“Khazinatul asrar , kau pencuri!” Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata
yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin
sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk
berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam
itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa. “Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan
kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa
bimbang datang bertamu.
“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang
melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu
berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh
seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba
untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan. Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian
kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut
Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah
dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika.
Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar
bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk
menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan
Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke
kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan
sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak ,
fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan.
Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari
biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–
tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama
Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih
gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan
sebelum kuliyah bermula.
Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul
Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap
kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas
olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman
sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan
jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar
membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban
waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh
sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang
bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.
‘Tomorrow…please present this topic. ..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.
“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar
menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?”
Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.
“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri
mengemas buku–buku di hadapannya.
“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit
cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul
Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak
diminta itu.
“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.
“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.
“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya
mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.
“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak
sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu-
Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat.
Hatinya berzikir.
“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan
sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.
“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan
yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.
“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit
masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih
ada strategi lain!
“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama
saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision
untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.
“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil
karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.
“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata-
kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….
“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi.
However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada
merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul
Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan
Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang
sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar
akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah
memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.
Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang
Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi.
Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia
terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula
berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu
hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini.
Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang
dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak
dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan
untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan
terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu
menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung
jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:
“…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”
"Cinta adalah hadiah dari Allah untuk dinikmati semua insan... maka bangunkan cinta yang sejati yang terpendam dalam jiwamu yang wujud saat penciptaanmu... dan tetap teruslah Cinta itu wujud dalam dirimu mewajahkan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan... pandanglah dengan cahaya, nescaya jiwamu akan melihat cintaNya... yang meliputi dengan cinta itu, engkau sebarkan pada kehidupan di sekelilingmu..." ~Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad~
Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)
Tuesday, June 15, 2010
Episod 1-dewan kuliah...(Khazinatul Asrar)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment