Terima Kasih krn sudi FOLLOW blog saya (^_^)

Wednesday, August 18, 2010

Kolej Matrikulasi Selangor

Taklimat Fasilitator

Taklimat daripada Tuan Haji Yusof

Taklimat daripada Tuan Haji Yusof

Para fasilitator

Para fasilitator

Para fasilitator telah mula hadir untuk membantu proses sepanjang MPPB 2010 sejak dari 5 Mei. Para fasilitator adalah terdiri daripada bekas pelajar dari kolej matrikulasi yang ada di semenanjung Malaysia iaitu Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Mereka akan diserapkan dalam pelbagai AJK yang berkaitan seperti AJK Sukan dan Riadah, AJK Keselamatan, Urusetia dan lain-lain lagi.

Kehadiran mereka ke Kolej Matrikulasi Selangor adalah amat dihargai.


Persiapan tempat

En. Shaharudin memantau fasilitator mengangkat buku perancangan pelajar

En. Shaharudin memantau fasilitator mengangkat buku perancangan pelajar

10.26 pagi – Para fasilitator bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan MPPB berjalan dengan lancar pada hari Isnin akan datang. mppb’10/a.naeeim

Fasilitator bekerjasama menyusun kerusi di Dewan Antares.

Fasilitator bekerjasama menyusun kerusi di Dewan Antares.

10.40 pagi- Dewan Antares bakal digunakan bagi sesi taklimat waris pada hari pendaftaran. mppb’10/a.naeeim

Hari Pertama

6.20 pagi- Sebuah bas yang membawa 25 orang pelajar termasuk waris dari Pulau Pinang tiba di depan pondok pengawal. mppb’10/a.naeeim

6.30 pagi- Lindessy Bt Long Roslee adalah pelajar pertama yang tiba pada hari pertama pendaftaran KMS. Beliau sedang dibantu oleh fasilitator yang juga telah bersedia sejak awal pagi lagi. mppb’10/a.naeeim

6.56 pagi - Para pelajar dan ibu bapa telah mula datang ke Kolej Matrikulasi Selangor seawal pukul 6.00 pagi lagi. mppb’10/mohdwahidi

7.05 pagi- Polis trafik IPD Banting tiba untuk menyumbang khidmat mereka bagi memastikan kelancaran aliran lalu-lintas di KMS dan kawasan-kawasan sekitarnya. mppb’10/a.naeeim

7.01 pagi – Para fasilitator untuk AJK Keselamatan memakai baju keselamatan untuk memudahkan para ibu bapa mengenali AJK. mppb’10/mohdwahidi

7.06 pagi- Kenderaan ibubapa pelajar memasuki perkarangan KMS bagi sesi pendaftaran yang akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi. mppb’10/a.naeeim

7.08 pagi - Keadaan yang hening di pagi yang agak mendung. mppb’10/mohdwahidi

7.10 pagi – Para fasilitator berkumpul di Dataran Kosmik untuk taklimat sebelum pendaftaran bermula. mppb’10/mohdwahidi

8.05 pagi – Para pelajar baru berkumpul di Dewan Andromeda untuk mendapatkan borang perjanjian dan dokumen lain. Kehadiran mereka ke Kolej Matrikulasi Selangor adalah amat dialu-alukan. mppb’10/mohdwahidi

8.09 pagi - Pelajar baru, Lee Ming Wei, mendaftar dalam sistem MIS bersama Puan Boo Ya Chin. mppb’10/mohdwahidi

8.15 pagi - Pelajar perempuan mendaftar kemasukan ke asrama perempuan 3 iaitu Asrama Vega. Terdapat 3 asrama perempuan dan 2 asrama lelaki di Kolej Matrikulasi Selangor. mppb’10/mohdwahidi

8.19 pagi – Pelajar menyemak dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di Kaunter Semakan. Kaunter Semakan adalah kaunter kedua sebelum pelajar dapat mendaftar sistem MIS dan asrama. mppb’10/a.naeeim

8.31 pagi - Ibu bapa dan saudara-mara berkumpul di khemah yang disediakan dihadapan bangunan pusat sumber (Al-Zarqali). mppb’10/mohdwahidi


Pelajar dengan nombor pendaftaran pertama


Noor Syuhaidah Bt Mohd Jaafar merupakan pelajar dengan nombor pendaftaran yang pertama. Salah seorang fasilitator jawatankuasa dokumentasi mengikuti perkembangan beliau sehingga akhir sesi pendaftaran pelajar. Senyuman teserlah jelas kelihatan diwajah manisnya.mppb’10/a.naeeim

7.45 pagi- Pelajar yang bernama Noor Syuhaidah Bt Mohd Jaafar bersama ibubapa tercinta di perkarangan blok pendaftaran. Ibubapa beliau berbesar hati melepaskannya untuk melanjutkan pelajaran beliau di KMS. Terpancar kesedihan di mata seorang ibu untuk melepaskan anak bongsunya itu.mppb’10/a.naeeim

8.00 pagi- Sesi pendaftaran pelajar baru bermula di Bangunan Andromeda. Cuaca yang mendung memudahkan lagi perjalanan sesi pendaftaran. mppb’10/a.naeeim

8.20 pagi- Sesi taklimat sebelum pendaftaran khusyuk didengar oleh bakal para pelajar KMS. Mereka terbayangkan masa depan yang cerah menanti mereka.mppb’10/a.naeeim

8.30 pagi- Sesi ‘spot-check’ kekemasan diri oleh fasilitator bertugas. mppb’10/a.naeeim

8.35 pagi- Proses pendaftaran melalui perkomputeran oleh Pn. Nur-ul Huda (pensyarah Biologi) di Bangunan Al-Zarqali.

mppb’10/a.naeeim

8.40 pagi- Penyerahan slip bank kepada fasilitator bertugas di Dewan Al-Zarqali. mppb’10/a.naeeim

8.42 pagi- Penyerahan slip pendaftaran oleh fasilitator kepada beliau. Menempatkan beliau di asrama perempuan satu (Asrama Mira). mppb’10/a.naeeim

8.45 pagi- Selesai sudah sesi pendaftaran, beliau dan ibupabanya menuju ke Asrama Mira. Cuaca yang cerah melancarkan lagi sesi pendaftaran pada pagi itu. mppb’10/a.naeeim

8.50 pagi- Penyerahan kunci bilik kepada pelajar oleh pegawai yang bertugas. mppb’10/a.naeeim

9.00 pagi- Serahan barang keperluan seperti beg, cadar, T-shirt, buku program, buku panduan Program Matrikulasi, buku peraturan, planner, tali leher atau skarf dan air mineral. mppb’10/a.naeeim

9.05 pagi- Sesi fotografi dijalankan bagi kad matrik yang bakal diberikan kepada pelajar baru di bangunan Asrama Mira. mppb’10/a.naeeim

10.30 pagi- Pengarah yang dihormati Datin Maharom Bt Mahmood dan Timbalan Pengarah iaitu Datin Hajah Roslina Bt. Abdul Rashid meninjau kawasan pendaftran di bangunan Al-Zarqali. Walaupun sibuk dengan urusan lain beliau masih sudi memantau pelajar baru mendaftar. mppb’10/a.naeeim


Hari Pertama: Taklimat MPPB oleh KJPP

5.00 petang- Sesi taklimat oleh Tuan Haji Yusof B. Samad dengan kehadiran Pengarah KMS, Datin Hajah Maharom Bt. Mahmood diiringi Timbalan Pengarah , Datin Hajah Roslina Bt. Abdul Rashid bertempat di Astaka. Tuan Haji Yusof B. Samad menerangkan tentang objektif keseluruhan Minggu Pengurusan Pelajar Baru bagi sesi 2010/2011. mppb’10/mohdwahidi

5.30 petang- Pada petang yang indah itu fasilitator yang bertugas dan para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya ketika taklimat diberikan oleh Tuan Haji Yusof sehingga penghujungnya. mppb’10/filzah

5.40 petang- Walaupun fasilitator kepenatan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, mereka tetap bersemangat dan sedia menghulurkan bantuan kepada para pelajar dan pensyarah. mppb’10/filzah

5.50 petang- Pada sesi taklimat ini, para pelajar merujuk jadual bagi minggu orientasi yang dijalankan selama seminggu. Walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat mereka sanggup berkongsi jadual bersama.

6.10 petang- Masih kelihatan kenderaan ibubapa yang setia menunggu anak-anak kesayangan mereka menghabiskan sesi taklimat pada petang itu. mppb’10/filzah

6.15 petang- Tuan Haji Yusof B. Samad amat prihatin akan keadaan dan keselamatan para pelajar yang disayangi. Walaupun seharian suntuk sibuk menguruskan sesi pendaftaran pelajar, beliau tetap turun padang untuk sesi taklimat bersama para pelajar. mppb’10/ajila

6.30 petang- Para pelajar mendengar pengumuman yang disampaikan oleh fasilitator yang bertugas sebagai pengerusi majlis. Mereka diperhatikan oleh dua orang lagi fasilitator yang sempat meneguk air minuman Twister yang sangat menyegarkan itu. mppb’10/afiqah

6.35 petang- Ketua Fasilitator iaitu Megat Ahmad Danial B. Mazalan sedang memberikan beberapa peringatan kepada para pelajar agar sentiasa menepati masa dan berdisiplin sebelum memberi kebenaran pulang ke asrama masing-masing. mppb’10/mohdwahidi

6.40 petang- Pelajar lelaki tetap bersemangat memberikan perhatian mereka kepada nasihat yang diberikan oleh fasilitator walaupum hari semakin senja. mppb’10/a.naeeim

9.00 malam- Tuan Haji Mohd. Yusof B. Samad sedang memberikan taklimat kepada para pelajar mengenai kolej kediaman. Beliau berharap agar para pelajar menjaga kemudahan yang disediakan oleh pihak matrikulasi. Selain itu, beliau juga mengingatkan agar para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di matrikulasi. mppb’10/a.naeeim

9.30 malam- Dewan Antares merupakan bangunan utama yang digunakan bagi majlis-majlis rasmi seperti Taklimat Bersama Pengurusan dan Pengetua Kolej Kediaman. Bangunan yang tesergam indah ini mampu memuatkan pelajar sebanyak 2500 pelajar. mppb’10/mohdwahidi

9.40 malam- Majlis rasmi ini dihadiri oleh Ketua Jabatan setiap unit pentadbiran dan Ketua Felo setiap bangunan asrama lelaki dan perempuan. Ketua Felo setiap asrama lelaki dan perempuan iaitu Asrama Mira,Asrama Polaris,Asrama Vega,Asrama Canopus, Asrama Capella diperkenalkan kepada para pelajar bagi menyenangkan setiap urusan pelajar. mppb’10/a.naeeim

9.45 malam- Para pelajar diberi penerangan mengenai peraturan dan pegurusan pelajar baru sesi 2010/2011 yang merupakan ‘batch’ pertama menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Selangor. Buku berwarna merah jambu itulah mengandungi informasi tentang sejarah Kolej Matrikulasi Selangor. mppb’10/a.naeeim


Hari Kedua: Bahagian 1

7.00 pagi- Para pelajar berkumpul di Astaka bagi sesi senaman pagi yang pertama dijalankan untuk mereka. Keadaan yang hening dan awan yang mendung di KMS pada waktu pagi memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan aktiviti mereka yang seterusnya pada hari tersebut. mppb’10/filzah

7.10 pagi- Ketua fasilitator iaitu Megat Ahmad Danial b. Mazalan baru sahaja selasai memantau kehadiran para pelajar pada pagi itu. Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar memudahkan lagi kelancaran setiap aktiviti yang dijalankan. mppb’10/afiqah

7.15- Aktiviti senaman pagi yang amat menyeronokkan telah menarik perhatian para pelajar untuk menyertainya sehingga selesai. Bagaimana pun,aktiviti senaman pagi ini selalunya merupakan aktiviti kesukaan para pelajar sepanjang minggu MPPB. Hal ini kerana,pada slot inilah mereka dapat bersukan dalam masa yang sama menghiburkan hati mereka. mppb’10/afiqah

7.25 pagi- Fasilitator perempuan yang berbaju biru laut merupakan Ketua Fasilitator bagi fasilitator perempuan juga tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti senaman pagi. Salah satu slot yang dijalankan adalah merupakan Tarian Poco-poco yang amat melucukan. Selain itu,dua orang pensyarah juga tidak melepaskan peluang mencuba Tarian Poco-poco iaitu En. Mohd Hafiz B. Hassan dan Pn. Jamilah Bt. Hassan Basri. mppb’10/afiqah

7.30 pagi- Para fasilitator yang lain juga turut serta dalam aktiviti senaman pagi yang dijalankan. Selain itu,tiga orang pelajar perempuan yang mewakili setiap blok asrama perempuan telah dijemput ke pentas untuk bersama-sama melakukan aktiviti senaman pagi. mppb’10/afiqah

7.40 pagi- Dua orang pelajar perempuan mengisi borang soal selidik kokurikulum yang diedarkan oleh fasilitator. Borang tersebut bertujuan untuk memilih pelajar yang berbakat dalam bidang tertentu untuk mewakili KMS dalam KAKOM yang bakal diadakan tidak lama lagi. mppb’10/a.naeeim

8.30 pagi- Para pelajar berkumpul di Dewan Antares bagi sesi Majlis Bersama Pengarah dan Watikah Pelantikan Mentor dipengerusikan oleh salah seorang fasilitator iaitu Nazirul. Para pelajar diminta berpakaian kemas dan formal untuk menghadiri aktiviti tersebut iaitu pakaian untuk ke kuliah. mppb’10/mohdwahidi

8.40 pagi- En. Mohd Rizam B. Ahmad merupakan salah seorang pensyarah KMS memantau para pelajar semasa sesi taklimat berjalan. mppb’10/mohdwahidi

9.10 pagi- Penyerahan Watikah Pelantikan Mentor kepada Pn. Noraina Bt. Ishak selaku penerima pertama dalam majlis tersebut oleh Pengarah KMS iaitu Datin Hajah Maharom Bt. Mahmood. mppb’10/mohdwahidi

11.00 pagi- Taklimat Akademik dan Peperiksaan bersama KJ/PPP menerangkan tentang pertukaran kursus pelajar dari jurusan sains hayat,sains fizikal dan perakaunan oleh En. Mohd Mahyuddin B. Mohd Noordin. Selain itu,beliau juga memberi tips tentang persediaan awal dan cara-cara pembelajaran di matrikulasi. Dalam pada itu,pengiraan jam kredit juga turut diterangkan kepada para pelajar. mppb’10/mohdwahidi

11.15- Para pelajar lelaki KMS tekun mendengar dan mencatat nota penting semasa taklimat akademik dan peperiksaan berjalan. Taklimat tersebut mendedahkan kepada pelajar tentang sistem peperiksaan dan cara penilaian yang dijalankan untuk program matrikulasi. mppb’10/mohdwahidi

11.30 pagi- Salah seorang pelajar lelaki yang berpakaian kemas beserta tali leher KMS memberikan perhatian sepenuhnya semasa sesi taklimat dijalankan. Tali leher telah diberikan kepada semua pelajar lelaki KMS semasa hari peııdaftaran. mppb’10/mohdwahidi

11.35 pagi- Tidak kurang juga pelajar perempuan KMS turut memberikan sepenuh perhatian mereka dan mencatat semua maklumat penting yang diberikan.Hal ini menunjukkan semangat dan seriusnya mereka dalam program yang ditawarkan oleh bahagian matrikulasi. mppb’10/a.naeeim

11.45 pagi- Lihatlah betapa tekunnya bakal pemangkin negara ini meniliti informasi dan jadual dengan lebih teperinci agar memudahkan paerjalanan beliau apabila melangkah ke dewan kuliah pada hari pertama sesi pembelajaran bermula. mppb’10/mohdwahidi


Hari Kedua: Bahagian II

11.50 pagi- Para pelajar mengangkat tangan apabila dipanggil mengikut jurusan mereka, seperti jurusan hayat, jurusan fizikal dan jurusan akaun. Terbuktilah para pelajar sudah membuat keputusan untuk menceburi bidang yang diminatinya. mppb’10/a.naeeim

12.00 tengah hari- Setiap taklimat yang dijalankan pelajar akan diagihkan mengikut blok asrama masing-masing sama ada Asrama Capella,Asrama Canopus,Asrama Mira,Asrama Polaris atau Asrama Vega. Hal ini bagi memudahkan setiap aktiviti berjalan lancar.mppb’10/a.naeeim

12.10 tengah hari- Walaupun hampir menjelang tengah hari,para pelajar tetap memberi tumpuan kepada sesi taklimat yang sedang dijalankan. Salah satu pelajar lelaki KMS adalah junior kepada fasilitator yang bertugas iaitu Mohd Ozzal B. Idris. mppb’10/a.naeeim

12.15 tengah hari- Aktiviti selingan yang dibimbing oleh para fasilitator menggamatkan lagi suasana Dewan Antares yang dahulunya sunyi sebelum kehadiran pelajar baru KMS. mppb’10/a.naeeim

12.20 tengah hari- Sebahagian pelajar perempuan begitu gembira dengan aktiviti yang dijalankan tengah hari tadi. Ternyata mereka sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di matrikulasi bersama rakan-rakan yang juga baru. mppb’10/a.naeeim

12.25 tengah hari- Para fasilitator lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama para pelajar melakukan aktiviti yang dijalankan seperti mencipta ‘cheer song’ untuk setiap kumpulan pelajar yang telah dibahagikan mengikut blok asrama. mppb’10/a.naeeim

12.30 tengah hari- Masih tekun dan khusyuk mendengar arahan dan pesanan yang diberikan oleh para fasilitator sebelum melepaskan para pelajar pulang untuk makan tengah hari dan berehat. mppb’10/a.naeeim

12.35 tengah hari- Walaupun penat seharian menghadiri semua sesi aktiviti yang dijalankan,namun para pelajar masih mampu tersenyum lebar dan ketawa melihat telatah para fasilitator yang bertugas. mppb’10/a.naeeim

12.45 tengah hari- Pengarah KMS iaitu Datin Hajah Maharom Bt. Mahmood diiringi oleh Timbalan Pengarah iaitu Datin Hajah Roslina Bt. Abdul Rashid sanggup meluangkan masa memantau perjalanan kerja Jawatankuasa Dokumentasi yang dibimbing oleh En. Mohd Wahidi B. Rosni dan dibantu oleh Cik Suganthi Nitsingam. Sebagai pengarah sulung KMS, beliau amat berbesar hati dengan usaha yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Dokumentasi KMS. mppb’10/mohdwahidi


Hari Kedua: Bahagian III

1.55 petang – Walaupun hujan pelajar masih bersemangat meredah Dataran Kosmik menuju ke Dewan Antares untuk aktiviti seterusnya. mppb’10/a.naeeim


2.30 petang – Warga baru KMS tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn. Zuaiza. mppb’10/a.naeeim

3.45 petang – Seorang fasilitator menceriakan lagi suasana pada petang itu dengan melakukan akiviti selingan. Gelagat beliau berjaya mencuit hati semua warga KMS. mppb’10/a.naeeim


5.00 petang – Astaka yang dahulunya lengang kini dipenuhi oleh pelajar-pelajar baru KMS sesi ’10/11 untuk aktiviti sukan pada petang hari. Aktiviti tersebut dipantau oleh penyarah dan para fasilitator yang berpengalaman. mppb’10/filzah


5.20 petang – Walaupun cuaca mendung, anak-anak pelajar masih bersemangat untuk beriadah. Selain itu, pemilihan KAKOM juga dijalankan. mppb’10/filzah

5.27 petang – Pelajar- pelajar diberikan kelonggaran untuk menyertai acara sukan yang diminati. Kemudian mereka berkumpul mengikut sukan yang disertai. mppb’10/filzah

5.45 petang – Para pelajar yang memilih untuk menyertai skuad bola sepak KMS sudah memulakan latihan untuk memantapkan lagi mutu permainan. Cuaca yang mendung tidak mematahkan semangat pelajar-pelajar KMS. mppb’10/mohdwahidi


6.00 petang – Hujan yang turun menyebabkan aktiviti sukan yang dijalankan terpaksa ditangguh atas faktor keselamatan dan kesihatan para pelajar. Akan tetapi para pelajar tetap bergembira dengan aktiviti yang dijalankan. mppb’10/filzah

6.30 petang – Pelajar-pelajar beransur pulang ke kediaman kolej masing-masing memandangkan hujan yang lebat menghalang perjalanan aktiviti. mppb’10/a.naeeim


Hari Kedua: Bahagian IV

9.00 malam: Forum Bersama Alumni bersama para pelajar sulung KMS sesi 10/11 diadakan di Dewan Antares. Mereka terdiri daripada empat panel iaitu Dr. Faiz B. Md Ariffin, Cik Sharifah Nadirah Bt. Syed Ahmad Alhabshi, Dr. Mohd Shahir B. Anuar dan En. Mohd Sukur B. Ibrahim. Sesi forum ini dikendalikan oleh saudari berbaju hijau iaitu Siti Hawa. mppb’10/a.naeeim

9.45 malam: Semangat! Dr. Mohd Shahir B. Annuar memberi penerangan tentang cara belajar yang efektif di matrikulasi untuk membantu para pelajar mengurus masa dengan baik. mppb’10/a.naeeim

10.00 malam: En. Mohd Sukur B. Ibrahim memberi ceramah mengenai potensi diri untuk berjaya. Walaupun keadaan beliau yang kurang sempurna fizikal tetapi masih lagi boleh berjaya seperti orang lain juga. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya pada hari ini dan mempunyai syarikat beliau sendiri. mppb’10/a.naeeim

11.00 malam: Para penceramah diberi penghargaan atas kesudian mereka memberi ceramah yang bermanfaat dan menaikkan semangat para pelajar KMS bagi memulakan perjalanan mereka di dunia matrikulasi. mppb’10/a.naeeim

11.15 malam: Para fasilator tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bergambar dengan En. Sukur B. Ibrahim. Pensyarah biologi iaitu Pn. Suhada B. Alias mengiringi beliau pulang hingga ke keretanya. mppb’10/a.naeeim

11.20 malam: Para fasilitator menyanyikan lagu KMS dengan penuh bersemangat di atas pentas Dewan Antares. Mereka mendemonstrasikan lagu KMS kepada para pelajar KMS. mppb’10/a.naeeim

11.23 malam: Para pelajar menyanyikan lagu KMS dengan penuh semangat diiringi muzik. mppb’10/a.naeeim


Hari Ketiga : Bahagian I

8.05 pagi – Sesi pengagihan para pelajar megikut praktikum masing-masing dikendalikan oleh para fasilitator yang bertugas berjalan dengan lancar pada pagi itu. mppb’10/filzah

9.00 pagi – Bangunan ini merupakan Kompleks Akademik dan Dewan Kuliah yang menempatkan kumpulan mentor mentee berkumpul untuk sesi suai kenal bersama mentor masing-masing. mppb’10/filzah

9.05 pagi – Wakil bagi setiap praktikum membantu salah seorang fasilitator yang bernama Jamiatul Syaheera bt. Zamri untuk memanggil ahli praktikum masing-masing supaya lebih tersusun. mppb’10/filzah

9.08 pagi – Salah seorang fasilitator yang menggelarkan dirinya sebagai ‘abang Maaz’ menunjukkan arah jalan ke Kompleks Akademik dan Dewan Kuliah kepada pelajar sambil diperhatikan oleh dua orang fasilitator yang lain. mppb’10/filzah

9.15 pagi - Ketua fasilitator,saudara Megat Ahmad Danial B. Mazalan sedang berbincang bersama ahli kumpulan mentor mentee yang dikendalikannya di salah sebuah bilik tutorial. mppb’10/a.naeeim

9.20 pagi – Beberapa orang fasilitator perempuan membawa alatan yang digunakan semasa slot LDK(latihan dalam kumpulan) bersama mentor masing-masing. mppb’10/a.naeeim

9.40 pagi – Sebahagian fasilitator perempuan sempat membuat perbincangan semasa sarapan pagi bersama bagi memastikan setiap aktiviti pada hari tersebut berjalan dengan lancar. mppb’10/filzah


Hari Ketiga: Bahagian II


5.10 petang – Salah seorang pelajar yang dikenali sebagai ‘Abang Kassim’ merupakan penghulu bagi MPPB 2010/2011 di KMS. Beliau sedang memberikan arahan kepada para pelajar lelaki yang lain pada sesi riadah petang itu. mppb’10/filzah

5.20 petang – Pelajar perempuan KMS begitu bersemangat melakukan aktiviti riadah pada petang itu walaupun sudah hari keempat mereka berada di KMS. mppb’10/filzah

9.45 malam – Tenaga fasilitator Asrama Perempuan Vega sedang fokus mendengar aduan salah seorang pelajar di blok mereka sepanjang seharian aktiviti dijalankan. mppb’10/afiqah

9.50 malam – Para fasilitator sedang menjalankan ‘post morterm’ yang diketuai oleh Megat Ahmad Danial B. Mazalan bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. mppb’10/filzah

10.00 malam – Dua orang pelajar perempuan saling mengenali antara satu sama lain berhadapan dengan Kompleks Makmal sambil menikmati keindahan malam di KMS. mppb’10/afiqah

10.30 malam – Sebahagian tenaga kerja fasilitator yang bekarja keras dalam MPPB 2010/2011 KMS sempat beraksi walaupun seharian memerah keringat untuk mengruskan pelajar-pelajar baru. mppb’10/filzah


Hari Keempat

7.35 pagi – Telatah empat orang fasilitator lelaki iaitu Akram, Sadiq Abdul Rauf, Khairul Zaman dan Aizzat Naeeim selepas aktiviti senaman pagi. Walaupun berasal dari kolej matrikulasi yang berbeza dahulunya, tetapi keserasian dan kesepakatan yang ditunjukkan oleh mereka memudahkan lagi kelancaran aktiviti sepanjang MPPB 2010/2011. mppb’10/ajilah


8.15 pagi – Pengurusan Masa dan Kewangan bersama Mentor merupakan aktiviti pertama yang diadakan pada pagi itu bertempat di bilik tutoran, Bangunan Andromeda. Beberapa orang pelajar perempuan memberikan tumpuan kepada perbincangan bersama mentor masing-masing. MPPB’10/filzah


8.30 pagi – Slot bersama mentor masing-masing bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti di dalam Dewan Kuliah mahupun Bilik Tutorial, malahan mentor juga menjalankan aktiviti di luar bilik akademik bagi menarik minat para pelajar pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru dan menambahkan keceriaan dihati mereka. MPPB’10/filzah


8.40 pagi – Bagi tiga orang pelajar perempuan ini, slot Pengurusan Masa dan Kewangan amat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang akan menjalani hidup sebagai pelajar di KMS. Baju kurung yang dipakai oleh adik-adik manis ini berwarna abstrak dan berjaya menarik perhatian orang lain. MPPB’10/filzah


8.45 pagi – Salah seorang mentor pilihan iaitu Ustaz Muhamad Sayuti B. Ishak memberikan nasihat dan panduan kepada ahli mentee beliau agar bijak menguruskan masa dan kewangan mereka. MPPB’10/filzah


8.55 pagi – Dua orang fasilitator sedang berbincang mengenai perjalanan aktiviti para pelajar untuk slot seterusnya iaitu Taklimat Perpustakaan dan Ujian Setara bersama AJKO. Salah seorang fasilitator di situ merupakan Jawatankuasa Dokumentasi iaitu Ajilah (di bahagian kanan). MPPB’10/filzah


9.00 pagi – Sekumpulan pelajar KMS bersama-sama mentor mereka dalam slot Pengurusan Masa dan Kewangan yang dijalankan di salah sebuah bilik tutorial di Kompleks Akademik dan Dewan Kuliah. Para mentee terhibur dengan celoteh daripada mentor mereka, perkara ini menceriakan lagi suasana di bilik tutorial tersebut. MPPB’10/a.naeeim


9.10 pagi – Seorang pelajar bernama Wong Jiat Earn berpakaian berwarna-warni bersedia untuk slot aktiviti seterusnya di Dewan Antares iaitu Taklimat Perpustakaan dan Ujian Setara bersama AJKO. MPPB’10/a.naeeim


9.15 pagi – Tiga orang pelajar lelaki berbangsa Cina tidak melepaskan peluang mencuri perhatian jurugambar semasa melengkapkan borang perjanjian di anak tangga bangunan pentadbiran. MPPB’10/a.naeeim


9.20 pagi – Terukir senyuman manis di bibir salah seorang pelajar KMS iaitu saudari Sabrina Hairudin yang sedang berehat di dalam bangunan pentadbiran sementara menunggu aktiviti seterusnya bermula. mppb’10/a.naeeim


9.45 pagi – Telatah dua orang fasilitator iaitu Megat Ahmad Danial B. Mazalan (Penghulu Fasilitator) dan Muhammad Faris (Pengerusi majlis) semasa slot Taklimat Perpustakaan dan Ujian Setara yang diadakan di Dewan Antares walaupun keletihan mengendalikan aktiviti untuk pelajar mereka tetap menjalankan tugas mereka dengan penuh amanat. mppb’10/filzah


10.13 pagi – Dalam kesibukkan menguruskan MPPB 2010/2011 pada hari keempat, dua orang pensyarah berbaju batik biru dan hijau ini masih mampu tersenyum lebar menyambut kehadiran pelajar baru KMS. En. Mohd Yusfi dan En. Mohd Hafiz B. Hasan berpendapat bahawa ketepatan masa amatlah penting bagi pelajar matrikulasi. MPPB’10/filzah


10.24 pagi - Para pelajar tetap bersemangat untuk mengikuti aktiviti seterusnya walaupun terpaksa menempuh hujan. Mereka sanggup meredah hujan untuk ke tempat perjumpaan masing-masing. mppb’10/mohdwahidi


10.40 pagi – En. Muhad bersungguh-sungguh memberikan taklimat mengenai Perpustakaan KMS. Beliau merupakan salah seorang Pustakawan KMS. MPPB’10/mohdwahidi


11.00 pagi – salah seorang pelajar KMS sempat lagi menjawap panggilan telefon dari ibu yg tercinta ketika aktiviti sedang berlangsung di Dewan Antares. MPPB’10/mohdwahidi


9.10 malam – Forum Pembangunan Modal Insan bertajuk ‘Di Mana Aku Kini’ yang dikendalikan oleh En. Azra B. Zainol Rashid slot yang amat menyentuh jiwa dan raga seseorang insan yang bernama anak. Objektif slot ini diadakan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang tujuan dan niat mereka sebagai pelajar KMS. MPPB’10/mohdwahidi

9.40 malam – Sesi ceramah dan motivasi ini berjaya menyentuh sanubari para pelajar KMS sehingga kedengaran esakan para pelajar kerana memikirkan pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa mereka selama ini. Dalam slot tersebut, pelajar dikehendaki menulis surat kepada ibu bapa mereka dan menyatakan segala yang tersirat di hati mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Azra B. Zainol Rashid kerana menjiwai setiap patah perkataan yang diungkapkan olehnya, deangan itu tercapailah objektif slot pada malam itu. MPPB’10/filzah


10.00 malam – Kelihatan En. Azra bersama para pelajar KMS yang kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim bagi membakar semangat pelajar yang lain dalam meneruskan perjuangan mereka sebagai pelajar KMS. MPPB’10/mohdwahidi


Hari Terakhir

1.30 petang – Buat pertama kalinya solat jumaat diadakan di Surau As-Sufi yang terdiri daripada pelajar lelaki KMS dan penduduk berhampiran. Solat jumaat pada petang itu diketuai oleh Ustaz Muhamad Sayuti B. Ishak yang merupakan Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral di KMS. mppb’10/mohdwahidi

2.45 petang – Tuan Haji Mohd Yusof B. Samad menikmati hidangan tengah hari bersama-sama jemputan khas yang diundang di Kafe Pentadbiran KMS. mppb’10/afiqah

3.00 petang – Tuan Haji Yusof B. Samad mengiringi Ustaz Md. Razali B. Hassanusi ( Pegawai Tadbir Agama di Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Langat ) berjalan pulang sambil diperhatikan oleh Ustaz Muhamad Sayuti B. Ishak. Beliau amat berbesar hati dengan pembukaan KMS di Daerah Kuala Langat. Beliau berharap agar para pelajar KMS dapat mengimarahkan Surau As- Sufi yang tesergam indah. mppb’10/afiqah

3.15 petang – Kumpulan koir KMS bersemangat melakukan persembahan semasa slot raptai diadakan untuk Majlis Perasmian Penutupan MPPB 2010/2011 pada malam itu di Dewan Antares. mppb’10/afiqah

3.25 petang – Seterusnya kumpulan dikir barat KMS yang diwakili pelajar-pelajar lelaki meneruskan raptai pada petang itu untuk memastikan kelancaran majlis pada malam nanti. mppb’10/afiqah

3.35 petang – Sebahagian pelajar KMS berkumpul di Bangunan Pentadbiran bagi menguruskan pertukaran jurusan masing-masing sebelum kuliah dan tutoran bermula pada minggu depan. mppb’10/filzah

4.00 petang – Detik-detik kenangan terakhir antara tenaga fasilitator lelaki bersama En. Azra B. Zainol Rashid di Dewan Kuliah Besar 1 selepas mengadakan perjumpaan antara fasilitator. mppb’10/a.naeeim


Sunday, August 8, 2010

Mehnah dan Tribulasi


Teringat kata-kata dari seorang sahabat.."Ujian yang Allah beri pada kita sebelum ini boleh dijadikan bekal dan kekuatan untuk kita terus berhadapan dengan ujian yang mendatang..menjadi bekalan dalam mengharungi mehnah dan tribulasi pada masa akan datang"...

Sedikit sebanyak saya dapat memahami corak kehidupan di BUMI HIJAU ini. Ternyata memang banyak mehnah dan tribul
asi yang perlu dihadapi... suasana waqi' yang betul-betul menguji iman dalam diri... ujian ukhuwah antara sahabat-sahabat... corak gerak kerja Islam..semua ni perlu di hadam dan di ambil cakna sebaiknya....

Matlamatnya adalah untuk mewujudakan bi'ah soleh
ah di sini. Satu matlamat yang amat besar... perlu diteguhkan dengan keyakinan dalam diri bahawasanya Allah swt akan sentiasa bersama-sama dengan hamba-NYA yang ikhlas dalam mewakafkan diri dalam perjuangan Islam.

Alhamdulillah...memang benar..disebalik ujian yang pernah saya lalui sebelum ini Allah telah memberikan sedikit kekuatan-Nya kepada saya dalam menghadapi setiap ujian di sini..Pengalaman yang lalu menjadika
n saya lebih matang untuk mengharungi setiap mehnah dan tribulasi... Moga saya terus thabat dalam jalan juang ini..Moga Allah masih sudi meneguhkan diri saya bersama pejuang-pejuang agama-NYA.




Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Orang mukmin sentiasa diambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya"

Terdapat beberapa halangan dalam dunia Islam:-

1. Perancangan mantap oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam
-membudayakan orang-orang Islam dengan materialisme sehingga mereka sanggup menukar prinsip yang ditetapkan Allah untuk mencapai kemewahan dan memenuhi hawa nafsu.

2. Umat Islam lupa diri dan berada jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar
-Berpecah belah sesama sendiri
-Mengutamakan kepentingan diri lebih daripada kehendak Allah

3. Kelemahan pemikiran umat Islam.
-meniru dan meminjam idea-idea asing
-prinsip berpada dengan apa yang ada menyebabkan tiada inisiatif dan usaha untuk menghasilkan benda baru untuk dunia Islam

4. Keruntuhan akhlak dan iman umat Islam




Hikmah Mehnah dan Tribulasi

1. Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah swt.
2. Menampakkan yang haq dan yang batil
3. Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri dan menghapuskan dosa.
4. Meningkatkan darjat taqwa untuk membantu kemenangan Islam
5. Membersihkan diri orang-orang yang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap.
6. Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat.

Cara menghadapi Mehnah dan Tribulasi

1. Ikhlas dalam perjuangan
2. Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
3. Berada dalam Jemaah
4. Sabar dan gigih dalam menghadapi musuh-musuh Islam
5. Meletakkan cita-cita tertinggi "syaheed dalam perjuangan" sebagai matlamat utama.

Tuesday, August 3, 2010

'Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya'


"Pernah suatu ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabat yang lain. Rasulullah SAW pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya...sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah SAW pun berkata..'Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya'

Amat tersentuh hati saya apabila membaca massage kulimin daripada seorang sahabat. Tazkirah kali ini betul-betul megusik hati ini.

Sebetulnya, saya amat-amat sayangkan adik-adik semua. Adik-adik yang pernah sama-sama suatu ketika dahulu berkongsi suka dan duka. Hanya ALLAH saja yang Tahu hati dan perasaan ini...Tetapi, saya tidak mampu untuk meluahkan perasaan SAYANG kepada adik-adik.

Seolah-olah segala kepahitan yang pernah dilalui, mengatasi segala kemanisan. Entah mana hilangnya kekuatan dalam diri. Sehingga saat ini, hati ini masih tidak benarkan untuk berhubung dengan adik-adik walaupun hanya untuk bertanyakan khabar..

Sungguh, tiap kali diri ini keseorangan...ingatan ini amat kuat terhadap adik-adik. Air mata saja yang sudi menjadi peneman diri...menjadi kekuatan disebalik kelemahan diri...

"Maaf..akk tak dapat menjadi seorang sahabat yang terbaik untuk adik-adik semua"





Friday, July 23, 2010

Dia Seorang Yang Tabah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi...diri ini masih ma
mpu untuk bangkit dari rasa kekecewaan...

Perjalanan ini harus diteruskan.... setiap halangan dan cabaran yang mendatang perlu dihadapi dengan tabah...

Moga diri ini diberikan secebis kekuatan-NYA dalam meneruskan perjalanan hidup ini...

Post kali ini suka saya ingin kongsikan sebuah sajak yang pernah ditujukan khas buat saya daripada seorang kakak yang amat saya kagumi dan baru saya kenali... terima kasih akk(^_^)


Buat adikku yang dikasihi,
jangan berasa kesorangan...akk sentiasa di sisi adik.... yang penting skali, ALLAH SWT sentiasa bersama-sama adik... (^_^)

(sajak ini juga saya tujukan buat teman-teman seperjuangan yang mengenali diri ini)

"Orang yang berjihad kerana ALLAH..
Jiwanya takkan layu..
Jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
Kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH..
Seorang pemburu syahid...
Dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
Takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
Sedangkan buruannya adalah hari akhirat..
Biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
Biarpun dia terasa seolah2 terlau penat...
Biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
Biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..
NAMUN...
ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
Walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
Sujudnya dengan penuh air mata..
Dia seorang perwira...
Pemburu cinta sang Pencipta...
Dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...
Kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
Kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
Kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
Dia memilih jalan perjuangan...
Ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
Dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW..
Biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
Tiada normalnya...
Tiada rehatnya...
Namun apabila bekerja untuk ISLAM...
Seolah2 dia cuti sepanjang masa...
Seolah2 dia rehat setiap ketika...
Kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...
Ku kagum pada dirinya...
Menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
Tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
Tetap positif membina kekuatan..
Walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN..."

Wednesday, July 14, 2010

Secret Admire

" Salam. Kak Siti, ana nak tengok balik surat-surat ana dulu..."

" Ha? surat apa pulak ni?"

" Ala..surat SA ana dulu la..Kak Siti ada simpan lagi tak?"

" OOoo... surat cinta kita dulu...ada-ada..akk ada simpan lagi"

Dalam hati waktu tu, Ya Allah..mana plk akk letakkan surat tu...ada lagi ke tidak..hehe..


Alhamdulillah, masih tersimpan lagi khazanah-khazanah lama dalam 1 fail...Hajat nak framekan...tapi, kalau frame pn..siapa la nak baca...

Untuk pengetahuan semua, surat ini telah berjaya memenangi 'award' surat yang paling menyentuh hati dan perasaan bagi yang
pernah melalui zaman kanak-kanak di Matrikulasi... khususnya buat pengirimnya.

Banyak-banyak surat, surat ini la membuatkan ramai yang menangis sewaktu majlis pembongkaran rahsia SA masing-masing. He..he..Yang paling kuat menangis, saya lah orangnya(^_^). Termerai segala persoalan waktu tu.

Terima kasih buat Nurul Ain kerana telah
membacakan surat ini dengan penuh perasaan dan penuh kesyahduan. Ternyata, surat-surat inilah telah menjadi saksi kepada ukhuwah kita sewaktu ketika dahulu.

Buat Nadzimah...Akk tak nak cakap apa-apa...biar la semuanya rahsia...Rahsia Hati yang semua orang tak leh buka..Hehe..



SURAT SATU

Sahabatku,

Emm..buat apa tue?. Senyum?...masam?...sedih?...happy?...Its normal. Kita kena memang kena lalui macam-macam perasaan. Itu merupakan tarbiyyah dari ALLAH. Itu tandanya ALLAH sayang kita. InsyaALLAH... Ops lupa nak tanya...awak sihat tak?. Harap-harap awak mampu menerima ujian dari-NYA. Maaf tulisan agak buruk sebab baru bangun dari tido...huhu...So, tulisan pun macam ngantuk gak r...hak..hak..jangan mare ek...

Gud lak untuk PSPM... saya selalu doakan moga-moga kita semua berjaya. Lepas ni kita akan keluar matrik...mesti awak rindu kat surat-surat saya kan?. Ye la...saya dah tak leh nak hantar surat lagi...Dah jauh la kita lepas nie...Hm..masa tue saya pun mesti rindukan wajah awak yang menawan, santun awak yang sopan, senyum awak yang cukup membuatkan hati betul-betul tertawan...huhu...saya sangat sayang dekat awak...Bila habis matrik nanti mesti rindu sangat-sangatkan...Sedihnya saat tue nanti...kita akan berpecah...Kenangan kat matrik takkan dilupakan... Awak rasa tak apa yang saya rasa nie?. Kalau boleh saya tak nak kita berpecah... Tapi itulah adalah realiti yang bakal dilalui, saya pun takut nak PSPM...Macammana nie...Nanti apa-apa pun kita jangan lost contact tau...Ingatlah saya selalu...

SIAPA HEBAT?
SIAPA KAMU?
APA JANJI ALLAH?
SIAPA MAHU SYAHID?
SIAPA HAMBA ALLAH?
HAMBA HINA KE TAK?
SIAPA HINA?
MASIH MAHU DITARBIYYAH?
-Renungkan-

Sebenarnya banyak lagi saya nak curahkan...tapi ruang tak mengizinkan...Tak pelah, lain kali kalau ada masa kita sembang lagi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati..
Sekian saja...
Wassalam..
-ana sayang sangat kat ukhti,
sayang sangat-



SURAT DUA


KHAS UNTUK...

-Siti Shawaliza Binti Mohd Badaron-

  • Jangan terjun tasik
  • Nak senyum kambing tak pe, tapi tak yah la pulak pi senyum kat kambing..hu!hu!
  • Jangan gigit batu
  • Makan biar gelojoh, asal dapat feeling
  • Jangan makan pasir
  • Hidup biar happy, jangan macam puppy
  • Ish!! udah banyak ******* ana chow dulu. Bukan Chow Sek Chee!!




Salam Ukhuwah...



Secebis kenangan
yang bakal menjadi memori abadi
akan ku semadikan di hati.

Seuntai kegembiraan
yang dirimu hadiahkan
kan tersemat di sanubari

Kedukaan yang dikongsi
pasti kan menjadi
pengikat ukhuwwah
yang suci ini
dan moga diredhai ILLAHI

Dirimu hadir tika kelam
saat diri ini terkapai-kapai
mencari jalan yang SATU
dirimu datang bersama sinar
memimpinku
ke 'destinasi' yangingin
ku temu...

Alangkah bertuahnya aku
dianugerahkan sahabat
sepertimu...
Percayalah,
ALLAH pertemukan kita
untuk bersatu
berpadu
membawa kebenaran
Islam yang satu...

Pernahkah dirimu tertanya
Mengapa kita perlu bersama?
Mengapa kita perlu bertemu?
Mengapa kita perlu berpadu?
Mengapa kita yang dipilih-NYA
kerna...
DIA tahu
kita mampu bersatu...

Betapa hebat aturan-NYA
menemukan hati ini
yang mungkin tidak mampu
diceraikan lagi...

Ketahuilah...
aku bangga menjadi
sahabatmu
aku gembira bersamamu
dan
yang paling ku ingin dirimu tahu
bahawa aku
terlalu menyayangimu...sahabat
sentiasa menghargaimu
walau apa terjadi
moga ALLAH satukan
hati kita selalu
Pastinya....
aku tidak mampu kehilanganmu..

Sesungguhnya,
dirimu pelengkap hidupku..
moga ukhuwwah kita
kekal terjadi

Syukran jazilan ya sahabat
Assif jiddan...

Wassalam...

nukilan dari hati,
-ANA-


SURAT TIGA

Segalanya bermula dari hati...
Terutamanya niat...

SIFIR NIAT

1 X JAHAT =1

1 X BAIK = 10

1 X NIAT JAHAT = 0

1 X NIAT BAIK = 1

Betapa pemurahnya ALLAH

Niat kerana ALLAH(apa-apa kerja pun) = Ibadah

Kalau hati rosak = semua rosak
(vice versa)

Cari hati-baca Quran

Tak boleh?-solatlah

Tak jumpa?-bertafakur dengan mati...





Monday, July 12, 2010

Pesanan Terakhirku...

ALHAMDULILLAH...

Tiada ungkapan yang lebih hebat melainkan mengucapkan SYUKUR ALHAMDULILLAH kepada ALLAH SWT. Seminggu menjalani Minggu Perkasa Putra di UPM sememangnya cukup memenatkan. Sepanjang minggu inilah masa untuk saya sesuaikan diri di tempat baharu, di bumi HIJAU. Banyak lagi yang perlu diterokai. Semestinya proses pembelajaran dalam mengenal tempat baharu ini perlu diteruskan sedikit demi sedikit. Banyak lagi yang perlu saya belajar apabila sudah bergelar MAHASISWA UPM.

Minggu kedua berada di kampus Hijau ini betul-betul menguji hati dan perasaan saya bergelar seorang kakak. Malah lebih dari itu menjadi seorang sahabat buat teman-teman seperjuangan di bumi Matrik pada suatu ketika dahulu. Tiap kali massage berbentuk tazkirah masuk di dalam inbox handset saya, tiap kali itulah hati saya betul-betul terusik.

"Lepas ni tak perlu la hantar massage kulimin kat nombor ni lagi". Hanya kata-kata ini sahaja yang mampu di balas. Tiap kali itulah mata ini terasa basah. Bila gugurnya air mata ini saya sendiri tidak tahu untuk apa air mata ini mengalir.Mungkin, inilah cara yang terbaik untuk mengubat hati ini kembali. Saya akan pastikan luka di hati ini sembuh sepenuhnya. Tapi, hakikatnya parutnya itu tetap ada meninggalkna kesan yang mendalam. Tidak akan hilang sampai bila-bila.

Buat teman-teman yang pernah bersama-sama dalam perjuangan meneruskan wasilah di bumi Matrik, saya memohon beribu kemaafaan atas segala kekhilafan pada diri ini. Terlalu banyak dosa pada kalian semua. Terlalu banyak kongkongan yang telah diberikan. Terlalu banyak kepayahan yang kalian rasai. Maaf, andai persinggahan sementara saya di bumi kalian hanya untuk menyibukkan diri, menagih kasih sayang dan simpati kalian. Saya sedar, diri ini memang tidak layak untuk kalian semua.

Seperkara yang ingin saya sampaikan, kalian semua telah banyak mengajar saya erti pentarbiyahan yang sebenar. Terlalu banyak yang telah saya belajar dari kalian semua. Izinkan saya untuk menyimpan semua memori yang telah saya bina bersama kalian pada suatu ketika dahulu. Terlalu banyak kenangan-kenangan yang pernah dibina bersama kalian.

Pesanan terakhir saya buat teman-teman seperjuangan,
Jagalah diri baik-baik, teruskanlah perjuangan dalam meneruskan rantaian perjuangan Rasulullah SAW di bumi kampus masing-masing. Jangan sampai ada yang tercicir. Ingatlah tiga perkara yang saya selalu ingatkan, jaga 3 perkara ini iaitu TARBIYYAH, AKADEMIK dan juga UKHUWAH.

Sememangnya, diri ini tidak layak untuk bercakap tentang 3 perkara ini khususnya soal UKHUWAH. Cukuplah sampai sini sahaja 'jalan cerita kita'. Saya masih mencari kekuatan dalam meneruskan perjuangan ini. Mencari semangat yang telah lama hilang. Kekecewaan yang telah saya alami ini memberikan impak yang begitu besar dalam hidup saya. Namun, saya tidak lepas berdoa supaya ALLAH memberikan Petunjuk dan Taufik-NYA kepada saya untuk terus tabah dalam menghadapi Ujian ini.

are you like this? click here...hehe

rayuanku...