKU BERCINTA???=)


Ikhtilat

Bila berbicara tentang ikhtilat, kata-kata ini la yg selalu menjadi peringatan buat diri yg lemah...

Peringatan kepada semua lelaki :
"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

peringatan buat diri yg lemah ini jua:
... ''jangan kamu cuba membuatkan seseorang lelaki itu tersentuh hatinya akan kamu"

tiada pengakhiran, tanpa permulaan,

tiada hati yang disentuh tanpa minta utk disentuh

semuanya bermula drpd kedua2nya..

andai tiada yg memulakan,
dan

andai tiada yg membuka ruang utk memulakannya

pastinya lahir:

MUSLIMIN yg kukuh imannya
MUSLIMAT yg terjaga maruahnya

moga Allah menjaga kedua2nya selagi mana mereka minta utk dijaga oleh Allah..

Dalam usrah, lantang bersuara menegur anak-anak usrah agar menjaga ikhtilat.

Jangan sampai cinta fitrah menjadi fitnah.

Jangan sampai hilang keberkatan bahtera yang bakal di bina.

Apalagi bahtera itu bahtera dakwah.

Penuh dengan tanggungjawab yang besar.

Bukan sahaja untuk membina sebuah keluarga bahagia, tetapi menjadikan keluarga mangkin terus bergerak dalam arena dakwah.

Suami imam yang tidak sekadar memimpin solat, tetapi mampu membawa ahli keluarga memimpin ummah.

Si isteri pula bukan sekadar menjadi solehah kerana taat kepada suami dan menjadi ibu mithali kepada cahaya mata, tetapi mampu memimpin para isteri dan ibu yang lain untuk turut sama menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Bahkan zuriat yang dilahirkan telah diasuh dan terasuh jiwanya dengan roh dan semangat perjuangan untuk menegakkan Dinullah agar terus memayungi buana.

Ikhtilat...sebagaimana yang kita maklumi, yang terjadi di dunia realiti hari ini..adalah pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahramnya…walaupun dalam keadaan ramai..,

Yang nak disentuh juga di sini tentang situasi ikhtilat yang orang tak nampak jelas2 depan mata tuan empunya diri, iaitu ikhtilat di alam maya, sama ada chatting, sms & yg terkini Facebook..

Fenomena yang sangat membimbangkan..kemodenan teknologi dunia hari ini..telah membuka ruang yg mudah kepada umat islam terdedah dengan dosa..walaupun sesetengah berpendapat “ala…bukan apa pun…bukan melarat2 pun ..just tanya khabar apa yang patut jer..”
“saya tak rasa apa2 pun masa chat…ala..macam kawan2 jer..”

Itu..pendapat anda….tapi tahukah syaitan sangat licik,tipu dayanya halus sekali..memang rasa biasa2 kan..tetapi tahukah kita…bahawa perbuatan itu sangat besar kesannya pada hati…Boleh dikatakan semua tak terkecuali…jika tidak betul tegas berpegang pada syariat…Ustaz /Ustazah pun mungkin ada juga,tapi mungkin nadanya lain sikit.. islamik la ,bak kata mereka …Pandai betul syaitan memasukkan jarumnya ke hati anak adam…

Kalau ya pun betul2 nak berbincang bab agama,atau nak bermesej atau berchatting tentang urusan agama,,seharusnya kalian ditemani teman…janganlah kalian berdua sahaja,,sebaiknya di temani mahramnya .Jika berdua saja, maka hilanglah rasa malu,dan bisa terjerumus ke dalam zina hati..wa na’uzubillah min zalik..Jadi..ayuh sama2 kita pelihara hati agar bersih dari Zina..

Tatkala melantunkan ayat kedua dan ketiga dalam surah As-Saff:

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu per buat?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"

Bertambah sesak nafasku..bergetar jiwaku dengan ancaman kebencian itu..
Apalah erti dunia dan seisinya andai hidup berteman kebencian Sang Pencipta. Tanpa kasih sayang dan rahmat-Nya, pasti saja hidup seakan mati yang belum mati..



Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi :


أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].


Wlpn kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, wlpn mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat; Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim: "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat2: "Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin."

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.


Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

«إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟»

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:


«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَ لاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ»


Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

-sekadar luahan hati-

are you like this? click here...hehe

rayuanku...