Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Showing posts with label Hijraturrasul: Ke arah penegakan Daulah Islamiyyah. Show all posts
Showing posts with label Hijraturrasul: Ke arah penegakan Daulah Islamiyyah. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Menjaga Rahsia Perjuangan


Para sahabat Rasulullah saw begitu amanah dan teguh pendirian mereka di dalam menjaga rahsia hijrah dan perjuangan Islam. Setelah tersedar dari lena mereka, musyrikin yang mengepung rumah Rasulullah saw merempuh masuk ke rumah Baginda saw. Setelah mendapati Saidina Ali r.a yang menggantikan tempat tidur Rasulullah saw, beliau diseret ke Kaabah dan di soal dan dipukul. Namun Saidina Ali r.a tetap mengatakan beliau tidak mengetahui di manakah Rasulullah saw. Berang dengan keadaan itu, musyrikin bergegas merempuh rumah Abu Bakar r.a pula. Abu Jahal terus menerpa Asma binti Abu Bakar dan menyoal beliau ke manakah perginya Rasulullah saw dan bapanya. Asma juga mengatakan beliau tidak tahu, lalu Abu Jahal menampar Asma sehingga tercampak subangnya. Begitulah hebatnya pengorbanan para sahabat menjaga rahsia perjuangan Rasulullah saw.

Hijraturrasul: Ke arah penegakan Daulah Islamiyyah
Part 4: Menjaga Rahsia Perjuangan

Susunan: Al-Faqir IlaLlah Abu Mukhtar Al-Jawi

Kebijaksanaan Dalam Mengatur Strategi


Setelah keluar dari rumahnya, Rasulullah saw menuju ke rumah Abu Bakar r.a dan mereka berdua kemudiannya meninggalkan Makkah. Rasulullah saw tidak terus menuju ke utara Makkah iaitu ke arah Yathrib, malah menuju ke selatan menuju ke Yaman dan bersembunyi di dalam gua di Bukit Thur untuk mengelirukan musuh.

Kebijaksanaan Rasulullah saw ketika mengagih-agihkan tugas kepada para sahabat yang terpilih.

  • Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan untuk datang ke gua Thur selepas tengah malam dan pulang sebelum subuh untuk menyampaikan maklumat terkini pergerakan musyrikin yang memburu Baginda saw.
  • Amir bin Fuhairah r.a pula ditugaskan memelihara kambing di sekitar bukit Thur bagi membekalkan susu disamping menutup jejak kaki Rasululah saw, Abu Bakar dan Abdullah r.a
  • Asma' binti Abu Bakar pula ditugaskan membawa bekalan makanan

Hijraturrasul: Ke arah penegakan Daulah Islamiyyah
Part 3: Kebijaksanaan Dalam Mengatur Strategi

Susunan: Al-Faqir IlaLlah Abu Mukhtar Al-Jawi

Thursday, November 18, 2010

Berserah dan meminta bantuan Allah


Sebelum memulakan hijrah, Rasulullah saw mengarahkan Saidina Ali r.a tidur di tempat Baginda saw. Pada ketika itu musyrikin telah mengepung keseluruhan rumah Rasulullah saw dan bersiap sedia untuk membunuh Baginda saw.

Dengan berdoa memohon bantuan Allah swt, Rasulullah saw mengambil segenggam debu lalu membaca ayat Allah swt:

"Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding(yang menghalang mereka daripada melihat), dan di belakang mereka dinding juga, lalu Kamu tutupkan pandangan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat"-(Yaasin:9)

Lalu ditiup debu tersebut, maka dengan izin Allah swt, musyrikin yang mengepung rumah Rasulullah saw nyenyak tidur
.

Hijraturrasul: Ke arah penegakan Daulah Islamiyyah
Part 2: Berserah dan meminta bantuan Allah

Susunan: Al-Faqir IlaLlah Abu Mukhtar Al-Jawi

Berwaspada merancang perjalanan hijrah



Rasulullah saw berhijrah ke Madinah setelah menerima wahyu iaitu satu perintah Allah swt untuk berhijrah meninggalkan kota Makkah. Dengan keadaan yang sentiasa menjadi perhatian perisik-perisik musyrikin, Rasulullah saw datang ke rumah Abu Bakar r.a dengan berselubung ketika siang hari yang panas(waktu lazimnya masyarakat Quraisy tidur). Setelah berwaspada dan memastikan keadaan rumah Abu Bakar r.a selamat dari intipan musuh, Rasulullah saw membentangkan perancangan hijrah Baginda saw secara rahsia kepada para sahabat yang terpilih.


Hijraturrasul: Ke arah penegakan Daulah Islamiyyah
Part 1: Berwaspada merancang perjalanan hijrah

Susunan: Al-Faqir IlaLlah Abu Mukhtar Al-Jawi

are you like this? click here...hehe

rayuanku...