Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

"Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang engkau tempuhi itu ketika di jalan Allah, maka percayalah itulah jalan-NYA..."

p/s: buat tatapan teman-teman seperjuangan...moga thabat dlm perjuangan ini...


Puak Quraisy begitu melampau dan bersungguh-sungguh untuk menentang Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Antara apa yang diceritakan oleh 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'As: "Ketika Nabi SAW bersembahyang di Kaabah, 'Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya, kemudian Abu Bakar datang memegang bahunya sambil menolaknya dari Rasulullah dan berkata: "Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap 'Tuhanku ialah Allah'?

Satu lagi apa yang diceritakan oleh Abdullah bin 'Umar: "Ketika Nabi sedang sujud bersembahyang di tengah-tengah puak Quraisy, datanglah 'Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan lalu dilemparkan ke atas belakang Rasulullah SAW, menyebabkan Rasulullah SAW tidak mengangkat kepalanya dari sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah membuang najis-najis tadi sambil bertanya kepada 'Ali siapa yang melakukan demikian?.

Di ketika lain pula Baginda terpaksa menanggung berbagai-bagai kejian dan maki hamun ketika berjalan di tengah-tengah orang kafir Quraisy...

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah mengalami seribu satu penyiksaan, sehingga terdapat di antara mereka mati kerana penyiksaan yang melampaui batasan manakala setengah yang lain pula buta dan cacat anggota dan sebagainya. Penyiksaan yang sedemikian rupa tidak sedikit pun melemahkan semangat keimanan mereka dengan agama Allah.

Riwayat Bukhari telah menceritakan dari Khabbab bin Al-'Arat: Aku datang menemui Rasulullah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakainnya di bawah lindungan Ka'bah. Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?". Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata: "Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pernah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ke tulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka di belah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka, biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dari Sana'a' ke Hadralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah"

Sahabat-sahabat,
buat pengajaran dan renungan bersama...

Apa yang terlintas di otak kepala kita yang membaca kisah penyiksaan Rasulullah dan para sahabat mungkin timbul satu persoalan:

"Kenapakah Nabi dan sahabatnya rela menanggung segala azab sengsara dan penyiksaan sedang mereka ini dalam kebenaran? Kenapa pula Allah tidak melindungi mereka? Tidakkah mereka ini askar-askar Nya dan Rasulullah pula pendakwah dan pejuang ke jalan-Nya"

Untuk jawapannya, sifat pertama bagi manusia sebagai penghuni dunia ini ialah "mukallaf" di mana dia mesti melaksanakan segala perintah dan suruhan-suruhan Allah yang berat dan susah. Berdakwah di dalam agama Islam dan berjihad untuk meninggikan kalimah Allah adalah sebahagian daripada kerja-kerja mukallaf.

Suruhan taklif pula adalah sifat-sifat kehambaan terhadap Allah; tidak bererti kehambaan kita terhadap Tuhan tanpa suruhan dan perintah daripada-NYA. Kehambaan terhadap Allah faktor yang wajib bagi ketuhanan Allah SWT dan tidak bererti keimanan seseorang tanpa mengetahui kehambaannya terhadap Allah.

Kehambaan membawa kepada taklif (iaitu tunduk kepada suruhan) sedangkan taklif pula membawa kepada menanggung beban dan melawan hawa nafsu. Untuk yang demikian maka kewajipan setiap hamba Allah di dunia ini ialah melaksanakan dua perkara yang penting:

SATU: Berpegang dengan pengajaran Islam dan mendirikan masyarakat Islam yang sejati

DUA: Mengharungi sebarang kepayahan dan menghadapi segala kesusahan serta membelanjakan harta kekayaan untuk mencapai tujuan di atas.

Allah SWT mewajibkan kita mempercayai dan beriman dengan tujuan matlamat dan saranan di samping itu juga di pinta melalui jalan-jalan yang penuh dengan onak-onak dan merbahaya untuk mencapai tujuan dan matlamat tadi.

Kalaulah Tuhan mahu nescaya mudah sahaja bagi-NYA untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam tanpa bersusah payah, tapi keadaan seumpama ini tidaklah pula membuktikan perhambaan manusia akan dirinya kepada Allah dan tidak menunjukkan yang ianya telah bersabung nyawa, mengorbankan harta bendanya di hari pertama ia beriman dengan Allah dan tidaklah menunjukkan yang ianya telah mengenepikan segala hawa nafsunya demi untuk memberi dedikasinya yang sepenuh kepada Rasulullah SAW. Tanpa wujud segala-galanya ini maka tidaklah wujud perbezaan di antara mukmin sejati dengan munafik dan di antara benar dengan dusta.

Segala kesusahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang dan pendakwah kalimah Allah demi untuk menegak satu masyarakat Islam yang sejati adalah sunnah dan suratan Ilahi sejak di permulaan sejarah lagi, yang di dalamnya tersemat tiga rahsia dan hikmat...

apakah rahsia dan hikmat tersebut?.... sama-sama kita teruskan pembacaan...

PERTAMA:

Sifat kehambaan dan keabdian manusia terhadap Allah, seperti yang di tegaskan oleh Allah SWT:

"Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-KU"(Surah Al-Zariyat:56)

KEDUA: Sifat taklif tanggungjawab adalah sebahagian dari sifat keabdian, setiap lelaki mahupun perempuan yang sudah baligh berakal dan dewasa adalah bertanggungjawab terhadap Allah SWT untuk mempraktikkan syariat-syariat Islam ke atas dirinya dan melaksanakan peraturan-peraturan Islam di dalam masyarakatnya. Dalam usaha mencapai tujuan ini ia terpaksa mengharungi lautan penderitaan maka dengan ini barulah terlaksana apa yang dikatakan taklif itu.

KETIGA:
Menampakkan kebenaran mereka yang benar dan kedustaan mereka yang mendusta, kalau di biarkan manusia mengaku Islam dan cintakan Allah sekadar lidahnya sahaja maka tidak wujudlah perbezaan di antara si benar dengan si pendusta, tetapi kepahitan dan pancarobahlah yang membezakan antara yang benar dari yang berdusta. Memang benar apa yang telah di tegaskan oleh Allah di dalam kitab suci-NYA Al-Quran yang mafhumnya:-

"Aliff Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan(saja) mengatakan 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"(Surah Al-Ankabut 1-3)

Tegas-NYA lagi di dalam surah yang lain:-

Yang bermaksud:-

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"(Surah Ali-Imran:142)


Sekiranya inilah sistem dan sunnah Allah ke atas hamba-NYA, hatta ke atas Anbiya'-NYA sekalipun, justeru demikian maka tidak ada rombakan dan perubahan ke atas sistem dan sunnah Allah. Demi itu maka Rasulullah SAW telah menempuh segala penyiksaan. Para Anbiya' dan Rasul-Rasul yang terdahulu disiksa dan diduga, begitu juga para sahabat Rasulullah SAW diduga dan disiksa malah di antara mereka ada yang mati dan ada yang cacat. Namun demikian mereka ini begitu mulia di sisi Allah SWT.

Sekarang kita telah mengetahui kesengsaraan setiap Muslim itu dalam usaha menegakkan sesebuah masyarakat Islam. Oleh itu ketahuilah bahawa perkara itu bukanlah pancaroba dan sengsara yang menyekat pejuang-pejuang dari mencapai matlamatnya seperti yang difahami oleh setengah-setengah manusia. Tetapi pancaroba dan sengsara tadi adalah halangan-halangan yang telah di sediakan oleh Tuhan untuk mereka-mereka yang ingin berjihad dan ingin membuktikan keimananya; mereka yang telah di tentang dan terkandas mati syahid maka merekalah orang-orang yang sebenarnya telah mencapai tujuan membuktikan keimanannya.

Oleh yang demikian maka tidak seharusnya setiap Muslim itu terasa berputus asa sekiranya bertemu dengan halangan dan dugaan di dalam perjalanannya untuk mencapai matlamat jihadnya, malah sebaliknya harus setiap Muslim merasa hampa dan putus asa sekiranya perjuangannya tidak menempuh sebarang cabaran dan halangan.

Sahabat-sahabat,
Perhatikan ayat ini baik-baik:-

"Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga dan tidak didatangkan (diujikan) kamu sebagaimana (diuji) mereka-meraka yang terdahulu dari kamu, mereka ditempuh kesususahan dan kesulitan, terasa (bumi ini) bergegar sehingga mereka yang beriman bersama-sama Rasul berkata: 'Bila lagi pertolongan dari Allah?. Rasul berkata: Bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat' "(Surah Al-Baqarah:214)

Kita dapat melihat kenyataan ini dengan jelas sekali melalui peristiwa Khabbab bin Al-'Arat RadhiaLlahu 'anhu ketika menghadap Rasulullah SAW setelah disiksa di mana anggota badannya hangus-hangus meminta daripada Rasulullah SAW supaya berdoa dan meminta pertolongan Allah agar mereka berjaya dalam perjuangan. Apa yang telah di jawab oleh Rasulullah SAW (yang bermaksud):-

"Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika ke jalan Allah maka percayalah itulah jalan-NYA. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hamba-NYA yang beriman dengan-NYA, percayalah mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan mereka dengan penyakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak berganjak"

Memang salah sekali sekiranya engkau menyangka yang azab sengsara itu tanda dan alamat kehampaan, putus asa dan kegagalan, tetapi yang sebenarnya itulah kemenangan yang bersalurkan dugaan dan pancaroba. Allah akan menolong agama ini sehinggalah dapat seseorang itu berjalan dari sana'a' ke 'Hadratulmaut tanpa takut sesuatu kecuali Allah sahaja.

Inilah rahsia mengapa Rasulullah SAW pernah menyampaikan berita baik kepada sahabtnya, iaitu Allah membuka negeri Rom dan Farsi untuk mereka. Sungguhpun demikian dua empayar tadi tidak terbuka kecuali setelah wafatnya Rasulullah SAW beberapa ketika. Andaikata Rasulullah SAW itu semulia dan sekasih-kasih makhluk di sisi Allah mengapa pula tidak di buka dua Empayar tadi semasa hidup baginda, tanpa memberi peluang kepada salah seorang sahabatnya mencatat namanya di dalam sejarah perjuangan lantaran berjaya membuka Farsi dan Rom itu?.

Sebenrnya orang Islam seluruhnya di masa itu belum lagi menggadai nyawa mereka sepenuhnya untuk menawan negeri Syam dan 'Iraq dan nilai kemenangan mesti di bayar dengan harga yang setimpal. Persoalan yang benar, kemenangan membuka sesebuah negara itu bukanlah di tangan Rasulullah SAW atau di bawah arahannya atau kerana Tuhan kasih dan sayangkan baginda. Bukan sedemikian, sebaliknya persolannya ialah setiap Muslim yang mengakui dirinya Muslim beriman dengan Allah dan Rasulnya wajiblah membuktikan keimananya dengan usaha dan tenaga, serta rela menerima tawaran Tuhan untuk menukar syurga dengan jiwa raga dan harta benda mereka.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau terbunuh"(Surah Al-Taubah:111)

Sumber: Fiqh AL-sirah(Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti)

Monday, December 6, 2010

Tragedi Memali 1985

Alhamdulillah, segala puji dan puja dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan yang menebarkan kerahmatan ke seluruh alam maya ini. Selawat buat Rasul junjungan yang telah berjuang memenangkan agama Allah. Tidak lupa generasi Al-Quran yang mengobar panji perlawanan dan kemenangan. Seterusnya untuk seluruh pejuang Islam yang berdada dengan kezaliman, mengharungi bahtera perjuangan dalam kelam jahiliah yang menyesakkan dada.

Alhamdulillah, semalam saya telah menghabiskan pembacaan dalam buku "Memoir Tragedi MEMALI". Sebuah dokumen sejarah mercutanda kezaliman di zaman kebangkitan Islam Malaysia, yang menghiris perasaan pencinta kebenaran dan keadilan. Selama ini Memali dan darah yang tumpah telah dikaburkan dan telah disesatkan jalan ceritanya oleh penzalim. Hegemoni daulah telah lama membelit kehidupan rakyat dan sejarah yang ditulis oleh pemenang.

Bermula dari menonton potongan video "Isu Memali- Almarhum Ust Fadzil Noor" di facebook. Rentetan daripada itu, sifat ingin tahu saya terhadap isu ini semakin mendalam. Sebelum ini memang saya tidak tahu langsung tentang isu Memali ini. Sebelum saya mula membongkar rahsia dalam buku "Memoir Tragedi MEMALI", sengaja saya bertanya kepada ibu saya di Negeri manakah Memali itu?. Apakah kisah tragedi yang pernah menimpa tempat itu?. Ternyata, jangkaan saya tepat terhadap jawapan yang ibu saya berikan. Benar-benar bercanggah dengan kebenaran yang telah menjadi saksi sejarah tanah air.




Isu Memali- Almarhum Ust Fadzil Noor

Memali, Talangsari, Tanjung Periuk, Masjid Merah Pakistan, Pembantaian Hamah, adalah tragedi saksi bisu sejarah kezaliman manusia. Kegelapan sejarah ini tidak berani dibongkar kerana sejuta gunung hukuman akan menghempap sesiapa pun yang berani menyeruak sejarah silam ini. Mungkin ini la faktor mengapa ibu saya mentafsirkan sebaliknya sejarah sebenar Memali.

Alhamdulillah, dalam naluri saya yang ingin membongkar rahsia kisah Memali ini Allah telah menghadiahkan buku ini kepada saya. Terima kasih buat Ustaz Riduan Mohamad Nor penulis buku ini yang menjual dengan harga yang amat murah. Matlamatnya bukan untuk meraih keuntungan dari jualan terbitannya, tetapi dia mahu setiap hasil tulisannya memberi manfaat kepada anak bangsa, dia mahu generasi yang baru menapak dalam jalan juang tarbiah tidak buta dengan sejarah. Mudah-mudahan dengan usaha Ustaz mendapat keredhaan Allah dan dikira sebagai jihad dalam menginfakkan harta kerana Allah.

Buku ini tidaklah lengkap untuk memberikan gambaran sepenuhnya peristiwa Memali namun sebahagian kebodohan sejarahnya dapat dirungkai dengan penceritaan mangsa-mangsa Memali yang terdiri dari balu syuhada, teman dan anak buah Ustaz Ibrahim Libya. Memali adalah sebuah sketsa kebejatan dan kebobrokan hegemoni daulah yang begitu lama mencengkam, namun masa yang berlalu berjaya menghadirkan kebenaran, ia tersingkap satu persatu. Ramai pelakon koreografi kehidupan ini telah meninggal dunia, sebahagiannya masih hidup tanpa mendapat keadilan daripada mahkamah dunia.

Assyahid Ustaz Ibrahim Libya (1985)

Memali dan Ustaz Ibrahim menempatkan dirinya dalam sejarah negara yang ditulis dengan warna hitam yang hodoh. Seorang pendakwah yang besar dan tokoh pendidikan diselimutkan dengan watak pengganas dan penebar ajaran sesat. Semua jentera propaganda dan kilang fitnah berterusan memuntahkan cairan hitam pekat memfitnah mangsa Memali terutama Assyahid Ustaz Ibrahim. Kursus-kursus propaganda seringkali membawakan versi yang salah dan jahat untuk terus memburukkan Memali dan watak utamanya.

Peristiwa Memali berlaku pada tahun 1985, dengan kehangatan kebangkitan Islam yang sedang melanda umat Islam serta dunia. Kebangkitan Islam ialah satu fenomena kesedaran untuk kembali kepada penghayatan Islam sebagai satu cara hidup serta ditandai dengan bersemaraknya institusi-institusi Islam, kesedaran beragama, juga bersemarak riuh rendah dengan protes terhadap sistem sekular pragmatis.


Madrasah Islahiah Diniah mula diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Libya pada 4hb Jun 1978 dengan dibantu oleh Allahyarham Haji Abdul Rahman Jusoh dan Azmi Salim yang mendapat sokongan di kalangan masyarakat setempat.

Memali...suatu peristiwa yang tidak boleh dilupakan oleh anak watan, terutama kepada pejuang-pejuang Islam tanah air. Satu bukti kerakusan pemerintah dalam mengamalkan demokrasi berparlimen di negara ini. Tercemarlah keagongan demokrasi itu oleh tangan-tangan jalang yang menjadi pemerintah. Sudah tidak mengenal lagi mana rakyat bermaruah, mana rakyat yang bughah.

Sebagai pengakhirannya, suka saya tinggalkan sepotong kata-kata dari Assyahid Ustaz Ibrahim iaitu...

"Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat. Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak meghukum dengan hukum Allah, memakai undang-undang otak manusia. Sebab itu jika mereka mati di dalam perjuangan bangsa, Nabi tidak mengaku ummat"

Baling terus melakar nama dengan berlakunya peristiwa Memali pada 19 November 1985, peristiwa pembunuhan yang tragis, tanpa mendapat keadilan daripada sistem perundangan yang ada, darah yang tumpah seolah darah kerbau tanpa nilai. Sama-sama kita menghayati dokumentari ini...



Kezaliman Terhadap Mangsa Memali

Rujukan: Ustaz Riduan Mohamad Nor (2010), Memoir Tragedi Memali, Kuala Lumpur: Jundi Resources.

are you like this? click here...hehe

rayuanku...