Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Friday, June 4, 2010

PENDAFTARAN & ORIENTASI PELAJAR KMPP SESI 08/09

Tanggal 12 Mei 2008 adalah satu tarikh yang takkan dilupakan oleh hampir 2500 pelajar PST. Tarikh ini adalah hari dimana kita semua mendaftar sebagai pelajar KMPP yg kita sayangi dan dikatakan antara kolej yang terbaik sesuai dengan gelarannya “Kolej Matrikulasi Pilihan Pelajar’’ atau ‘’Kolej Matrikulasi Pilihan Pertama’’ (KMPP). Pukul 7 pg lagi perkarangan KMPP dah pun dipenuhi oleh kereta. Semua student kebanyakannya ditemani oleh family dan tidak kurang juga ada yang membawa nenek bersama di hari pendaftaran. Perasaan takut dan teruja jelas terpancar di riak muka masing-masing. Tapi bila family nak balik ada student yang menangis. Maklumlah tak biasa nak berpisah. Lepas tu bermulalah minggu orientasi. 1 minggu orientasi kita semua ikuti. Memang letih sungguh. Macam- macam aktiviti diatur. Ceramah, LDK, bersama mentor, solat perdana, senaman dan riadah. Semua orang merungut kata baju tak sempat nak basuh. Especially t-shirt KMPP. Baju semua dah bau peluh. Lepas tu pula sepanjang orientasi tu asyik buat poco-poco dgn chicken dance je. Orientasi yang dibuat oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi boleh dikatakan mencapai matlamat. Majlis penutup orientasi PST thn ni memang meriah sebab tahun ni diadakan di dewan Millenium. Student tahun ni memang bertuah sebab dapat pergi sana dan lagi membanggakan, bersama-sama kita ialah Pengarah Bahagian matrikulasi, Dato’ Dr. Zainal Abidin. Tapi student tahun- tahun lepas tak dapat pergi sana. Begitu juga dgn student PDT yang mendaftar pada 16 Jun 2008 tidak kurang meriahnya. Walaupun bilangan mereka tak sampai 150 orang tapi minggu orientasi diaorang berjalan dengan lancar. Yang pasti minggu orientasi di KMPP ni takkan dilupakan kerana ianya hanyalah pengalaman sekali seumur hidup kita semua.

Reporter : ruzita
Writer: huda azman


No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...