Bismillah wal hamdulillah..
Didoakan moga sahabat-sahabat, muslimin muslimat berada
dalam lindungan dan rahmat ALLAH swt..
Sekadar coretan dari hati dalam mencari kekuatan..
Benarkah orang yang bersangka baik dan sentiasa meletakkan
sangkaan baik mendahului sangkaan buruk adalah orang yang sabar?
..InsyaALLAH..bersangka baik ada kaitannya dengan sabar.
Bahkan jika difikir-fikir, dekat sangat.. Bukan mudah untuk bersangka baik
kerana ianya melibatkan hati. Perlu mendidik hati. Dan kita tidak akan mampu
mendidik hati untuk bersabar melainkkan dengan memandang dengan sangkaan yang
baik…
Tertarik dengan kata2 Nabi Yaakob a.s…"Sesungguhnya
hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,.”.(Surah
Yusuf;86)
Orang yang sentiasa bersangka baik dengan ALLAH akan
sentiasa juga bersangka baik dengan manusia. Dan salah satu sunnah serta adab
Rasululullah saw; senyumannya mendahului kemarahannya..=)
Subhanallah wa astaghfirullah…
Hm..adakah kita bersangka baik waktu2 ini?
· …kita menyapa orang yang selalu bersama kita, namun tiba2
satu hari beliau mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan mata.Sedihnya..
· ..…makanan yang memang kita lama dah idam-idamkan, dalam
kata lain, mengidam. Susah nak dapat ni.. -Bila sudah disedia secara tidak
sengaja pula ditumpahkan adik?....
· ….perkara yang kita rancang dan laksanakan, namun bila
hampir selesai tiba2 tegendala disebabkan oleh sebab-sebab tertentu?..
· ..tugasan yang kita laksanakan dan perlu hantar telah siap
dikemaskini dan disimpan dalam pendrive untuk diprint, namun tiba2 saja
pendrive tersebut hilang dan kebetulan tiada pula salinan yang lain.
· ….berulang-ulang kali kita berpesan pada sahabat agar
menunggu kita kerana banyak perkara kena selesaikan bersama namun last minit
beliau mesej mengatakan bahawa beliau tidak dapat bersama kita…
· …orang kita harap-harap untuk melakukan sesuatu perkara
tiba2 bertindak sebaliknya..
· ..sahabat yang paling baik dengan kita,paling memahami dan
sentiasa bersama suka dan duka tiba2 sahaja mendiamkan diri dan tidak bertanya
pula khabar kita….
· …doa yang dipanjatkan pada ALLAH dengan bersungguh dan
sepenuh hati.. namun tidak jua kunjung hasilnya….
· Kita banyak melakukan kebaikan, hubungan dengan ALLAH dan
insani juga sangat dijaga,namun seringkali kita diperlaku dan dilayan dengan
sebaliknya..
Duhai diri dan sahabat…
Mungkin pernah kita berada dalam situasi ini.. seringkali
juga mungkin lintasan pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada
dalam kedaan ini adalah negatif. Sedih… rasa terkilan juga hadir. Kenapa
berlaku begini..?..apa salah diriku?..tentunya pelbagai rasa akan hadir. Tidak
salah kita sedih.. kerana itulah fitrah insani. Namun bukan berlebihan.. Tidak
mengapa jika cepat2 lintasan tesebut kita padamkan dangan dengan sangkaan lebih
baik. Kerana itulah sifat seorang mukmin..
“..sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran
terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati..(yunus;622)
Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya
adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa
meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH..Jiwa hambanya
sentiasa mengatakan bahawa ALLAH bersama dengannya.Bukankah ALLAH itu bersifat
Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar Rahim (Maha Pengasihani)?ALLAH kasih akan
hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang
hamba,di sisi ALLAH, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada ALLAH.. jua tidak
‘menuduh’ ALLAH dengan tuduhan yang tidak baik.Baik secara langsung atau tidak
langsung..
“….. dan bahwasanya Dialah yang menjadikan seseorang itu
tertawa dan menangis..”,(An Najm;43)
…jika kita memohon pada ALLAH namun pinta yang ada belum
lagi ditunaikan, bersangka baiklah bahawa belum sampai waktunya lagi ALLAH
mengabulkan doa kita. Kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk
kita..mungkin saat itu hasrat tersebut tidak begitu baik untuk kita. Mungkin
ada perkara yang lebih baik di siSi ALLAH yang ALLAH ketahui untuk kita.
Mungkin jua ALLAH sudah memakbulkan doa kita, namun kita yang tidak menyedari
kerana ALLAH makbulkan doa kita pada bentuk yang lain..
.. dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran.(Al Baqarah;186)
YAKIN dengan ALLAH dan jangan PUTUS ASA dalam berdoa. Kerana
kata ibnu ‘ataillah; …doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah hidayah
daripada ALLAH.. Bukti sifat pengasih ALLAH, ALLAH yang memberi kita petunjuk
untuk berdoa dan ALLAH jua yang akan mengabulkan doa tersebut.Dan tanda doa itu
akan dimakbulkan ALLAH jika kita khusyuk dan yakin dengan doa tersebut..
Sebagai hamba kita perlu menyedari bahawa kita berdoa bukan untuk memberitahu
hajat kita pada ALLAH. Kerana ALLAH telah sedia mengetahui hajat kita.. namun
kerana menyedari bahawa kita adalah hambNya yang lemah..
..Jika dalam muamalat insani kita sering dilayan dengan
sebaliknya dan kebaikan yang kita beri,harapkan, dibalas dengan sebaliknya,
bersangka baiklah bahawa kita mungkin belum lakukan yang terbaik lagi..Letakkan
Qudwah dan sunnah Rasulullah saw di hadapan diri. InsyaALLAH ketenangan itu
pasti akan hadir..Tidak rugi melakukan kebaikan kerana ianya tetap tercatat
dalam catatan amalan.Hasil dan natijahnya pasti akan ada di akhirat kelak..
InsyaALLAH..mafhum ayat Al Quran; bahawa kita semua SEDANG
kembali pada ALLAH..Cuma kita tidak mengetahui perpisahan rasmi dengan alam
dunia ini bila dan bagaimana.. Selagi ada kesempatan , moga ALLAH sentiasa
menganugerahkan taufiq dan hidayahNya untuk kita perbaiki diri dalam
menyediakan bekalan untuk dibawa ke sana..
..Kami Amat Memerlukan Belas Kasih,Rahmat Darimu Ya Allah..
Amin Ya Rabbal 'alamin..
1 comment:
bersangka baik pada saya..ki3
Post a Comment