Syaqiera, Yusra, Sayyidah, Roziana, Juliea, Nur Fatihah dan Nik An-Najah sudah
sedia menanti Khazinatul Asrar di Kafetaria Alumni. Mereka sering datang lebih awal untuk memberi penghormatan kepada kakak Naqibah kesayangan mereka, merangkap salah seorang perwakilan pelajar yang dihormati dan disegani. Halaqoh usrah yang diadakan setiap minggu itu sering mereka nanti–nantikan kerana eratnya simpulan ukhuwwah yang terjalin sesama mereka.
Seperti biasa, majlis itu dibuka dengan Ummul Kitab dan tafsiran beberapa potong ayat suci Al –Quran sebelum memulakan silibus usrah.
“Lihat surah Al –Maidah(5) ayat 41,” arah Khazinatul Asrar. Semuanya mula
membelek tafsir Quran masing – masing.
“Biar saya bacakan…” Yusro menawarkan diri tanpa perlu diminta.
“dan saya bacakan tafsirnya…” Sayyidah tidak mahu terkecuali. Khazinatul Asrar
tersenyum lembut sambil mengangguk. Lalu, beralunlah suara merdu mereka.
“Baiklah, dalam ayat yang dibacakan tadi, Kak Asrar nak highlightkan firman Allah
yang bermaksud : ‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak
akan sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang )dari Allah. Mereka itu adalah
orang–orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati merek. Mereka beroleh kehinaan
di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’ Sodaqallahul Azhim.
Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan
menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk
pada kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya.
Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan
mendustakannya. Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah.
Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan
hidayah-Nya ke hati–hati mereka. Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok
Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan
sifat. Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri.
Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab
akhirat yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi.
Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang
memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam. Apatah
lagi membiarkan ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit.
Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering
membuat kesilapan.” hurai Khazinatul Asrar.
“That means, mereka di dalam ayat itu bukan dikhususkan kepada satu kaum
tertentu jea, kita pun boleh masuk sekali, kak Asrar, kan?” soal Yusro yang agak
aktif orangnya. Minta kepastian.
“Betul tu. Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada
orang – orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah.
Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal
dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan
orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana
sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran
yang dia imani sebelumnya.
Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada
cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan
jauh dari –Nya, sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang
bermaksud :
“dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :
‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada
jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana
percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu
merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya
akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin
Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua
orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,” jelas Khazinatul Asrar lagi.
“Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?” Nur Fatihah mencetus
persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama
adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.
“Apa pendapat Syaqiera?” Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan
pandangan.
“Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah
biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,”
jawab Syaqiera, petah.
“Juliea pula bagaimana?” Khazinatul Asrar bertanya lagi.
“ Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana
Allah, mesti benda tue baik,” yakin jawapannya. “Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…” Roziana mencelah. “Confuse? Boleh kongsi?”
Khazinatul Asrar bernada lembut. “Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana.
Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan
Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana
Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana
semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini
sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call.
Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu,” luah
Roziana.
“Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?” keluhnya lagi.
“Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan
untuk menafikan kelalaian cinta,” Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
“Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta
kerana Allah?” Khazinatul Asrar cuba membuka minda.
“Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan
cara hidup Islam, baitul Muslim” jawab Syaqiera spontan.
“Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah.
Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan
kerana Allah,” Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.
“Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?” Sayyidah minta kepastian.
“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal
percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta
makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas,
tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat
telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga,
apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk
padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah
ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering
dilakukan ketika percintaan.”
“Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?” getus Yusro
“Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan
berani untuk bercinta lagi,” nasihat Khazinatul Asrar.
“Kalau dah terjebak macam Ziana ni?” gerutu Roziana.
“ Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa
ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak
redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan
cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah
Maha Penyayang,” jelas Khazinatul Asrar.
“Praktikalnya?” Roziana mahu lebih jelas.
“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah
untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan
dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana
perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak
apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,” senyum berputik
di bibir.
Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira
dengan amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di
bahu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin
Abi Al–Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup
meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah.
"Cinta adalah hadiah dari Allah untuk dinikmati semua insan... maka bangunkan cinta yang sejati yang terpendam dalam jiwamu yang wujud saat penciptaanmu... dan tetap teruslah Cinta itu wujud dalam dirimu mewajahkan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan... pandanglah dengan cahaya, nescaya jiwamu akan melihat cintaNya... yang meliputi dengan cinta itu, engkau sebarkan pada kehidupan di sekelilingmu..." ~Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad~
Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment