Pada kuliah pagi itu, awal-awal lagi Khazinatul Asrar mengajak Suwaibah
Aslamiyyah duduk di sebelahnya. Dia mengambil langkah berjaga-jaga sebelum
Tsabit mengambil kesempatan untuk duduk di sebelahnya kerana Hijriah tak datang.
Suwaibah Aslamiyyah memenuhi perlawaan Khazinatul Asrar tanpa banyak soal.
Untuk kali inipun, nota berwarna biru lembut hadir lagi dalam buku yang
dibawanya.
“Wahai pencuri, saya bertai biru di Cyber Café Kajang pada pukul 5.00 petang ini.
Ayuh kita buat perhitungan!”
Pandangannya segera beralih kepada pemuda yang berkedudukan di posisi
belakangnya. Entah mengapa dia begitu curiga dengan pemuda yang memakai baju
kemeja putih berbintik biru itu. Warna biru memang ada kaitan dengan pemuda itu.
Tsabit yang menyedari Khazinatul Asrar sedang memandangnya dengan spontan
membetulkan songkok di atas kepalanya sambil tersengih-sengih. Hati Khazinatul
Asrar bertambah geram. Kali ini dia tidak berfikir panjang lagi.Hatinya penuh yakin.
Lantas dia mencoretkan sesuatu di atas kertas dan menghulurkannya kepada Tsabit.
*Perhitungan! Cyber Café Kajang, 5.00 petang.
Khazinatul Asrar berazam pertemuan yang akan diadakan seringkas yang mungkin
dengan Tsabit petang ini bakal mengajar Tsabit sesuatu. Berkeriuk dahi Tsabit
menatap nota itu. Namun selepas seketika, dia tersenyum sendirian. Entah apa yang
difikirkannya. Suwaibah Aslamiyyah juga mengeriukkan dahi melihat telatah aneh
Khazinatul Asrar.
“Duhai kekasihku Ya Allah, peliharalah diriku dari fitnah..” hatinya berdoa tatkala
menyedari temannya mula memikirkan sesuatu.
Pada petang itu…
“Kenapa dia bertai hitam? Kemeja pula merah jambu…” bisik hati kecil
Khazinatul Asrar tatkala dia melihat dari jauh telatah Tsabit yang sedang mencari-
cari seseorang di muka pintu Cyber Café. Lagaknya bagaikan orang yang sudah lama
menunggu. Langkahnya terus disusun kemas menuju ke situ. Tsabit mulamenyedari
kemaraan gadis itu. Dibetulkan tainya agar lebih kemas. Entah keberapa kali dia
membetulkannya…
“Saudara terlupa pakai tai biru?” sindir Khazinatul Asrar tatkala langkahnya betul-
betul berhenti di hadapan Tsabit. Tubuhnya di hala ke arah lain. Tidak tergamak
untuknya bertembung mata dengan pemuda kacak kacukan Libya itu. Ghoddul basor.
“Tai biru?” dahi Tsabit berjalur dengan tandatanya.
“Ya…tai biru! Atau…mungkin tai biru itu sebenarnya yang telah saya curi. Maklumlah
saya ni kan pencuri..” Khazinatul Asrar menyindir lagi.
“Asrar, apa yang awak cakap ni?” wajah Tsabit kebingungan.
“Maafkan saya saudara…saya datang ni pun untuk mengucapkan terima kasih kerana
memberi gelaran pencuri kepada saya. Sebagai penghargaan dari saya, saya pun ingin
menggelarkan saudara sebagai perompak. Perompak ketenangan orang lain. Maafkan
saya…” kata-kata Khazinatul Asrar bagaikan duri mawar yang menusuk kalbu. Dia
pantas berlalu dari situ dan segera menaiki teksi yang sedia menanti. Tsabit masih
terpinga-pinga di muka pintu. Tiba-tiba badannya dirempuh oleh seorang pemuda
bertai biru yang berlari tergesa-gesa seperti mengejar seseorang. Pemuda itu
sempat meminta maaf daripada Tsabit. Tsabit semakin keliru.
Tidak seperti selalu, Khazinatul Asrar hanya duduk di bilik pada malam itu.
Badannya direbahkan di atas tilam. Peristiwa di Cyber Café petang tadi masih segar
di fikirannya. Hatinya puas. Dia berharap agar Tsabit tidak akan mengganggunya lagi
dengan nota-nota berwarna biru lembut itu. Namun dia masih dilanda persoalan
bagaimana Tsabit boleh meletakkan nota-nota itu ke dalam bukunya tanpa disedari.
Sesuatu yang mustahil. Secara logiknya, hanya orang yang terdekat sahaja boleh
melakukannya. Orang terdekat? Hijriah… Mungkinkah Hijriah terlibat dalam hal ini?
Hijriah? Ah…tak mungkin Hijriah. Perkara kecil sekalipun Hijriah tak mampu nak
rahsiakan daripada Khazinatul Asrar. Dia sahabat yang baik dan berterus terang.
Nota-nota yang terkumpul itu terus dibelek-belek untuk mencari clue. Tsabitkah
pengirimnya? Hatinya tiba-tiba dilanda serba-salah kerana membuat tindakan yang
terburu-buru terhadap Tsabit. Segalanya didasari perasaan geram yang meluap-luap.
Dia beristighfar menghitung dirinya. Hatinya terus berdialog sendiri. Tiba-tiba,
suatu suara halus mengejutkannya dari lamunan… suara yang tidak asing lagi. Dia
bingkas berlari ke pintu dengan senyuman yang manis terukir.
“ …oh, saya gembira awak dah kembali,” wajah Khazinatul Asrar
penuh ceria menyambut kepulangan Hijriah. Salam dihulur dan mereka berdua saling
bersalam berpelukan. Wajah Hijriah juga berseri dengan keceriaan.
“Saya ingat nak balik sini secara surprise sebab biasanya waktu-waktu begini awak
dah ke perpustakaan… macam dah tahu-tahu saja saya nak balik sini…” Kedua-dua
sahabat itu beriringan ke katil masing-masing.
“Entahlah…hati saya berat semacam jea nak ke perpustakaan malam ni… tak sangka
pulak itu petanda yang sahabat saya yang sorang ni nak balik sini,” senyuman
Khazinatul Asrar masih tak lekang di bibir.
“Ha…mesti siang malam awak asyik rindukan saya…” Hijriah mengusik disambut
ketawa kecil Khazinatul Asrar. Dalam pada itu, mata hijriah melirik pada helaian-
helaian nota berwarna biru lembut dalam genggaman Khazinatul Asrar.
“Nota apa tue?” Hijriah ingin tahu sambil tangannya pantas mencapai nota-nota itu
dari genggaman Khazinatul Asrar. Kazinatul Asrar merelakan.
Entahlah Hijriah... nota-nota ni sering mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir nie.
Mungkin ini ujian Allah supaya saya sentiasa memuhasabah diri. Allah takkan bagi
ujian kalau bukan kerana Dia sayangkan kita,kan?!” kata-kata itu menyebabkan
Khazinatul Asrar direnung dalam-dalam oleh Hijriah. Mata Hijriah langsung tidak
berkelip. Bagaikan ada rahsia besar yang tersimpan. Khazinatul Asrar agak terkejut
apabila direnung begitu. “Hijriah….” Bibirnya mengungkap. Hijriah masih jauh
meneroka anak mata Khazinatul Asrar.
“Hijriah, kenapa ni?” Khazinatul Asrar yang kehairanan cuba menduga. Air muka
Hijriah segera berubah seperti orang yang baru disedarkan dari mimpi. Namun, dia
hanya berdiam diri dengan pernyataan Khazinatul Asrar.
“Eh, ganjil sekali perangainya…” bisik Khazinatul Asrar kebingungan.
Serentak dengan itu, Hijriah tiba-tiba bangun dari katilnya dan mendapatkan
handbeg yang baru sebentar tadi diletakkan di atas meja study. Dia mencari-cari
sesuatu. Khazinatul Asrar hanya mampu melihat telatah aneh Hijriah itu. Pelbagai
soalan dan andaian menujah-nujah kotak fikiran. Hijriah mengeluarkan sekeping nota
berwarna biru dari handbegnya dan nota itu diselitkan dalam salah satu fail
kepunyaan Khazinatul Asrar yang tersusun kemas di atas meja study. Khazinatul
Asrar yang menyaksikan semua itu bertambah keliru. Lidahnya kelu untuk
menuturkan sesuatu kepada Hijriah yang berkelakuan ganjil itu.Hijriah kemudiannya
menyerahkan fail yang diselitkan dengan nota berwarna biru itu tadi kepada
Khazinatul Asrar. Dengan kebingungan, tangannya akur menyambut fail itu tanpa
alasan biarpun mindanya sarat persoalan. Nota berwarna biru itu ditatapnya.
##Wahai pencuri, kau mungkin telah ke Cyber Café…namun tuntutan saya masih
belum terlaksana. Masakan tidak, si perompak pula yang kau temui…not me!!##
“Apa semua ni?” soalan yang terpacul itu memang sarat dengan tanda tanya.
Serentak dengan itu peristiwa petang tadi terngiang-ngiang di ingatannya. Kerana
nota-nota berwarna seumpama itulah, Tsabit digelarnya perompak. Namun itu
bukanlah suatu jawapan…sebaliknya menambahkan persoalan. “Hijriah! What’s up?
Teka-teki apa ni? Saya tak faham…” Khazinatul Asrar terus dan terus mendesak.
Bingung. Pelik. Hairan. Ganjil. Ajaib. Ahhh..
No comments:
Post a Comment