Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Thursday, June 3, 2010

Hari Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang

H

ari Belia yang dianjurkan oleh Majlis Belia Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Aktiviti ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 28-29 Jun 2008 sempena Perhimpunan dan Pelancaran Hari Belia peringkat negeri Pulau Pinang. Objektif aktiviti ini adalah untuk melibatkan semua orang dalam aktiviti kokurikulum supaya dapat melahirkan generasi yang proaktif dan berdaya saing.
Pada hari pertama, aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di dataran pelajar. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik perdana, larian kecergasan, klinik mendaki tembok tiruan, klinik gasing pangkah dan klinik mini bike.
Pada hari kedua, aktiviti bermula pada pukul 2 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran, perhimpunan perlancaran Hari Belia pula bertempat di Dewan Al-Farabi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Antara badan yang menganjurkan pemeran ialah Rakan Muda, Polis Diraja Malaysia, Rakan Cop, dan sebagainya.
Majlis perasmian pula bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri Pulau Pinang. Persembahan kebudayaan juga telah mewarnai hari tersebut. Seterusnya majlis diteruskan dengan ceramah mengenai Hari Belia. Persembahan silat yang mantap menjadi penutup Hari Belia yang semestinya dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.
Akhir sekali, semua orang yang terlibat dalam majlis ini diberi satu sijil penghargaan. Majlis ini telah berakhir dengan sempurna dan bermakna kepada semua orang yang menghadirinya.

reporter & writer: Chiu

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...