InsyaALLAH..
Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali kwjh dan Saidatina
Fatimah ra.=) Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah
mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka
dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu
mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling
rendah maharnya..
**********
Dipendamkan
di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang
perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi
tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya,
hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah
S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad,
serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri
Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan
cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap,
mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq,
melamar Fatimah.
"Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.
Ia
merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di
sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi
seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya
tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah
sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di
ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa
banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena
sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair,
Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan
kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang
dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn
Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu
Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali
hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah
persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas
diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun,
sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar
ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini
perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat
gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang
Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan
keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu
yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani
mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari
ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang
melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata,
”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar
dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi
kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia
tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka,
tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak.
Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat
baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan
Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid.
Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul
Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a
“Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali
bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk
menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar
As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya
kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera
menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih
dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian
pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat
terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting
puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan
bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi
hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut
puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air
mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda
telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang
menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku
ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan
menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali,
janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan
seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong
keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah
s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah.
Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab:
“Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan
RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari
mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a.
kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke
pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang
yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat
semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah
s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib
menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak
mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai
suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang
engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah
keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah.
Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu
Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan
belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya
Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya
Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi
wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan
sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang
isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah.
Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku
dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah
nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi
Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri
mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi
sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali
bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan
Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air
bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh.
Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin
sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib
bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu
menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah
segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan
oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab
kabulpernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku
supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham.
Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah
jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua
perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang
dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa
suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” .
Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”
*********************
Begitulah cinta yang bersenikan diam.. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..Cantik ibrah dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh
yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah
yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba
menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu..
Hubungkanlah hati dengan ALLAH…
Jika ingin bahagia,hak ALLAH perlu diutamakan. Jika ingin kekal bersama
hingga ke syurga, niat kerana ALLAH yang sentiasa perlu didahulukan.
Moga cinta dan kasih sayang yang ada sentiasa dihubungkan dengan ALLAH
dan kerana ALLAH..
ALLAH sentiasa mengetahui detik hatimu dan meraikan fitrahmu..=)