Ketika perang Qadisiah, Sa;ad bin Abi Waqqah memerintahkan Rabi' bin Amir untuk menghadap Rustam, panglima perang Parsi. Rustam bertanya kepada Rabi' tentang tujuan kedatangan pasukan Islam ke negaranya. Dengan lantang Rabi' menjawab:
"Kami datang untuk membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah. Kami ingin membebaskan manusia dari dunia yang sempit menuju akhirat yang luas.Dan dari penzaliman kepada keadilan Islam"
Malangnya keadaan sebaliknya berlaku pada masa kini. Seruan panglima Rabi' bin Amir kepada tentera kafir itu "terkena batang hidung" umat Islam sendiri yang semakin alpa dengan kenikmatan dunia dan melupakan kenikmatan syurga.
Kita hakikatnya adalah "warganegara" akhirat, bukan dunia. Dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicptakan untuk akhirat. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang hakiki dan abadi. Di sana ada syurga dan neraka yang merupakan destinasi terakhir kembara setiap insan. Di situlah nanti manusia akan menemui keputusan muktamad, sama ada dalam nikmat yang berkekalan atau sebaliknya.
Ketika hidup di dunia, Allah telah banyak kali mengingatkan manusia agar tidak tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara. Nikmat atau azab di dunia ini sangat kecil berbanding nikmat di syurga atau azab di neraka. Allah mengingatkan dalam ayat-Nya yang bermaksud: "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui." (surah Al-'Ankabut:64)
Dunia ini boleh menjadi jambatan ke syurga atau neraka. Semuanya bergantung kepada keimanan dalam hati dan amalan bagi setiap anggota. Mereka yang yakin kepada hari akhirat dan mengharapakan syurga, akan menggunakan seluruh keupayaan untuk melakukan ketaatan. Dunia ini tempat untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala. Manakala mereka yang tidak yakin kepada hari kebangkitan akan mensia-siakan hidup dengan melakukan berbagai-bagai kederhakaan. Dunia menjadi tempat menjana dosa.
Orang ynag beriman bersiap sedia dengan pelbagai bekalan untuk berpindah ke akhirat sama seperti seorang yang hendak melancong ke luar negara. Jika di negara tempat tujuan itu dalam musim dingin, mereka bersedia dengan baju tebal. Jika di sana mata wang dolar diperlukan, mereka perlu menukar wang tempatan. Begitulah seharusnya kita bersedia untuk hidup di akhirat yang "pakaiannya" takwa, dan "mata wangnya" pahala.
Satu hari nanti pasti kita akan pergi tanpa kembali. Kita ni milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Pastikah kita kembali ke syurga bukan ke neraka?. Kenangkanlah saudara-saudara, kenalan dan sahabat-sahabat serta orang yang telah kembali terlebih dahulu daripada kita. Di mana mereka?. Apa nasib mereka sekarang?. Kita tidak tahu, tetapi yang pasti masa untuk mereka menyediakan bekalan sudah tamat. Mereka hanya menunggu keputusan muktamad.
Kita? Ya, buat kita, usia ini masih bersisa. Peluang bertaubat dan menyediakan bekalan masih ada. Setiap detik dalam hidup ini sangat berharga kerana itulah modal meraih pahala dan itulah jalan menuju syurga.
-Pahrol Mohammad Juoi-
"Cinta adalah hadiah dari Allah untuk dinikmati semua insan... maka bangunkan cinta yang sejati yang terpendam dalam jiwamu yang wujud saat penciptaanmu... dan tetap teruslah Cinta itu wujud dalam dirimu mewajahkan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan... pandanglah dengan cahaya, nescaya jiwamu akan melihat cintaNya... yang meliputi dengan cinta itu, engkau sebarkan pada kehidupan di sekelilingmu..." ~Allahumma shalli ala Muhammad wa ala ali Muhammad~
Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)
Wednesday, February 15, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, December 13, 2011
Tuesday, November 1, 2011
Ku mohon HATI yang BERSIH Ya ALLAH...
Peringatan kepada semua lelaki :
"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)
peringatan buat diri yg lemah ini jua:
... ''jangan kamu cuba membuatkan seseorang lelaki itu tersentuh hatinya akan kamu"
tiada pengakhiran, tanpa permulaan,
tiada hati yang disentuh tanpa minta utk disentuh
semuanya bermula drpd kedua2nya..
andai tiada yg memulakan,
dan
andai tiada yg membuka ruang utk memulakannya
pastinya lahir:
MUSLIMIN yg kukuh imannya
MUSLIMAT yg terjaga maruahnya
moga Allah menjaga kedua2nya selagi mana mereka minta utk dijaga oleh Allah..
Jangan sampai cinta fitrah menjadi fitnah.
Jangan sampai hilang keberkatan bahtera yang bakal di bina.
Apalagi bahtera itu bahtera dakwah.
Penuh dengan tanggungjawab yang besar.
Bukan sahaja untuk membina sebuah keluarga bahagia, tetapi menjadikan keluarga mangkin terus bergerak dalam arena dakwah.
Suami imam yang tidak sekadar memimpin solat, tetapi mampu membawa ahli keluarga memimpin ummah.
Si isteri pula bukan sekadar menjadi solehah kerana taat kepada suami dan menjadi ibu mithali kepada cahaya mata, tetapi mampu memimpin para isteri dan ibu yang lain untuk turut sama menjadi isteri solehah dan ibu mithali.
Bahkan zuriat yang dilahirkan telah diasuh dan terasuh jiwanya dengan roh dan semangat perjuangan untuk menegakkan Dinullah agar terus memayungi buana.
Tatkala melantunkan ayat kedua dan ketiga dalam surah As-Saff:
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu per buat?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Bertambah sesak nafasku..bergetar jiwaku dengan ancaman kebencian itu..
Apalah erti dunia dan seisinya andai hidup berteman kebencian Sang Pencipta. Tanpa kasih sayang dan rahmat-Nya, pasti saja hidup seakan mati yang belum mati..
“Ya Allah, anugerahilah aku untuk mencintaiMu, dan mencintai orang yang berguna bagiku cintanya pada sisiMu.Ya Allah, apa yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dari apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia menjadi kekuatan buatku untuk melakukan apa yang Engkau sukai dan apa yang telah Engkau cabut dariku apa-apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia sebagai kelapangan terhadap apa yang Engkau sukai pula"
Sunday, October 23, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Ada Allah di Hatimu?
Hati kecil berbisik.
“Apa perlu untuk aku ceritakan masalah ni pada dia? Dia pun manusia biasa macam aku,tentu dia ada masalahnya sendiri,takkan aku perlu bebankan dengan masalah aku pula?”
“Tak apalah, baik aku simpan saja. Orang lain tak perlu tahu”,sambil tangan membelek-belek buku berkaitan manhaj perjuangan yang baru saja dibelinya petang tadi. Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu bahagian helaian muka surat. Terselit di situ satu nukilan cinta Allah yang bermaksud:
(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. (surah Yusuf:86)
Diteliti ayat itu berkali-kali, tiba-tiba bergenang air matanya. Terasa sejuk bila air mata itu membasahi pipinya. Air mata keinsafan barangkali,dan mungkin itulah juga butir-butir mutiara yang gugur dek kerana terasa kehangatan cinta itu mula menyelam ke dasar hatinya.
“Aku lupa pada apa yang sepatutnya aku tak boleh lupa”.
“Aku lupa bahawa aku ada Allah”.
“Kalau aku mengadu pada manusia,barangkali ada yang sudi mendengar,dan ada juga yang mencari alasan untuk membebaskan diri dari menjadi tempat tadahan masalah aku. Kalau Allah…tentu sekali Allah takkan menolak untuk mendengar rintihan aku…malah Allah suka mendengar permintaan dan rintihan aku,serta sekalian hambanya”, getus hatinya lagi.
Lantas teringat akan ayat-ayat Allah dari surah al Ghafir,ayat 60 yang bermaksud:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’’
‘’Alhamdulillah…’’
‘’Terima kasih ya Allah. Aku dapat rasakan, hikmah ayat-ayatMu seolah-olah sedang berbicara denganku’’
‘’…walaupun aku sedar, tidak layak atas aku untuk dilayan sebegini’’.
‘’Adakah layak seorang hamba yang sentiasa saja berbuat kesilapan dilayan dengan begitu baik oleh tuannya?’’
Adakah aku masih dapat bekerja dengan majikanku jika setiap hari pasti ada saja kesilapan yang dilakukan semasa melakukan kerja?’’
‘’tentu sekali tidak’’
‘’…tapi Allah?’’
‘’aku hambaNya, Allah tuhan aku…’’
‘’ada masa aku lupa, ada masa aku ingat padaNya, tapi Allah tak pernah lupa pada hambaNya,malah dengan sifat rahman dan rahimNya itulah yang membuatkn hambaNya termasuk aku masih dapat merasai nikmat cinta dan kasih sayang’’
‘’…sungguh benar, Allah itu dekat dengan hambaNya….
Firman Allah swt bermaksud:
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. (al Baqarah:186)
‘’Apa lagi alasan yang ingin aku berikan untuk sentiasa tunduk dan patuh pada suruhanMu ya Allah? Engkau sentiasa sahaja bersama dengan hambaNya, malah ingatan dan pengetahuanNya terhadap hambaNya tidak pernah luput walau sesaat.’’
Adakah adil bagi jika aku sebagai hambaNya,hanya meletakkan ingatan pada Allah apabila tiba waktu susah? Apabila diuji dengan sedikit kesakitan, kesusahan, keresahan, dan kegelisahan baruku mula mencari Allah? Di mana Allah waktu aku senang? Di mana Allah waktu aku sihat? Di mana Allah waktu aku gembira? Betapa zalimnya aku pada Allah.
Dirinya terfikir sejenak, apa kita tidak malu untuk meminta pada Allah dengan berbagai permintaan tatkala kita berada dalam kesempitan, sedangkan Allah hanya meminta satu sahaja dari kita iaitu untuk tunduk dan patuh kepadaNya.
from blog: http://bingkisanhamba.blogspot.com/2011/10/ada-allah-di-hatimu.htm
from blog: http://bingkisanhamba.blogspot.com/2011/10/ada-allah-di-hatimu.htm
Wednesday, October 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


