Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Wednesday, December 15, 2010

Kuasa dan Pengaruh!!!

Kuasa dan Pengaruh!!!

Terdapat perbezaan besar antara kuasa dan pengaruh. Penggunaan perkataan ini tidak boleh dicampur aduk seolah-olah kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama.

Apakah perbezaanya???

Analogi>>>

KUASA:
  • Sekiranya individu A menyuruh individu B melakukan sesuatu dan B melaksanakan suruhan atau arahan tersebut tanpa kerelaannya maka dalam keadaan ini A dikatakan telah menggunakan kuasanya ke atas B.
PENGARUH:
  • Sekiranya B melaksanakan arahan A tersebut dengan penuh kerelaannya maka dalam situasi ini A dikatakan menggunakan pengaruhnya ke atas B.
Seseorang yang berkuasa tidak semestinya juga seorang yang berpengaruh dan begitulah sebaliknya.

Ini juga bermakna dari sudut ilmu(epistemologi) kuasa adalah secara hakikinya atau secara maknawiahnya adalah sesuatu yang 'keras' atau 'tidak baik' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil coercive iaitu sesuatu yang 'menekan' sifatnya.

Implikasi kepada perbezaan makna antara kuasa dengan pengaruh amat besar dalam kehidupan manusia. Seorang pemimpin masyarakat yang baik berinteraksi atau berhubungan dengan pengikutnya(atau rakyat) dengan menggunakan pengaruhnya bukan kuasa yang ada padanya.

Begitu juga Peraturan atau Akta yang digubal oleh sesebuah kerajaan perlu berlatarbelakangkan aspek pengaruh bukan kuasa. Untuk menjadikan Peraturan atau Akta lebih didasari oleh elemen pengaruh, ia perlu melalui proses referendum terlebih dahulu; atau dengan lain-lain perkataan, rakyat secara majoritinya telah terlebih dahulu memberi persetujuan mereka sebelum Akta berkenaan diluluskan oleh Parlimen dan dijadikan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh rakyat. Persetujuan majoriti rakyat ini dikenali juga sebagai konsensus dan sistem politik bentuk ini dilabel sebagai konsensual. Sistem politik yang bersifat konsensual ini adalah juga sistem politik yang demokratik.

Pemimpin atau sistem politik yang cenderung menggunakan 'kuasa' berbanding 'pengaruh' akan menjurus kepada satu sistem politik yang bersifat authoritarian atau lebih buruk ia akan bersifat dictatorial dalam ertikata pemimpin berkenaan telah berperanan sebagai seorang diktator. Dari sudut ini, gerakan pendemokrasian dengan memperkasakan masyarakat sivil(termasuk peranan pelbagai NGO) adalah sesuatu yang baik bagi mempastikan pemimpin sesebuah negara tidak sewenang-wenang menggunakan 'kuasanya' yang natijah akhirnya akan merugikan rakyat terbanyak.


Rujukan:

1. Wan Abd. Rahman Wan Abd. Latif.2010. Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang. Kuala Lumpur:Jundi Resources

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...