Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Monday, December 6, 2010

Tragedi Memali 1985

Alhamdulillah, segala puji dan puja dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan yang menebarkan kerahmatan ke seluruh alam maya ini. Selawat buat Rasul junjungan yang telah berjuang memenangkan agama Allah. Tidak lupa generasi Al-Quran yang mengobar panji perlawanan dan kemenangan. Seterusnya untuk seluruh pejuang Islam yang berdada dengan kezaliman, mengharungi bahtera perjuangan dalam kelam jahiliah yang menyesakkan dada.

Alhamdulillah, semalam saya telah menghabiskan pembacaan dalam buku "Memoir Tragedi MEMALI". Sebuah dokumen sejarah mercutanda kezaliman di zaman kebangkitan Islam Malaysia, yang menghiris perasaan pencinta kebenaran dan keadilan. Selama ini Memali dan darah yang tumpah telah dikaburkan dan telah disesatkan jalan ceritanya oleh penzalim. Hegemoni daulah telah lama membelit kehidupan rakyat dan sejarah yang ditulis oleh pemenang.

Bermula dari menonton potongan video "Isu Memali- Almarhum Ust Fadzil Noor" di facebook. Rentetan daripada itu, sifat ingin tahu saya terhadap isu ini semakin mendalam. Sebelum ini memang saya tidak tahu langsung tentang isu Memali ini. Sebelum saya mula membongkar rahsia dalam buku "Memoir Tragedi MEMALI", sengaja saya bertanya kepada ibu saya di Negeri manakah Memali itu?. Apakah kisah tragedi yang pernah menimpa tempat itu?. Ternyata, jangkaan saya tepat terhadap jawapan yang ibu saya berikan. Benar-benar bercanggah dengan kebenaran yang telah menjadi saksi sejarah tanah air.




Isu Memali- Almarhum Ust Fadzil Noor

Memali, Talangsari, Tanjung Periuk, Masjid Merah Pakistan, Pembantaian Hamah, adalah tragedi saksi bisu sejarah kezaliman manusia. Kegelapan sejarah ini tidak berani dibongkar kerana sejuta gunung hukuman akan menghempap sesiapa pun yang berani menyeruak sejarah silam ini. Mungkin ini la faktor mengapa ibu saya mentafsirkan sebaliknya sejarah sebenar Memali.

Alhamdulillah, dalam naluri saya yang ingin membongkar rahsia kisah Memali ini Allah telah menghadiahkan buku ini kepada saya. Terima kasih buat Ustaz Riduan Mohamad Nor penulis buku ini yang menjual dengan harga yang amat murah. Matlamatnya bukan untuk meraih keuntungan dari jualan terbitannya, tetapi dia mahu setiap hasil tulisannya memberi manfaat kepada anak bangsa, dia mahu generasi yang baru menapak dalam jalan juang tarbiah tidak buta dengan sejarah. Mudah-mudahan dengan usaha Ustaz mendapat keredhaan Allah dan dikira sebagai jihad dalam menginfakkan harta kerana Allah.

Buku ini tidaklah lengkap untuk memberikan gambaran sepenuhnya peristiwa Memali namun sebahagian kebodohan sejarahnya dapat dirungkai dengan penceritaan mangsa-mangsa Memali yang terdiri dari balu syuhada, teman dan anak buah Ustaz Ibrahim Libya. Memali adalah sebuah sketsa kebejatan dan kebobrokan hegemoni daulah yang begitu lama mencengkam, namun masa yang berlalu berjaya menghadirkan kebenaran, ia tersingkap satu persatu. Ramai pelakon koreografi kehidupan ini telah meninggal dunia, sebahagiannya masih hidup tanpa mendapat keadilan daripada mahkamah dunia.

Assyahid Ustaz Ibrahim Libya (1985)

Memali dan Ustaz Ibrahim menempatkan dirinya dalam sejarah negara yang ditulis dengan warna hitam yang hodoh. Seorang pendakwah yang besar dan tokoh pendidikan diselimutkan dengan watak pengganas dan penebar ajaran sesat. Semua jentera propaganda dan kilang fitnah berterusan memuntahkan cairan hitam pekat memfitnah mangsa Memali terutama Assyahid Ustaz Ibrahim. Kursus-kursus propaganda seringkali membawakan versi yang salah dan jahat untuk terus memburukkan Memali dan watak utamanya.

Peristiwa Memali berlaku pada tahun 1985, dengan kehangatan kebangkitan Islam yang sedang melanda umat Islam serta dunia. Kebangkitan Islam ialah satu fenomena kesedaran untuk kembali kepada penghayatan Islam sebagai satu cara hidup serta ditandai dengan bersemaraknya institusi-institusi Islam, kesedaran beragama, juga bersemarak riuh rendah dengan protes terhadap sistem sekular pragmatis.


Madrasah Islahiah Diniah mula diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Libya pada 4hb Jun 1978 dengan dibantu oleh Allahyarham Haji Abdul Rahman Jusoh dan Azmi Salim yang mendapat sokongan di kalangan masyarakat setempat.

Memali...suatu peristiwa yang tidak boleh dilupakan oleh anak watan, terutama kepada pejuang-pejuang Islam tanah air. Satu bukti kerakusan pemerintah dalam mengamalkan demokrasi berparlimen di negara ini. Tercemarlah keagongan demokrasi itu oleh tangan-tangan jalang yang menjadi pemerintah. Sudah tidak mengenal lagi mana rakyat bermaruah, mana rakyat yang bughah.

Sebagai pengakhirannya, suka saya tinggalkan sepotong kata-kata dari Assyahid Ustaz Ibrahim iaitu...

"Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat. Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak meghukum dengan hukum Allah, memakai undang-undang otak manusia. Sebab itu jika mereka mati di dalam perjuangan bangsa, Nabi tidak mengaku ummat"

Baling terus melakar nama dengan berlakunya peristiwa Memali pada 19 November 1985, peristiwa pembunuhan yang tragis, tanpa mendapat keadilan daripada sistem perundangan yang ada, darah yang tumpah seolah darah kerbau tanpa nilai. Sama-sama kita menghayati dokumentari ini...



Kezaliman Terhadap Mangsa Memali

Rujukan: Ustaz Riduan Mohamad Nor (2010), Memoir Tragedi Memali, Kuala Lumpur: Jundi Resources.

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...