Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Friday, June 4, 2010

Minggu Fizik Peringkat Kolej




Pada 22 hingga 29 Julai 2008, program Minggu Fizik telah diadakan khusus bagi pelajar-pelajar jurusan sains fizikal KMPP. Program ini bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan hubungan antara pelajar sains fizikal sesi 2008/2009 dengan pensyarah Fizik selain dapat memupuk minat pelajar terhadap subjek Fizik disamping mengcungkil idea-idea kreatif dan kritis pelajar. Program yang dijalankan selama 5 hari ini mendapat sambutan yang hangat daripada semua pelajar Sains Fizikal kerana program yang bermula pada hari Selasa hingga Isnin ini diadakan selepas selesainya Ujian Pertengahan Semester (UPS).


Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang Minggu Fizik ini antaranya bengkel roket air dan kapal terbang kertas,pameran fizik,ceramah,kembara fizik dan inovasi model fizik.Program ini dirasmikan oleh ayahanda Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Tuan Hj Khairi bin Jalun dan diikuti oleh program kembara fizik Satu pameran fizik mengenai tenaga solar dan tenaga yang diperbaharui telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan mendapat kerjasama daripada Unisains Holding,USM. Selain itu, satu ceramah turut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang hala tuju fizik yang disampaikan oleh Prof. Madya Nasirun bin Mohd. Salleh, Pengarah Pusat Islam, USM dan pengetahuan tentang memilih kursus dan kerjaya selepas tamat belajar oleh Datuk Maznah binti Saad.


Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan ialah bengkel & pertandingan Roket Air dan Kapal Terbang Kertas serta pertandingan Inovasi Model Fizik dan peta minda. Bagi pertandingan Roket Air,semua roket telah dilancarkan di Gelanggang Bola Keranjang manakala pertandingan Kapal Terbang Kertas dijalankan di Dewan Farabi. Kesemua pertandingan tersebut dinilai mengikut kriteria-kriteria seperti kreativiti, ketepatan konsep,kekemasan reka bentuk,kebolehgunaan reka bentuk dan keaslian idea.


Kemuncak bagi Minggu Fizik telah diadakan di Dewan Al-Farabi dan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Majlis tersebut disempurnakan dengan persembahan tayangan multimedia dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Minggu Fizik pada kali ini telah mencapai hasil yang memuaskan dan diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.


create by ahmad fahim biro 2p jpp kmpp 0809

No comments:

are you like this? click here...hehe

rayuanku...