Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Wednesday, June 16, 2010

Episod 8- Lelaki Itu (Khazinatul Asrar)

Hijriah hanya menunjukkan reaksi tenang dengan persoalan yang diwujudkannya itu.
Namun akhirnya, hati dan perasaan seorang sahabat beralah jua pada redup mata
Khazinatul Asrar yang jelas memendam persoalan.

“Asrar, maafkan saya!” ungkapnya perlahan.

“Untuk apa? Kenapa? Hijriah…???” luahan persoalan itu benar-benar meresapi
sanubari Hijriah. Timbul pula rasa bersalah dalam dirinya kerana mendera perasaan
Khazinatul Asrar dengan persoalan. Ibarat membalas dendam kesumat yang
bersarang.

“Asrar, saya tak tau bagaimana harus saya jelaskan. Kalau awak nak tahu sangat
tentang nota tue, awak daillah nombor ni. Saya dah tak sanggup menyembunyikan
sesuatu daripada awak kerana memang saya tak mampu untuk berbuat begitu…”
manik-manik jernih mula menitis di pipi Hijriah sambil tangannya menulis beberapa
susunan angka. 017-3410170.


Biarlah air mata itu menyucikan sekeping hati yang kadang-kadang dikuasai dendam
dan iri hati.

Satu persatu angka 017-3410170 dari handsetnya ditekan.Khazinatul Asrar memang
amat mengharapkan satu jawapan dan kepastian.

“Hello!” suatu suara garau menyambut panggilan bisu dari Khazinatul Asrar.

“Hello, siapa ni?” beberapa kali suara itu mendesak. Khazinatul Asrar hanya
mendengar dengan penuh keliru akan suara yang langsung tidak dikenalinya itu sambil
matanya tidak berganjak dari anak mata Hijriah, Yang pasti ianya bukan suara
Tsabit.

“Hello,Hellooo…awak ni nak main-main ke?” nada suara itu semakin tinggi.

“err, siapa di sana?” terkeluar juga pertanyaan itu dari lidahnya yang kelu.

“Eh, kau pulak yang tanya saya siapa?” suara itu masih geram.

“Maafkan saya…saya…saya…saya cuma nak tahu siapa di sana?” terketar-ketar lidah
Khazinatul Asrar dilanda persoalan.

“Kenapa? Saudari ni nak berkenalan dengan saya ke?” suara itu kembali rendah dan
cuba bergurau pula. Khazinatul Asrar geram dengan gurauan itu. Bibirnya digetap.
Bukan prinsipnya gatal nak mengenali seorang lelaki.

“Maaf! Kalau bukan Hijriah yang suruh, saya takkan telefon awak!” luahan Khazinatul
Asrar itu menyentak suara itu.

“Apa? Hijriah?” suara itu menjadi cemas. Sangat cemas.

“Saudari ni Khazinatul Asrar ke?” suara itu bertanya dengan nada takut.

“Emm…” jawab Khazinatul Asrar ringkas. Dia semakin pelik apabila lelaki itu telah
mengenali dirinya.

“Hijriah mungkir janji! Saya dah agak dia mesti dedahkan juga hal ni akhirnya. Suara
itu berbaur hampa meluahkan ketidakpuas hatian.

“Jadi awaklah rupanya menyuruh Hijriah menyelitkan nota berwarna biru tu dalam
buku-buku saya?” soal Khazinatul Asrar.

“Err..jangan salah faham. Saya…saya..” suara itu seakan-akan menyusun ayat.

“Apa yang saya telah curi daripada awak?” Khazinatul Asrar semakin berani
berhadapan dengan suara lelaki itu. Dia benar-benar ingin meleraikan persoalannya.

“Khazinatul Asrar…biarlah dengan peluang ini saya berterus-terang, sejak pandangan
pertama lagi, awak telah mencuri hati saya, mimpi saya dan impian saya. Saya
langsung tidak boleh melupakan awak.” Suara itu langsung tidak mahu berselindung
sesuatu. Beristighfar panjang Khazinatul Asrar mendengar kata-kata itu. Butang
End ditekan tiba-tiba untuk mengakhiri perbualan itu. Sususlan daripada itu,
beberapa kali handsetnya berirama minta disambut namun dibiarkan sahaja. Dia
sedih kerana dirinya telah melalaikan hidup seorang lelaki.

“Hijriah, tolong jangan buat saya begini!” Khazinatul Asrar seakan menahan marah.
Persoalannya bukan terjawab malah kian bertambah.

“Sabar Asrar…biar saya jelaskan,” udara disedut sedalam mungkin untuk memulakan
bicara.


“Lelaki tu Ahmad Mukhlisin namanya. Dia siswa tahun akhir course Medic. Jiran
saya…Dialah yang menyuruh saya selitkan nota-nota nie dalam buku awak.” Handset
Khazinatul Asrar berirama lagi. Dia segera memilih profile silent.

“Tapi kenapa awak lakukannya?” celah Khazinatul Asrar.

“Kerana cinta dan harapan……Asrar, saya sebenarnya menaruh impian cinta
terhadapnya namun ternyata dia mencintai awak. Sejak pertama kali dia menyuruh
saya menghantar nota-nota nie, sejak itulah saya tahu bahawa dia tak pernah
mencintai saya bahkan terlalu menyukai awak, Asrar. Dia merapati saya pun hanyalah
kerana ingin mengenali awak. Mulanya saya terlalu kecewa dan mendendami awak
tanpa rasionalnya. Kuliah yang saya ponteng tempoh hari sebenarnya kerana saya
terlalu melayan kekecewaan ini. Saya sedar kesilapan saya dan berjanji untuk
membantu Mukhlisin menawan hati awak semata-mata untuk membuktikan pada diri
saya sendiri bahawa betapa tidak patutnya timbul perasaan dendam terhadap
sahabat semulia awak. Maafkan saya. Harapan saya agar dia akan memiliki awak..”
Hijriah menitiskan air mata lagi. Khazinatul Asrar sebak dengan penjelasan itu.
Tulusnya hatimu Hijriah. “Hijriah, usahlah menangis begini. Awak tak bersalah apa-
apa terhadap saya! Saya yang seharusnya meminta maaf kerana membuat tafsiran
yang bukan-bukan. Kerana hanya timbul sedikit rasa dendam, awak diburu rasa
bersalah begini…itu sebenarnya cerminan kepada sucinya hatimu Hijriah.” Tubuh itu
dirangkul erat. Mekar kembali kuntuman ukhuwwah dan mahabbah.

“Asrar, Mukhlisin seorang lelaki yang baik dan penyayang. Dia mengenali awak
sewaktu awak turut dicalonkan mewakili Fakulti Pengajian Islam dalam pilihanraya
kampus tahun lepas. Gadis semulia awak memang layak untuknya, Asrar. Hati saya
sendiri akur dengan hakikat ini walaupun saya pernah mencintai Mukhlisin. Sekuntum
mawar berduri yang dikagumi sang kumbang… awak memang contoh yang tepat untuk
apa yang awak pernah katakan,” raut wajah Hijriah memancarkan keikhlasan.
Khazinatul Asrar hanya berdiam diri dengan kata-kata Hijriah. Setelah seketika dia
bersuara,

“Hijriah, saya harap saya takkan mengenalinya!”

“Asrar..awak tak nak bagi peluang padanya?” Tanya Hijriah. Khazinatul tidak
memberi respond terhadap persoalan itu. Hijriah menyambung lagi,

“Janganlah begitu..Mungkin awak tak suka cara dia approach awak. Yealah, siapa suka
dititlekan ‘pencuri’ ?! Tapi itu suatu hakikat…awak memang telah benar-benar
mencuri hatinya. Mukhlisin sedar awak memang sukar didekati lelaki tanpa sebarang
urusan. Dia sedar bahawa dia tiada alasan untuk mengenali awak kerana tak mungkin
dia mempunyai urusan dengan awak. Kalau dia luahkan dalam surat pun tentu awak
tak layan. Apatah lagi, mustahil baginya untuk keluar dengan awak. Saya sendiri yang
menjadi penasihat utamanya. Sebab itulah dia hadirkan dirinya dalam hidup awak
melalui cara ni. Dia tak salah, kan?!” beria-ia Hijriah membela Mukhlisin.

“Cukuplah….saya dah cukup teruji dengan makhluk Allah bernama lelaki sejak di
bangku sekolah lagi. Saya takkan tewas lagi! Pengalaman mengajar saya bahawa cinta
Allah tak boleh diganti sesiapa. Hanya cinta Allah yang memberi kebahagiaan, bukan
kelalaian dan angan-angan. Cinta manusia sifatnya sementara. Ada yang bersifat
dusta. Ada yang melalaikan dari cinta Pencipta. Saya tak nak dipisahkan dari cinta
suci Kekasih Agung di saat ini semata-mata kerana cinta sementara manusia.” Luah
Khazinatul Asrar agak emosi.


No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...