Rasulullah bekerja tu di bawah pengurusan Sayyiditina Khadijah.
Dia ada kuasa arahkan apa sahaja pada pekerja-pekerjanya.
Namun, beliau merisik peribadi Rasulullah dan meminang Baginda melalui seorang
hamba lelakinya bernama Maisarah. Bayangkanlah betapa terpujinya sifat malu
seorang manager besar, tokoh wanita korporat terbilang pada zaman itu yang
mempelopori syarikat perdagangan peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah kualiti
akhlak Sayyidatina Khadijah turut manambat hati manusia yang paling agung di sisi
Allah biar pun Sayyidatina Khadijah dah pun berstatus janda 40 tahun.”
“Tapi Asrar.. saya dah mula mencintai Tsabit. Saya tak mahu kehilangan Tsabit.Saya
dah banyak kali kehilangan…cukuplah!” terkedu Khazinatul Asrar mendengar
pengakuan sahabatnya. Mudahnya dia melafazkan cinta. Baru sebulan yang lepas
Hijriah memberi tahu Khazinatul Asrar bahawa dia jatuh cinta pada seorang pelajar
Medic di kampus KL. Kini, cintanya sepantas kilat beralih kepada Tsabit pula. Apalah
erti cinta sebegini…cinta manusia yang sementara dan berubah-ubah. Sesuatu yang
tidak pasti.
“Asrar…salahkah saya?” getus Hijriah lagi.
“Hijriah…bercinta tu tak salah,” nafasnya ditarik panjang dan dia menyambung lagi,
“Tapi, memuja cinta itu yang salah! Kalau nak bercinta biarlah syara’…di atas
landasan Allah! Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga
kesempurnaan ibadat terganggu. Yang lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mula
melupakan batasan-batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka
peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah. Manusia sendirilah
yang mencemari cinta yang fitrahnya kudus dan suci.”
“Alah… Saya Cuma meminjam notanya dan makan-makan sikit. Tak lebih daripada itu.
Tak pegang-pegang pun!” Hijriah mencelah agak kasar. Hatinya diselubungi
kebencian.
“Hijriah, saya cuma memberi peringatan sebelum tersasar. Peringatan ini semata-
mata kerana saya sayangkan awak, bukankah setiap yang membawa kepada haram
adalah haram. Lagipun, mencegah itu lebih baik daripada merawat.” Khazinatul
Asrar cuba menjernihkan keadaan. Wajah Hijriah tetap serius dan masam mencuka.
“Rasulullah sendiri ada bersabda, cinta itu buta. Cinta tak mengenal sesiapa. Apa
salahnya saya mencintai Tsabit?” Hijriah masih mengeraskan suaranya.
“Astargfirullahal azhim…saya tak bermaksud begitu. Ianya tak salah. Naluri cinta
adalah fitrah setiap manusia. Saya sekadar memberi peringatan tentang batasan
cinta. Ya cinta itu buta! Ingatlah cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi
tak mengenal batas haram dan halal juga. Dalam bercinta ni, liciknya strategi syaitan
menipu pemikiran sepasang kekasih. Orang yang berjumpa kekasihnya memberi
alasan… alah tak pegang-pegang pun. Orang yang pegang-pegang pula berkata… alah
bukannya berzina pun. Orang yang berzina pula masih ada alasan…alah tak adalah
sampai pregnant. Seolah-olah dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya tu salah.
Nau’zubillah min zalik. Di usia kita ni, cinta perlu dihijab dengan dengan iman dan
khasyatillah, takutkan Allah. Allah jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Bukan ke baru
minggu lepas Ustaz Hasanul Basri ada menerangkannya dalam Kitab Silahul Ummah
a’la Huda As-Sunnah. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya ustaz bacakan satu ayat
Allah,
Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah ya’ni ujian atau kejahatan
untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat
bahawa Allah itu Maha Melihat,” hujah Khazinatul Asrar.
“Asrar, awak takkan faham kalau awak tak pernah bercinta. Sya sekarang dah
dilamun cinta. Awak ingat nak lawan fitrah ni perkara senang ke? Susah tau!” Hijriah
bertegas.
“Hijriah, benda yang susah nilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman
awak. Awak tak ingin ke berusaha mencapai keimanan tahap 4 flat ? ya’ni mencari
kesempurnaan iman. Sabarlah dulu pada setiap rangsangan nafsu. Perkara yang Allah
haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea…
perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak
mengatasi akal. Dah tak lama pun untuk awak rasai cinta lelaki bernama suami. Penuh
redha Ilahi. Sabarlah… tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang
sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat
Allah S.W.T. Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya. Dr.
Rosmawati dah pun menerangkan secara panjang lebar tentang indahnya cinta
selepas kahwin ketika kita mengikuti Bengkel Mekar Setaman di UM dulu… masih
ingat tak lagi?” jelas Khazinatul Asrar.
“Tapi, saya nak jadi isteri Tsabit! Nanti takut tak kesampaian…” luah Hijriah.
Khazinatul Asrar merenung lemah wajahnya. Lidahnya beristighfar lagi untuk
kesekian kalinya.
“Apa yang cuba saya sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang
faham…” keluh Khazinatul Asrar berbaur hampa.
“Memang… memang saya tak faham dan saya tak mahu faham. Kehadiran awak
sebenarnya untuk merampas sesiapa saja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas!
Pencuri! Jangan cuba rampas Tsabit dari saya….” Hijriah bingkas bangun dari kerusi.
Buku nota berwarna biru itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan
kemarahan. Khazinatul Asrar terkejut dan tidak menyangka Hijriah sanggup sekasar
itu dengannya. Khazinatul Asrar beristighfar panjang lagi. Kenapakah tiba-tiba
sahaja konflik tercetus. Dahsyatnya peranan syaitan meracuni kefahaman temannya.
Dia juga kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya sebagai perampas dan
pencuri. Jiwanya tersentak.
Buku yang ditinggalkan di depannya itu dibelek-belek lembut. Fikirannya
berserabut dan bercelaru. Dia menyalahkan dirinya sendiri yang mungkin terlalu
lemah dalam menyampaikan hujahnya kepada Hijriah menyebabkan Hijriah mula
tersalah tafsir.
"Cinta adalah hadiah dari Allah untuk dinikmati semua insan... maka bangunkan cinta yang sejati yang terpendam dalam jiwamu yang wujud saat penciptaanmu... dan tetap teruslah Cinta itu wujud dalam dirimu mewajahkan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan... pandanglah dengan cahaya, nescaya jiwamu akan melihat cintaNya... yang meliputi dengan cinta itu, engkau sebarkan pada kehidupan di sekelilingmu..." ~Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad~
Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment