Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Saturday, March 24, 2012

Dia Cinta Allah, Allah Cinta Dia.




Susuk tubuh muslimat itu melangkah dengan penuh yakin bahawa Allah di sisinya. Allah memelihara, Allah memerhati. Namun, ada tikanya tautan hati yang lemah terhadap Allah menjadikan dia mudah tewas dengan pandangan manusia. Letakkan Allah di hatimu, cukup! Allah akan memandu jalanmu wahai para mujahidah.



Langkahan Kaki Muslimat

Ada tikanya muslimat itu ditegur, "jaga langkahan kakimu, kerana hakikatnya engkau ialah muslimat. Tempatmu menjadi pengikut setia para muslimin mujahid di jalan Allah."

Wahai Muslimat, dalam perjuangan peganglah kata-kata bahawa "Itu ialah wanita muda Islam berjalan & dia sangat hebat".

Selagi berpaksikan pada redha Allah. langkahan kaki itu tidak perlu dihentikan untuk meratap sedih menerima teguran manusia. Kita sebagai muslimat hanya perlu berhenti seketika untuk menerangkan "Cukuplah Allah bersamaku, segala langkahan ini untuk redhaNya".

Benar, paksi langkah kaki mu perlu dipimpin oleh para muslimin. Namun, harus diingat bahawa untuk kamu terus istiqomah dalam medan perjuangan, tunjukkan diri kamu yang sebenarnya supaya muslimin yang ingin menyunting kamu sebagai suri hidupnya arif tentang diri kamu & tidak mengharapkan lebih perhatian selepas pernikahan. Isu ini bukan mainan. Inilah yang dibuktikan oleh Serikandi Mulia Zainab Al-Ghazali yang memberi kata dua kepada suaminya sebelum mereka menikah agar perjuangannya tidak terhenti selepas pernikahan. Andai bertemu serentak seruan jihad di jalan Allah & seruan suaminya, dia tidak teragak-agak menyahut seruan Ilahi kerana syahid itu cita-cita tertingginya.



Tegar Prinsip Muslimat

Hati yang penuh kelembutan walau dizahirkan dengan perwatakan tegas berprinsip akan terusik jua dengan pandangan manusia terhadapnya. Tidak kisah lah sama ada pandangan itu dari sahabat atau sahabiah.

"Jangan terlalu terkehadapan, bakal mengundang fitnah nanti"

Jadi, prinsip lillahitaala di hatimu pasakkan semantapnya. Hanya Allah tujuanmu, hanya Allah pemandumu, insyaAllah jalan penuh rintangan & persoalan manusia itu akan diselesaikan baik oleh perancangan Allah itu sendiri. Wanita itu sendiri fitnah akhir zaman, namun jangan dijadikan alasan itu untuk dirimu terus memencilkan diri dalam medan perjuangan.

Tika ada sesuatu yang perlu engkau tegakkan, ke hadapanlah & suarakan kerana Allah di sisimu.
Tika ada sesuatu yang perlu engkau tegahkan, ke hadapanlah & cegahlah kerana Allah di sisimu.
Tika ada sesuatu yang perlu engkau lindungi, ke hadapanlah & lindungi semampumu kerana Allah di sisimu.



Kelembutan Para Muslimat

Wahai Muslimat, kelembutan fitrahmu yang dikurniakan Allah kepadamu bukanlah penghalang dirimu terus maju kehadapan walau di tengah kepesatan muslimin dalam perjuangan. Khadijah r.a, Fatimah Az-Zahra, Aisyah r.a & ramai lagi susuk tubuh serikandi Muslimat menunjukkan fitrah muslimat itu ialah bijak, berani, cekal jiwanya, tegas prinsipnya.

Wednesday, March 21, 2012

~tercipta untukku~

Bismillahhirrahmannirrahim....

Istimewa kepada yang masih menanti-nanti, mencari-mencari,

dan yang masih sendiri,

InsyaAllah.. Bersabarlah dalam penantian,

kerana mungkin Allah ingin menguji tahap kesabaran kita..

Ingatlah, disebalik bersendiri ini pasti ada HIKMAH yang telah ditakdirkan oleh ALLAH..

Jodoh rahsia Allah, hanya Dia yang tahu siapa yang telah Dia tetapkan untuk kita..

Yakinlah hanya Dia yang tahu mana yang terbaik buat diri kita..:')

Walau masa tidak mampu untuk kita hentikan, bersabarlah dalam penantian..

Tidak semua penantian akan menjadi sia-sia jika ia disulamkan dengan doa kepada ALLAH..

Andai memang dia tercipta untukmu,

yakinlah ALLAH pasti menunjukkan lorong yang mudah untuk dirimu dan dirinya lalui..

Meskipun andai dia bukan untukmu,

nantilah dengan penuh kesabaran kerana jodohmu akan muncul jua suatu hari nanti..

Perjalanan kehidupan ini memang penuh dengan liku-liku,

Kadang-kadang perjalanan yang sukar itulah yang akan membawa seribu kemanisan,

dan perjalanan yang mudah itu tidak semesti semuanya akan manis..

Kita mencari dalam kehidupan hakikat diri yang sebenar,

Gunakanlah masa yang memang tidak akan berhenti ini dengan sebaik-baiknya untuk kita mencari Redha Allah S.W.T..

Yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita, dengan ganjaranNya di sana nanti,

InsyaAllah..

Jika kita mampu untuk bersabar,

Kita mampu jua untuk muhasabah diri kita semula..

Tanyalah pada diri kita,

Tarbiyyah la diri kita dan mari sama-sama kita memperbaiki diri kita yang sering melakukan dosa,

sama ada dalam sedar atau pun tidak..

Bersabarlah duhai hati,

Berdoalah pada yang Maha Berkuasa,

yang Maha Menentukan Segalanya,

Moga kita diperteguhkan IMAN dan TAQWA sehinggalah sampai 'Saat Lafaz Sakinah' diungkapkan oleh seorang lelaki yang bergelar SUAMI.

Akhir kalam dari saya,

"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."





Thursday, March 15, 2012

Ya Allah..jangan tinggalkan aku...

Wahai diri,

"Kenapa hati jadi sakit, kotor, kasar keras, buta atau terkunci?"

Jawapan kpd perso
alan tersebut tdk lain disebabkn oleh dosa yg kita lakukan sama ada sedar ataupun tdk. Dosa2 itulah yg mnjadi pnghalang taqarrub kita kpd Allah SWT. Dosa2 itulah yg mengeraskan hati kita hingga payah utk menerima ilmu, nasihat dan teguran. Dosa2 itulah yg mnjauhkan kita dr jalan kenenaran.

"Org yg paling lembut hatinya (hati yg tunduk dn patuh kpd Allah dn hati yg sejahtera) ialah org yg paling sedikit (minimum) dosanya,"~Makhul ad-Dimsyaqi

Justeru, dunia umumnya
dan ummah khasnya memerlukan insan2 yg lembut dan penyantun jiwanya supaya turun rahmat Allah.

Maka minimumkanlah dosa kita semoga Allah berlemah lembut dn berbelas kasihan dgn kita.

Wahai diri,

Pada setiap malam, sblm melabuhkan diri di kamar tidur, berbuatlah sesuatu yg boleh mengundang rahmat, kasih syg dan keampunan Allah ke atas diri kita. Boleh jadi, mata kita akn terpejam buat selama-lamanya.

Berusahalah pd setiap malam utk melapangkan minda dn jiwa kita dgn memberi kemaafan dgn mengungkapkan...

"Ya Allah Ya Tuhanku, mana-mana hamba-Mu, baik lelaki mahupun permpuan yg menyayangi diriku dn berdoakan utk keselamatanku, maka bimbinglah dn pimpinlah ia ke Jannatul Firdaus-Mu yg tinggi dan mana-mana hamba-Mu , baik lelaki mahupun perempuan yg pernah menzalimi, mengumpat atau memfitah diriku atau mengatakan sesuatu perkara yg tdk ada pd diriku, maka dgn lapang dada sepenuh redha memberikan kemaafan ke atas mereka setelusnya dan kuserahkan segalanya kepada-Mu Ya Allah"

Seandainya esok masih ada, InsyaAllah barakah memberikan sebuah kemaafan pd malam tadi akan di balas Allah SWT secara tunai buat dirimu berupa kebahagiaan dan ketenangan jiwa yg tdk dapat digambarkan.


Wahai diri,

Sudah mnjadi sunnahtullah di alam maya ini bahawa kesenangan akan datang selepas kesusahan, kegembiraan datang selepas kesedihan dan kelapangan datang sesudah kesempitan.

Usahlah mengharapkan nikmat kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraan dgn percuma.. segala nikmat Allah itu bertandang setelah mana diawali dgn pelbagai bentuk dugaan dan ujian.

Untuk mendapatkan keredhaan Allah, kita perlu menerima semua dugaan, ujian dan cubaan yang diberikan..tdk dapat dinafikan keperitan musibah dan dugaan duniawi ini, tetapi itulah jalan kpd keampunan Tuhan Yang Maha Agung.

Sabda Rasulullah SAW:"Seorang Mukmin akan tetap (berterusan) diberi cubaan, sampai dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikitpun" (Riwayat Bukhari)

Wednesday, March 14, 2012

Selagi Hayatmu Di Sini-Devotees

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah...

sungguh terkesan dengar lagu ni.

credit to : laili...

Salah satu sifat-sifat kesabaran yang paling penting adalah sentiasa bersabar dengan hati yang tenang. Yakin sepenuhnya bahawa semua kejadian yang Allah tunjukkan kepada kita dicipta dengan cara yang terbaik, dalam bentuk yang paling bijak.

Hati yang yakin akan ternampak di wajahnya, satu ketenangan dalam jiwa dan ucapannya. Di wajahnya muncul ketenangan yang disebabkan kesabarannya. Kata-katanya menunjukkan kematangan dan keyakinan kepada Allah.Seseorang yang menunjukkan kesabaran dengan sebaik-baik sabar sedar dia melakukan ibadah dan sedar bahawa dia bersabar untuk Allah.

Oleh itu, dia ikhlas dengan kesabaran ini. Sama seperti bagaimana seseorang bersyukur kepada Allah dengan kata-kata dan perbuatannya apabila dia mendapat banyak rahmat, dan menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang terbaik, begitu juga dia harus menghadapi situasi dimana dia harus bersabar dan bertindak dalam kesedaran bahawa ada keberkatan dari Allah


Orang beriman memiliki keteguhan hati yang tidak pernah berubah walau diuji atau dilimpahi nikmat. Hal ini menjadi karakter istimewa umat Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.Kita mesti berwaspada terhadap musibah yang datang tanpa diundang, tiba-tiba merampas kebahagiaan yang dimiliki. Waspada bermakna sedar diri, bangun dari mimpi dan berjaga-jaga agar tidak lalai kerana dunia, sehingga melupakan kuasa Allah. Seandainya kita ditimpa musibah seelok-eloknya dalam keadaan kita beriman dan mengingati Allah . Kerana saat itu menjadi penentu, siapakah diri kita sebenar di sisi Allah. Adakah kita orang yang kufur dengan nikmat-Nya atau orang yang banyak bersyukur walaupun kerap diuji


Wednesday, February 15, 2012

"Syurga itu benar" di dunia, kita hanya umpama "tetamu senja", tiba masanya kita akan pulang jua...jadilah tetamu senja yang menuju syurga.

Ketika perang Qadisiah, Sa;ad bin Abi Waqqah memerintahkan Rabi' bin Amir untuk menghadap Rustam, panglima perang Parsi. Rustam bertanya kepada Rabi' tentang tujuan kedatangan pasukan Islam ke negaranya. Dengan lantang Rabi' menjawab:

"Kami datang untuk membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah. Kami ingin membebaskan manusia dari dunia yang sempit menuju akhirat yang luas.Dan dari penzaliman kepada keadilan Islam"

Malangnya keadaan sebaliknya berlaku pada masa kini. Seruan panglima Rabi' bin Amir kepada tentera kafir itu "terkena batang hidung" umat Islam sendiri yang semakin alpa dengan kenikmatan dunia dan melupakan kenikmatan syurga.

Kita hakikatnya adalah "warganegara" akhirat, bukan dunia. Dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicptakan untuk akhirat. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang hakiki dan abadi. Di sana ada syurga dan neraka yang merupakan destinasi terakhir kembara setiap insan. Di situlah nanti manusia akan menemui keputusan muktamad, sama ada dalam nikmat yang berkekalan atau sebaliknya.

Ketika hidup di dunia, Allah telah banyak kali mengingatkan manusia agar tidak tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara. Nikmat atau azab di dunia ini sangat kecil berbanding nikmat di syurga atau azab di neraka. Allah mengingatkan dalam ayat-Nya yang bermaksud: "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui." (surah Al-'Ankabut:64)

Dunia ini boleh menjadi jambatan ke syurga atau neraka. Semuanya bergantung kepada keimanan dalam hati dan amalan bagi setiap anggota. Mereka yang yakin kepada hari akhirat dan mengharapakan syurga, akan menggunakan seluruh keupayaan untuk melakukan ketaatan. Dunia ini tempat untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala. Manakala mereka yang tidak yakin kepada hari kebangkitan akan mensia-siakan hidup dengan melakukan berbagai-bagai kederhakaan. Dunia menjadi tempat menjana dosa.

Orang ynag beriman bersiap sedia dengan pelbagai bekalan untuk berpindah ke akhirat sama seperti seorang yang hendak melancong ke luar negara. Jika di negara tempat tujuan itu dalam musim dingin, mereka bersedia dengan baju tebal. Jika di sana mata wang dolar diperlukan, mereka perlu menukar wang tempatan. Begitulah seharusnya kita bersedia untuk hidup di akhirat yang "pakaiannya" takwa, dan "mata wangnya" pahala.

Satu hari nanti pasti kita akan pergi tanpa kembali. Kita ni milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Pastikah kita kembali ke syurga bukan ke neraka?. Kenangkanlah saudara-saudara, kenalan dan sahabat-sahabat serta orang yang telah kembali terlebih dahulu daripada kita. Di mana mereka?. Apa nasib mereka sekarang?. Kita tidak tahu, tetapi yang pasti masa untuk mereka menyediakan bekalan sudah tamat. Mereka hanya menunggu keputusan muktamad.

Kita? Ya, buat kita, usia ini masih bersisa. Peluang bertaubat dan menyediakan bekalan masih ada. Setiap detik dalam hidup ini sangat berharga kerana itulah modal meraih pahala dan itulah jalan menuju syurga.

-Pahrol Mohammad Juoi-

are you like this? click here...hehe

rayuanku...