Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Tuesday, August 3, 2010

'Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya'


"Pernah suatu ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabat yang lain. Rasulullah SAW pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya...sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah SAW pun berkata..'Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya'

Amat tersentuh hati saya apabila membaca massage kulimin daripada seorang sahabat. Tazkirah kali ini betul-betul megusik hati ini.

Sebetulnya, saya amat-amat sayangkan adik-adik semua. Adik-adik yang pernah sama-sama suatu ketika dahulu berkongsi suka dan duka. Hanya ALLAH saja yang Tahu hati dan perasaan ini...Tetapi, saya tidak mampu untuk meluahkan perasaan SAYANG kepada adik-adik.

Seolah-olah segala kepahitan yang pernah dilalui, mengatasi segala kemanisan. Entah mana hilangnya kekuatan dalam diri. Sehingga saat ini, hati ini masih tidak benarkan untuk berhubung dengan adik-adik walaupun hanya untuk bertanyakan khabar..

Sungguh, tiap kali diri ini keseorangan...ingatan ini amat kuat terhadap adik-adik. Air mata saja yang sudi menjadi peneman diri...menjadi kekuatan disebalik kelemahan diri...

"Maaf..akk tak dapat menjadi seorang sahabat yang terbaik untuk adik-adik semua"





3 comments:

Unknown said...

waaaaa.......ana terusik dgn kate2 nie..xsangka pipi ni dicucuri air mata..namun pepun ana sygkn pulut lepa ana ni..ana mintak maaf sngt2 k.ct selama nie..

Mewakafkan diri utk ISLAM said...

massage ni akk dapat dr Napsiah..

" (^_^) Ana takut..ana pun SAYANG kat akk & sahabta2 kmj...Rindu sangat..bila akk ckp, akk selalu nangis..maknanya akk pun sayang kami..tapi, ana xnak akk nangis merana...Biarlah menangis bahagia...Allah dah susun semua ni utk kita..."

maaf napsiah..akk x mampu nak balas massage enti...cuma yg mampu akk ckp kat sini... susah untuk diterjemahkan perasaan tu..terlalu descrete...

napsiah abd rahman said...

ana sedih sngat....bila kak siti cam nak jauhkan diri dari kami....ana tak nak kak siti sedih..tolonglah kak siti....ana tak nak kemesraan antara kita hilang...ana merayu... Demi Allah...

are you like this? click here...hehe

rayuanku...