Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Monday, July 22, 2013

Jadilah Pejuang Islam Yang Sejati

PerLUnYA BErjuaNG (pOLitiK )
Antara bait-bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak kepada Fudhail bin Iyad, mengajak menyertai berperang di medan pertarungan. Fudhail bin Iyad adalah lambang seorang pejuang sufi sebenar, bukan sekadar berada di tikar sejadah tetapi turun ke medan perperangan. Sama-samalah kita perhatikan makna bait kata syair ini.Fudhail bin Iyad adalah ulama` besar yang menghabiskan masanya dengan beribadah di dua tanah haram. Abdullah bin Mubarak pula ulama` yang setahun sekali akan pergi perang.
Wahai para ahli ibadah di dua tanah haram
Kalau kamu menyaksikan kami
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Kamu bermain-main dalam ibadah
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras
Kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara batil
Sesungguhnya kuda-kuda kami penat
dalam melakukan penyerbuan dan peperangan
Bau wangi-wangian menjadi milikmu
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu jalanan
Telah datang kepada kami sabda nabi
Sabda yang benar jujur dan tidak bohong
Tidak sama debu kuda-kuda Allah
Di hidung seseorang dan asap yang menyala-nyala
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami
Bahawa orang mati syahid tidak diragukan lagi
Tidak sama dengan orang mati biasa.
“Kamu [umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: 110)
surah An-Nisa’ ayat 75 :
وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا
وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا
Ertinya :
Mengapa kamu semua tidak berjihad di jalan Allah sedangkan golongan yang lemah samada lelaki dan perempuan dan anak-anak, masing-masing berkata Ya tuhan kami keluarkanlah kami dari negeri kami yang mana penduduknya melakukan kezaliman ini dan berilah kami pelindung dan penolong dari sisimu.
Ingatlah kita dilahirkan bukan untuk mencari kesenagan diri sendiri, tetapi kita dilahirkan untuk manusia. Lahirnya kita sebagai orang islam bukan hanya duduk ditikar sejadah, bukan hanya menuntut ilmu sahaja. Akan tetapi hidupnya kita dimuka bumi ini adalah untuk membela nasib manusia. Berapa ramai manusia diluar sana yang perlukan bantuan kita?
Ingatlah firman ALLAH SURAH AN-NISA`.
وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا
وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا
Ertinya :
Mengapa kamu semua tidak berjihad di jalan Allah sedangkan golongan yang lemah samada lelaki dan perempuan dan anak-anak, masing-masing berkata Ya tuhan kami keluarkanlah kami dari negeri kami yang mana penduduknya melakukan kezaliman ini dan berilah kami pelindung dan penolong dari sisimu.

Friday, December 28, 2012

Kanvas kehidupan...




Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

Tuesday, December 18, 2012

Bersangka Baik





Bismillah wal hamdulillah..

Didoakan moga sahabat-sahabat, muslimin muslimat berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH swt..

Sekadar coretan dari hati dalam mencari kekuatan..

Benarkah orang yang bersangka baik dan sentiasa meletakkan sangkaan baik mendahului sangkaan buruk adalah orang yang sabar?

..InsyaALLAH..bersangka baik ada kaitannya dengan sabar. Bahkan jika difikir-fikir, dekat sangat.. Bukan mudah untuk bersangka baik kerana ianya melibatkan hati. Perlu mendidik hati. Dan kita tidak akan mampu mendidik hati untuk bersabar melainkkan dengan memandang dengan sangkaan yang baik…

Tertarik dengan kata2 Nabi Yaakob a.s…"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,.”.(Surah Yusuf;86)

Orang yang sentiasa bersangka baik dengan ALLAH akan sentiasa juga bersangka baik dengan manusia. Dan salah satu sunnah serta adab Rasululullah saw; senyumannya mendahului kemarahannya..=)

Subhanallah wa astaghfirullah…

Hm..adakah kita bersangka baik waktu2 ini?

· …kita menyapa orang yang selalu bersama kita, namun tiba2 satu hari beliau mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan mata.Sedihnya..

· ..…makanan yang memang kita lama dah idam-idamkan, dalam kata lain, mengidam. Susah nak dapat ni.. -Bila sudah disedia secara tidak sengaja pula ditumpahkan adik?....

· ….perkara yang kita rancang dan laksanakan, namun bila hampir selesai tiba2 tegendala disebabkan oleh sebab-sebab tertentu?..

· ..tugasan yang kita laksanakan dan perlu hantar telah siap dikemaskini dan disimpan dalam pendrive untuk diprint, namun tiba2 saja pendrive tersebut hilang dan kebetulan tiada pula salinan yang lain.

· ….berulang-ulang kali kita berpesan pada sahabat agar menunggu kita kerana banyak perkara kena selesaikan bersama namun last minit beliau mesej mengatakan bahawa beliau tidak dapat bersama kita…

· …orang kita harap-harap untuk melakukan sesuatu perkara tiba2 bertindak sebaliknya..

· ..sahabat yang paling baik dengan kita,paling memahami dan sentiasa bersama suka dan duka tiba2 sahaja mendiamkan diri dan tidak bertanya pula khabar kita….

· …doa yang dipanjatkan pada ALLAH dengan bersungguh dan sepenuh hati.. namun tidak jua kunjung hasilnya….

· Kita banyak melakukan kebaikan, hubungan dengan ALLAH dan insani juga sangat dijaga,namun seringkali kita diperlaku dan dilayan dengan sebaliknya..

Duhai diri dan sahabat…

Mungkin pernah kita berada dalam situasi ini.. seringkali juga mungkin lintasan pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam kedaan ini adalah negatif. Sedih… rasa terkilan juga hadir. Kenapa berlaku begini..?..apa salah diriku?..tentunya pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih.. kerana itulah fitrah insani. Namun bukan berlebihan.. Tidak mengapa jika cepat2 lintasan tesebut kita padamkan dangan dengan sangkaan lebih baik. Kerana itulah sifat seorang mukmin..

“..sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati..(yunus;622)

Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH..Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa ALLAH bersama dengannya.Bukankah ALLAH itu bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar Rahim (Maha Pengasihani)?ALLAH kasih akan hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba,di sisi ALLAH, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada ALLAH.. jua tidak ‘menuduh’ ALLAH dengan tuduhan yang tidak baik.Baik secara langsung atau tidak langsung..

“….. dan bahwasanya Dialah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis..”,(An Najm;43)

…jika kita memohon pada ALLAH namun pinta yang ada belum lagi ditunaikan, bersangka baiklah bahawa belum sampai waktunya lagi ALLAH mengabulkan doa kita. Kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita..mungkin saat itu hasrat tersebut tidak begitu baik untuk kita. Mungkin ada perkara yang lebih baik di siSi ALLAH yang ALLAH ketahui untuk kita. Mungkin jua ALLAH sudah memakbulkan doa kita, namun kita yang tidak menyedari kerana ALLAH makbulkan doa kita pada bentuk yang lain..

.. dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(Al Baqarah;186)
YAKIN dengan ALLAH dan jangan PUTUS ASA dalam berdoa. Kerana kata ibnu ‘ataillah; …doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah hidayah daripada ALLAH.. Bukti sifat pengasih ALLAH, ALLAH yang memberi kita petunjuk untuk berdoa dan ALLAH jua yang akan mengabulkan doa tersebut.Dan tanda doa itu akan dimakbulkan ALLAH jika kita khusyuk dan yakin dengan doa tersebut.. Sebagai hamba kita perlu menyedari bahawa kita berdoa bukan untuk memberitahu hajat kita pada ALLAH. Kerana ALLAH telah sedia mengetahui hajat kita.. namun kerana menyedari bahawa kita adalah hambNya yang lemah..

..Jika dalam muamalat insani kita sering dilayan dengan sebaliknya dan kebaikan yang kita beri,harapkan, dibalas dengan sebaliknya, bersangka baiklah bahawa kita mungkin belum lakukan yang terbaik lagi..Letakkan Qudwah dan sunnah Rasulullah saw di hadapan diri. InsyaALLAH ketenangan itu pasti akan hadir..Tidak rugi melakukan kebaikan kerana ianya tetap tercatat dalam catatan amalan.Hasil dan natijahnya pasti akan ada di akhirat kelak..

InsyaALLAH..mafhum ayat Al Quran; bahawa kita semua SEDANG kembali pada ALLAH..Cuma kita tidak mengetahui perpisahan rasmi dengan alam dunia ini bila dan bagaimana.. Selagi ada kesempatan , moga ALLAH sentiasa menganugerahkan taufiq dan hidayahNya untuk kita perbaiki diri dalam menyediakan bekalan untuk dibawa ke sana..

..Kami Amat Memerlukan Belas Kasih,Rahmat Darimu Ya Allah..

Amin Ya Rabbal 'alamin..

Friday, November 30, 2012

Hidupkan HATI mu kembali...




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


...InsyaALLAH untuk renungan bersama dalam menuju ALLAH
~iman itu bertambah dan berkurang~

kata2 Rasulullah saw
...Sebagai insan biasa, inilah kita
kadang2 kita rasa dekat dengan ALLAH
dan kadang2 kita rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hati kita
rasa jauh dengan ALLAH
...InsyaALLAH
...itu tandanya hati kita masih hidup untuk merasa
.sama2 kita muhasabah bagaimana iman kita

:Firman Allah swt 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih"
bertambah tambah bersih dengan ilmu dan amal kebajikan
dan sesungguhnya hampalah orang orang yang menjadikan dirinya sedia
"bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kokotoran maksiat 
(Surah al-Syams : 9-10)

Sabda Rasulullah saw...
'Iman ialah apabila kamu melakukan kebaikan, kamu merasa senang,
dan apabila kamu melakukan kejahatan, kamu merasa sedih...'
(Hadith)

Dalam meniti perjalanan hidup, kadang2 perlu juga untuk kita menekan butang ‘pause’...
berhenti seketika untuk melihat dan mengukur kembali perjalanan yang pernah dilalui.
Apa dan di mana yang kurang, atau melihat di mana yang mungkin terlebih..
Melihat dan membaiki sesuatu yang kita baru lepasi itu lebih mudah daripada membaiki sesuatu yang sudah terlalu jauh kita tinggalkan bahkan menjadi sebati dengan diri kita..

Apatah lagi kejadian sebagai seorang muslimat yang mudah melakukan kesalahan
dan menjadi fitnah.. Kadang2 tanpa sedar kita buat kesalahan yang kita tahu..
 kata2 untuk diri sendiri terutamanya.
Rasulullah saw juga menuturkan bahawa golongan yang paling banyak di dalam neraka kelak adalah kaum wanita.. Moga ALLAH sentiasa memberi taufiq dan hidayah untuk kembali padaNya setiap kali melakukan kesalahan dan menerima taubat yang ada...

Pesanan yang saya cuba pegang sentiasa;
Jangan memandang rendah pada dosa dan kesalahan yang kecil, kerana belum tentu amalan kebaikan kita yang ada dapat menampung azabnya di akhirat kelak..
Juga kesan dosa yang sedikit itulah bakal menghakis keberkatan hidup yang ada.
Mungkin memberi kesan pada orang sekeliling yang kita sayangi,
mungkin juga pada kehidupan kita yang akan datang dan sebagainya.
Mujahadah dalam menjaga dan mendidik diri ke arah yang diredha...

Biarkan hati berbicara seikhlasnya...kerana yang mengetahui diri kita adalah kita sendiri dan ALLAH...

 Tidak usah mencari jalan keluar diluar dari dirimu
kerana jalan keluar dari setiap
permasalahan ada dalam dirimu sendiri ada dalam hubunganmu dengan Allah                                      
            
"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita,
 akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan
"mengikuti Kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak
(kata2 Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahari al-Bantani)

Renungan hadith Rasulullah saw:

Dari Abdur Rahman Bin Jabir daripada Abi Thowil :
Telah datang seorang tua yang sangat tua sehinggakan dahinya telah menutup kedua belah matanya,dan dia bertopang menggunakan tongkat sehinggalah dia menghadap nabi sallallahu alaihi wassalam lalu berkata: Apakah pandanganmu tentang seorang lelaki yang berbuat berbagai jenis dosa dan tidaklah dia meninggalkan apa dosa pun untuk dilakukanya walau kecil jua yang besar semuanya dia lakukan yang mana jikalau dosa-dosanya itu dibahagi-bahagikan kepada penghuni dunia ini akan hancurlah mereka,
maka adakah untuknya taubat?? Maka berkatanya baginda nabi : Apakah kamu islam? Lelaki tua itu pun berkata: Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya dikau utusan Allah,baginda pun berkata: perbuatlah dikau kebaikkan dan tinggalkanlah kejahatan maka Allah akan tukarkan segala dosa-dosa itu kepada kebaikkan seluruhnya, dan berkata: begitu juga segala kecuranganku dan kejahatan-kejahatanku? Baginda berkata: Ya, dia berkata :
Allahu Akbar, dan dia berterusan bertakbir sehinggalah dia menghilang dari pandangan kami”
 (hadith riwayat Imam At-Thobrani dan Al-Bazzar)

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., 
Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:
Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golongan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa"

...Ampuni hamba,kedua ibu bapa hamba,adik beradik hamba dan seluruh ummat Muhammad


ya Allah...

Sunday, August 5, 2012

diuji lagi...





Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…


Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 


Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.


Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting. 


Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji... 
jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!





 
Apa yang anda lihat pada lukisan di atas? 

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi

P/s: Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’.

Al-Mujahid itu

Aku mampu membayangkan
Al-Mujahid itu sebagai lelaki
yang sentiasa membuat persiapan,
Menyediakan bekalan,
Berupaya menguasai fikiran
yang memenuhi setiap sudut jiwa
Dan segenap jurusan hatinya.

Dia sentiasa berfikir
Dan menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap persiapan yang terus-menerus.
Apabila diseru, dia menyahut.
Apabila dipanggil, dia menjawab.

Pulang dan perginya,
Perkataan dan bicaranya,
Kesungguhan dan gurauannya
Tidak melampaui bidang
yang disediakan untuknya.
Dia tidak mengambil tugas
selain daripada yang telah diletak
atau dituntut ke atasnya.
Dia berjihad di jalannya.

Kamu dapat membaca
dari garis di wajahnya,
Melihat pada kilauan matanya
Dan mendengar pada gerakan lidahnya
Segala yang bergelora dalam hatinya
Berupa hawa yang melekat,
Kesakitan yang terpendam,
Keazaman yang benar,
Kesungguhan,
Cita-cita yang tinggi
Dan matlamat yang jauh
sentiasa memenuhi jiwanya

(Kalam asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna)

are you like this? click here...hehe

rayuanku...