Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Monday, June 7, 2010

Kursus Penampilan Diri JPP & PRD

Group Charlie(sejenis binatang yang menggerunkan di KMPP) hehe (^_^)



Yummiyy...


Pada 1 hingga 3 Ogos 2008 , Unit Dinamika Kemahiran Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah menganjurkan kursus Penampilan Diri khususnya untuk penglibatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) dan Pembimbing Rakan Dinamik(PRD). Objektif kursus tersebut adalah supaya pelajar dapat menguruskan diri dari segi penampilan diri dan sahsiah, menerapkan kemahiran dan pengetahuan mengenai pengurusan aktiviti dan majlis serta mengamalkan etiket sosial dan etiket meja makan yang betul.

Rombongan seramai 80 pelajar termasuklah 5 orang pensyarah bertapak kaki di Institut Pengurusan Peladang Langkawi pada 1 hari bulan Ogos (Jumaat). Tugas penyelaras kursus ini dipikul oleh Encik Subri Daud, pensyarah Dinamika KMPP.

Sebaik sahaja rombongan tiba di destinasi , pendaftaran peserta dijalankan. Perasmian dan taklimat kursus diambil alih oleh Encik Muhamad Maliki bin Mohamad Rafiee iaitu penceramah USM yang berpengalaman.

Keesokan harinya , ceramah mengenai Penampilan DIri disampaikan oleh En. Maliki diikuti dengan ceramah tentang Prokotol dan Pengurusan Majlis sehingga petang hari. Saat-saat yang dinantikan akhirnya tiba juga , para peserta menghadiri ceramah dan latihan praktikal “ Etiket di Meja Makan”. Menu pada malam tersebut ialah makanan ala barat yang enak belaka!!

Pada hari terakhir iaitu 3 ogos , bengkel berkaitan dengan Pengurusan Majlis Penutup dijalankan. Sebaik selepas itu , latihan amali tentang cara Pengendalian Majlis Penutup dipraktikkan. Ahli JPP dan PRD menggunakan segal a ilmu yang dicedok dalam kursus untuk menjayakan majlis penutupan tersebut. Majlis turut menjemput Tuan Haji Khalid bin Ashaari, Penolong Pengarah Matrikulasi Pulau Pinang, untuk merasmikan majlis penutup kursus Penampilan Diri JPP dan PRD. Sesi penggambaran menyusul selepas itu dan maka dengan itu berakhirlah kursus yang amat bermakna ini!







JPP & PRD KMPP 0809


Creat by Siti_Exco Biro 2p jpp kmpp 0809

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...