Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Thursday, April 26, 2012

someone...


"Semua itu ciptaan Allah S.W.T, kita terus dgn tanda SYUKUR. Sebuah Malam punya, angin...bulan, dan sngt mendinginkan. Mengubat diri yg letih d malam hari dgn minuman TEH, Diri kita punya HIASAN iaitu, ILMU, AKHLAK, IMAN & TAQWA. Moga ini menjuruskan kpd Erti mengenali peribadi dan kearah kebaikkan abadi."

 
~✿>> Di samping kita MENGHARGAI dan BERTERIMA KASIH kepada insan-insan yang mendoakan kita DEPAN-DEPAN..jangan lupa bahawa di sana adanya insan-insan yang MENDOAKAN KITA DALAM DIAM..
Ada, cuma kita yang TIDAK TAHU..

p/s: nothing to say... juz want u to know that, i'm still keep that message and still waiting to find out the true meaning...

Monday, April 23, 2012

Teruskan langkahmu... tidak perlu toleh ke belakang lagi...

Kita takkan pernah tahu apa yang Allah nak beri pada kita hari ini, esok mahupun bulan depan. Kerana itu rahsia Allah, cuma apa yang boleh kita buat, berdoa sebanyak mungkin dan berikhtiar sehabis daya. Sebab Tuhan sudah berjanji, kita akan diberi balasan atas apa yang kita kerjakan. Kalaupun tidak di dunia, pastinya di akhirat sana. Jadi jangan pernah letih untuk meminta pada-Nya. 
"(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam catatan amalannya) ..."(Ali Imran ayat 30)
Cukuplah, setengah sem dah 'berehat'..Wahai diri, teruskanlah langkahmu walau ianya terkadang terasa perit...
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk sibukkan diri dengan gerak kerja dakwah... moga semuanya dikira amal ibadat untuk Allah SWT. 
Perbahasan AUKU   
18/4/2012 (Rabu),  Parlimen Malaysia  
Bersama Arasyi Yahya, Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011/2012 (kanan) dan Nur Syazwani Aziz, Timb. Helwani Gamis 2012 (kiri)




KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, dengan pindaan yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus. 
Perenggan 15(2)(c) telah digugurkan yang dicadangkan melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.
Mahasiswa bersama institusi kedua di malaysia (PEMBANGKANG) untuk menuntut hak ISMP.

 Pada hari dan tempat yang sama turut diadakan penyerahan memorendum menuntut hak ISMP.  Setelah kecewa dengan diplomasi KPM hari sebelumnya beberapa wakil Mahasiswa UPSI bersama GAMIS menuju ke Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia membawa suara mahasiswa.
2 tuntutan dari Mahasiswa Pendidik
1) Posting
2) Elaun praktikum


 

Konsert Opick Rhythm Of The Soul
20-21/4/2012, Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Kalau ikutkan, banyak program bertindih hujung minggu tersebut. Masa ni la perlu dipraktikkan kefahaman Fiqhul Aulawiyyat. Akhirnya memilih untuk bersama-sama Krew Gamis untuk Konsert Opick Rhythm Of The Soul (ROS). Pastinya menjanjikan pengalaman yang baru dan menarik!.

Konsert yang julung-julung kalinya menampilkan Opick ( Tombo Ati) dan gabungan penzikir-penzikir hebat tanah air seperti Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Amal, Munif Hijjaz, Hazamin Inteam, dan Hafiz Hamidun.

Walaupun terasa penat berkampung 2 malam di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur namun terasa terhibur dengan persembahan yang berjaya menitiskan air mata ni...


Jatuh Cinta dengan lagu-lagu OPICK. (^_^)
Antara gambar-gambar yang berjaya sempat dirakam...





Kerja perlu diteruskan, walaupun terasa 'bateri' dah nak habis. Tak sempat nak recharge... Kekuatan mental dapat mengatasi kekuatan fizikal. Ayuh, bekerja untuk Islam!

Kembara Amal Semarak Hijau (KASEH 6)
22/4/2012(Ahad), Tasik Puchong Perdana

Perlu jadi fasi untuk explorace khusus untuk adik-adik form 4-5. Kurang persediaan, mujur ada sahabat-sahabat yang memahami. Thanks...
sori boss, ana datang lambat.....
Petang rehat sekejap, excuse meeting BP... dah tak larat. Simpan tenaga untuk liqo' nuqaba' malam tu. Walaupun memang terasa letih lagi, alhamdulillah... ilmu yang ustaz sampaikan dapat absorb.
Antara intipati yang ustaz sampaikan...
Sememangnya telah mnjadi lumrah dan fitrah dlm perjuangan menegakkan agama Allah ini, para pejuang pasti berhadapan dgn pelbagai ujian dan rintangan. Istilah yg sering kita gunakan adalah MEHNAH dan TRIBULASI. Sejarah telah membuktikn bahawa semua pejuang Islam yg benar2 IKHLAS dan berada dlm jalan yg benar tdk mungkin terlepas drpd dikenakan UJIAN. Para Nabi, para Rasul Allah, shbt2 mereka, para ulama' pewaris Nabi dan sekalian daie secara umum pastinya ditimpa ujian yg dtg menguji. Perkara ni sudah menjadi suatu kemestian atau pra-syarat kpd pejuang Islam bg melihat sejauh mana KETAHANAN dan ISTIQAMAH mereka dlm PERJUANGAN.
hayati kata2 dibawah yg sangat mendalam maksudnya....

"Kita kena hadiahkan diri kita untuk Islam", Jadi bila sebut kita ni hadiah , maka kena bungkus bagi cantik dan elok sebab nak hadiah kepada yang terbaik" Kita bungkus dengan keikhlasan dan nilai2 penghayatan Islam..Kalau dah bungkus elok , masa tu baru berani sikit kita nak cakap macam al-Marhum Ustaz Fadhil Noor ; "Aku waqafkan hidupku untuk perjuangan Islam".Allahuakbar!!! . Antara intipati taujihat dari Pak Long Murabbi Dakwahku...
"..Bila mana diri diwaqafkan utk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat meloloskan diri..sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu..Jgn pernah terlintas utk melepaskan rabithah perjuangan.. walau ribuan tribulasi melanda yakinilah dgn apa yg kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba.. derita kita adalah derita umat terdahulu. Penat kita hari ini utk generaasi akn datang. Perjuangan harus diteruskan..mg redha Allah sentiasa bersama kita.."
p/s: dah, jgn sedih2 lagi...teruskan gerak kerja...

Wednesday, April 4, 2012

Sungguh nikmat tatkala mendapat perhatian dari-Nya...

Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.

Jika kebiasaan cinta manusia, apabila seseorang mencintai kekasihnya ia pasti akan memberikan yang terbaik bagi pasangannya selagi ia terdaya dan cuba sedaya upaya untuk mengembirakannya dan tidak mahu kekasihnya dirundum rasa kesedihan. Itulah kebiasaannya cinta manusia. Namun, bagaimana pula caranya Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya?

Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang sangat hebat kerana dengan cara inilah Alllah mencintai kekasihNya. Lihat sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah untuk kepada Rasullah S.A.W untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Yaa Rabbul Izzati, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan? Kerana dengan cara ini Allah mencintai hambaNya.

Firman Allah :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.

[al-Ankabut: 2-3]

Hebatnya dan luar biasanya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya. Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya. Unik dan luar biasa bukan cara Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya? Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu.

Sunday, April 1, 2012

Perlu Arif Tabiat Lelaki



(Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM)


Qani’ah Syumaila membuka diarinya…

Ketika bergelar mahasiswa, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan Abdullah Nasih Ulwan menemani petang saya pada hari itu.
Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.

Saudari,
Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk. Classmate.

“Membimbing atau mengajak bercinta?” hati saya mempersoal.

Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang maksiat terbuka luas.

Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis sahaja.

Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.

Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing keluarganya nanti?

“Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?” syaitan mengejek saya.

“Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja.” Saya patahkan hujah syaitan.

Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.
“Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya?” dia mengorek rahsia.

“Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa,” jawab saya.

Saya menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar surat risikan kepada saya. Cuma, istikharah dan musyawarah saya dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.

Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden,” dia meluahkan.

Saya tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Saya tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.

Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran.

“Awak ikut desakan hati?” saya bertanya.
“Saya meminta dia menjaga, memperhatikan atau menasihati saya agar istiqamah,” katanya.
“Lalu, apa yang terjadi?”saya berkata.
Dia meluahkan lagi,

Setiap hari…

Kalau tidak bertemu, rasa ada suatu yang hilang. Perlu segera diintai-intaikan.
Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan kuat untuk tahu kondisinya.
Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?

“Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana pahala,” jawab saya.
“Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya?” dia bertanya.
“Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka dari-Nya,” jawab saya.

Saya berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.

Saya tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri neraka?

Saya berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan “Good bye” kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.

Selepas rakan saya itu beredar, saya jadi tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba mendapatkan saya? Saya cuma seorang gadis yang sangat sederhana.

Saya semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, saya perlu terus menghunus duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.

Saya mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Saya cuma tidak mahu diperdaya. Saya melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.

Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi saya mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kelembutan.

Caranya, saya mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan diperalat untuk keseronokan sekejap.

Malah, setelah nanti saya telahpun bergelar isteri, saya tidak boleh berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati. Saya melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.

Saya yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Saya mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Saya mesti bijak menyelaraskan ‘sudut pandang’ terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan. Bukan kerana tidak percaya tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.

sumber: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2012/01/perlu-arif-tabiat-lelaki.html


p/s buat diri :

Jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti. (^_^)

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’

are you like this? click here...hehe

rayuanku...