Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Wednesday, June 9, 2010

Ucapan Yang Dipertua JPP dalam ruangan buletin 'MOMENT'


YANG DIPERTUA JPP KMPP 0809
MUHAMMAD ADLI ADLAN B. ZUHAN


Segala puji bagi ALLAH Taala, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan Solihin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah… dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat juga MOMENT diterbitkan buat kali yang pertama bagi sesi 2008 /2009. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat exco Penerbitan dan Penerangan JPP kerana berkat kerjasama dan usaha gigih mereka dapat juga menghasilkan MOMENT . T ujuan MOMENT ini diterbitkan adalah sebagai wadah perhubungan JPP dengan pelajar KMPP. Diharapakan MOMENT bagi edisi pertama ini menjadi landasan utama para pelajar mengabdikan segala peristiwa penting di kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Mengambil kesempatan ini, tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka. Semoga Hari Merdeka yang ke- 51 ini memberikan semangat untuk kita memperjuangkan kemerdekaan Negara walaupun bukan dalam bentuk tenaga tetapi dari segi pendidikan. Selagi kita bergelar pelajar, kita tidak akan bebas daripada peperiksaan. Malahan sebagai insan juga kita tidak lari daripada terus menuntut ilmu. Oleh itu, kita mestilah sentiasa ingat bahawa hidup ini memang tiada merdeka yang sebenar. Merdeka yang kita kecapi ini adalah merdeka untuk Negara kita tetapi bukan untuk diri kita. Sebagai khalifah di muka bumi ini, selagi ajal belum sampai, selagi itu kita harus mencari bekalan untuk merdeka dari neraka jahanam. Oleh itu, kita mestilah sentiasa menambahkan azam dalam diri kita untuk sentiasa melakukan kebaikan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama menginsafi diri kita yang kadangkala terleka dengan perkara-perkara yang melalaikan. Ayuhlah! jadikan bulan yang penuh dengan keberkatan ini sebagai permulaan untuk kita berusaha meningkatkan amal ibadah pada yang Esa. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan,rahmat serta inayah untuk dijadikan bekalan sepanjang tahun. Mungkin Ramadhan pada tahun ini menjadi pengalaman pertama bagi para pelajar menjalankan ibadat puasa di bumi bertuah KMPP. Kalau di rumah kita bersahur dan berbuka puasa bersama-sama keluarga, tetapi di kmpp suasananya berlainan. Yang pasti, solat sunnat tarawikh ditunaikan secara berjemaah bersama-sama rakan.

Saya juga ingin mengucapkan semoga berjaya dalam menghadapi PSPM dan MUET yang bakal kita duduki. Mudah-mudahan hasil berkat usaha gigih dan semangat yang tinggi dalam menempuh peperiksaan akan menjanjikan kecemerlangan buat kita semua InsyaAllah. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Ketepikan dahulu perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan pembelajaran. Semoga kita sentiasa menjadi pelajar yang diredhai Allah.

Akhir kalam, semoga para pelajar mendapat seribu manfaat daripada bulletin MOMENT ini. Sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam kasih daripada saya….

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...